Monday, 1 October 2012

Pengiraan + Kalkulator, Cara Sniper China Menembak Sasaran Dengan Tepat Menurut microblog Weibo, ini adalah cara bagaimana askar sniper dari China dapat menembak pada sasaran dengan begitu tepat

PERSEMBAHAN hambar semua penembak negara di Kejohanan Menembak Piala Dunia ISSF di Sydney yang berakhir kelmarin mengundang rasa marah Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM).

Dalam kejohanan yang menjadi landasan mendapat tempat ke Sukan Olimpik 2012 penembak negara gagal menyerlah dan tercicir jauh daripada peserta negara lain yang turut serta. Kejohanan berkenaan disertai penembak Road To London seperti Nur Suryani Mohd Taibi, Nur Ayuni Farhana Abd Halim, Hasli Izwan Amir Hassan, Hafiz Adzhar, Bibiana Ng Pei Chin dan Joseline Cheah. Turut serta penembak elit Shahera Rahim Raja, Muslifah Zulkiflidan Siti Nor Masitah Mohd Badrin. Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar (B) Jasni Shaari berkata, keseluruhannya persembahan mereka tidak sehebat seperti dipamerkan ketika beraksi di Sukan Komanwel 2010.

“Anehnya, semua gagal menempatkan diri saingan akhir dalam setiap acara disertai dan ketinggalan jauh daripada peserta negara lain yang turut serta,” katanya. Hanya dua penembak yang berjaya menghampiri saingan akhir iaitu penembak pistol, Hazli Izwan dan Joseline.

No comments: