Friday 30 November 2012

APA PUN TAK BOLEH-HUDUD PAS.

Bila menjelang pilihan-raya je mesti puak-puak sinun akan mula tiupkan kembali isu "Hudud". Perkara itu seakan sudah menjadi suatu kemestian bagi puak-puak sinun. Ini mungkin kerana isu tersebut telah banyak mengaut keuntungan undi sebelum ini. Malangnya, walaupun sudah sekian lama puak sinun menjanjikan perlaksanaan dinegeri jajahannya dan telah mendapat perkenan sultanya sendiri, haram pun takdak! Walhal mereka layak untuk berbuat demikian disetiap negeri-negeri yang di perintahnya.

Ironi alasannya adalah seperti tidak mendapat sokongan majoriti "Majlis Perwakilan" (MP Parlimen) atau dengan alasan sukar kerana masih tidak berjaya memerintah Malaysia secara keseluruhan.  Besok bila dah dapat perintah Malaysia mungkin mereka akan kata sebab belum dapat perintah bumi pulak.  Kemudian sebab belum dapat perintah planet dan bintang-bintang pulak!!!

Ada-ada sahaja dalil-dalil mereka untuk menutup kelemahan sendiri.

Thursday 29 November 2012

ULAMAK POLITIK? BOLEH KE??

Kamu boleh "setuju" untuk "tidak setuju" akan tetapi saya yakin pasti ramai yang "setuju untuk setuju" bila saya katakan; ULAMAK dan AHLI POLITIK adalah suatu tugasan yg "berbedza"! Seperti mana PENJAWAT AWAM dan BISNESMAN! Bila PENJAWAT AWAM mula berNIAGA, ia telah melangar ETIQA dan tentunya boleh merosakan nama baik JAWATAN dan JABATAN tersebut....
Begitu juga halnya dengan ULAMAK. Bila seseorang ULAMAK itu berkecimpung dlm sesebuah PARTI POLITIK, dia juga secara tak langsung telah melanggar ETIQA(PENDAKWAH) dan tentunya akan dapat merosakan nama baik ISLAM itu sendiri....MENGAPA???

 DALILnya adalah berikut= BILAMANA ADA ULAMAK TERTENTU MENYERTAI PARTI POLITIK, SELALUNYA(TIDAK SEMUA) PASTI DAPAT MEMECAH-BELAHKAN UKHUWAH UMAT ISLAM DENGAN FATWA2 SERTA TAFSIRAN2 DARI AL-QURAN DAN HADITH2 YANG MANA SERING DITERJEMAAH LANTAS DIHALALKAN JIKA PERKARA ITU BOLEH MEMIHAK PADA SELERA ideology MEREKA! PerSOALANya!?

 -Mengapakan demi sebuah MATLAMAT yg berIDEOLOGYkan POLITIK, ada ULAMAK2 tertentu sangup MENGHALALKAN CARA dalam menTERJEMAHkan TAFSIRan HADITH2 dan NAS2 dari AL-QURAN??? -Bukankan antara TERJEMAAH dan TAFSIRAN adalah sesuatu perkara yg berbeza??? Sebagai contoh= Perkataan Arab- HALKHOH yg bermaksud segumpal darah, namun boleh saja diterjemahkan sebagai DARAH BEKU...namun bila ditafsir pula ia telah memberi maksud sebagai JANIN Bukankah ia memberi erti yg SAMA dengan hanya sebutan yg berBEZA2!?

 Saudaraku, -Bukankah Islam telah mengajarkan kita bagaimana cara untuk memilih pemimpin!? "JIKA DIKALANGAN KAMU (UMAT ISLAM) INGIN MEMILIH PEMIMPIN, PIHAK YG KALAH HARUS PERGI KEPADA PIHAK YG MENANG, AGAR TIADA PERPECAHAN DIKALANGAN KAMU"-(At-Tarmijzi)...bukankah begitu jelas saranan ini utk kita jadikan sandaran!?

 -"BARANG SIAPA MENCACI DAN MENCERCA DLM MEREKA INGIN MENEGAKKAN KEBENARAN,NESCAYA KETAHUILAH BAHAWASANYA HATI MEREKA ITU TELAH ROSAK LAGI MEROSAKAN". (Anas R.a). Dan bagaimana pula SITUASInya jika kita saling menDOAkan kehancuran pihak Islam yg lain!?

 Saudaraku sekalian, Marilah kita saling bermuhasabah diri serta lebih berBAIK sangka dan berLAPANG DADA dgn setiap ketentuan ILAHI..."SESUNGGUHNYA TIADA YG KEBETULAN DIMUKA BUMI INI...SEMUANYA TELAH DIJADUALKAN OLEH ALLAH SW...BAHKAN ORG YG MENYEBUT KEBETULAN ADALAH ORG2 YG TIDAK BERTUHAN"(Al-Hadit-ayat 22).

 Setiap kejadian dan takdir kita telah ada dlm LAUFUL MAHFUZ. Berfikirlah secara (Al-LUTHFU) kecerdasan dlm menangkap bahasa HIKMAH dibalik segala TAKDIRNYA. Akhir kata dari saya, "Diantara Dua Mudhorat Pilihlah Yang Mana Lebih Ringan Timbangannya"...................................Allhualam! *Yang Cuba Berpesan2 Dgn Sabar*

 -Penembak Tepat- (Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008).

11 PERKARA SELEPAS PRU13

SEBELAS(11) KEMUNGKINAN BESAR JIKA PR KALAH TERUK PADA PRU13 NANTI!!! AWAS! 

1-PR MUNGKIN MENGHASUT PENYOKONGNYA UTK MENGGANAS DIJALAN2 RAYA
2-PR MUNGKIN MENUDUH SPR TIDAK TELUS DAN BERAT SEBELAH!
3-PR MUNGKIN MENDAKWA BANYAK UNDI HANTU!
4-PR MUNGKIN MEREKA2 CERITA KUNUNNYA SPR TELAH DIBELI OLEH BN!
5-PR MUNGKIN MENGHASUT RAKYAT DGN (UNDI TIDAK PERCAYA)!
6-PR MUNGKIN MENDAKWA PILIHAN RAYA DIPENUHI RASUAH!
7-PR MUNGKIN MENDAKWA CALON2 BN MENGAMALKAN POLITIK WANG!
8-PR MUNGKIN MEMINTA BANTUAN ASING SUPAYA CAMPUR TANGAN!
9-PR MUNGKIN MEMINTA SUPAYA PILIHAN RAYA DIJALANKAN SEKALI LAGI!
10-PR MUNGKIN MENGHASUT SUPAYA RAKYAT MEMBERONTAK MENUMBANGKAN KERAJAAN SEDIA ADA DGN CARA PAKSA DAN RUSUHAN!
11-DSAI MUNGKIN LARI KELUAR NEGARA BAGI MENDAPATKAN PERLINDUNGAN SUAKA POLITIK DAN MEMBURUK2KAN MALAYSIA WALHAL DIA SENDIRI TAKUT SEGALA PENIPUAN JENAYAHNYA TERBONGKAR DAN AKAN DIDAKWA SATU PERSATU!

PADA WAKTU ITU PASTINYA RAKYAT AKAN TERBUKA MATA DAN MERASA KESAL DIATAS SEGALA SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN YG TELAH DIBERIKAN PADA DSAI SYEIKH AL-JUBURI! MUKTAMAT...SEKIAN TERIMA KASIH!

 -penembaktepat-
. penembaktepat1.blogspot.com
(Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008).

Wednesday 28 November 2012

SETEPAT TEMBAKAN.

Dengan tajuk: SETEPAT TEMBAK.

Dato Sri ANUwar Ibrahim Syeikh Al-Juburi(gelaran dari Mat Sabu) telah keluar negara utk meminta campur tangan negara2 asing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke13 ini. Perbuatan beliau itu telah diselar oleh beberapa perwakilan Umno dan Bn sebagai "PENGKIANAT NEGARA"! Beliau seolah2 cuba mengambarkan kononnya sistem pilihan raya dan sistem kehakiman dinegara ini(Malaysia) adalah berat sebelah dan begitu kotor. Sedangkan segalanya telah terbukti dengan kemenangan pihak pembangkang di 5 buah negari dan pembebasan kes beliau dimakamah sivil yg lalu.

 Sifat DENGKI,DENDAM,RIAK,UJUD,GIBAH,JAHAT dan BUSUK HATI beliau semakin hari semakin menjadi2 kepada UMNO dan BARISAN NASIOANAL. Ini kerana mungkin beliau sendiri sudah menyedari akan kekalahannya (PR) pada PRU13 nanti. Jika kita benar2 PERHATI dan TELITIkan disetiap siri ceramah yg dianjurkan, pastinya beliau akan meNIUPkan isu yang sama berulang2 kali.

Ini menunjukkan bahawa begitu jelas menjelang PRU kali ini sememangnya pembangkang telah ketandusan idea dan isu semasa. Itulah sebabnya beliau hanya mampu mengulangi dan merekayarsa segenab fitnah pembohongan supaya sebanyak mungkin rakyat dinegara ini yang kurang pendedahan turut percaya dengan helah dan tipu daya beliau bagi mengaburi mata rakyat mengenai kesalahan dan tuduhan2 yg telah dihadapinya. Jika kita imbas kembali melihat pada sejarah dan peristiwa yg telah terjadi pada PRU12 yg lalu, ISU yg cuba dimainkan oleh beliau adalah seperti:

1)-FITNAH KONSPIRASI UMNO/BN YG TELAH MENJATUHKAN BELIAU KERANA KONONYA PIMPINAN UMNO/BN TAKUT AKAN PENDEDAHAN DAN MABUK KUASA. (Sedangkan hakikat sebenarnya beliau telah terjerumus dgn kes salahlaku moral.)

2)-TUDUHAN KONONNYA TUN MAHATHIR ADALAH SEORANG YG SGT DIKTAKTOR DAN TERLALU LAMA(TUA) DALAM PEMERINTAHAN, SEHINGGA BELIAU TELAH MENGHASUT RAKYAT SUPAYA TUN M MELETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI.

P/s:-----------------------------------------------------------------------------------------------------(Sedangkan hakikat sebenarnya Tun M adalah seorang NEGARAWAN ISLAM tersohor dizamannya sehingga berjaya memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara maju yg telah mendapat pengiktirafan global sebagai "NEGARA ISLAM CONTOH").

3)-TIDAK HABIS DENGAN ITU, DSAI JUGA TERUS MENERUS MANGHASUT RAKYAT YG SEDANG BINGUNG KETIKA ITU DENGAN PRIHAL MENTERI2 DI DLM UMNO/BN YG KONONNYA MENGAMALKAN POLITIK RASUAH DAN KRONI.BELIAU TURUT MENDESAK RAKYAT SUPAYA TURUN KEJALAN RAYA BAGI MEMBERONTAK AGAR SEBAHAGIAN MENTERI2 YG BELIAU DAKWA MELETAK JAWATAN SERTA MERTA DAN DIGANTIKAN DGN NAMA2 YG BARU YANG LEBIH BERKALIBER DAN BERSIH KONONNYA.

P/s:------------------------------------------------------------------------------------------------------- (Walhal hakikatnya beliau sendiri adalah seorang yg prajudis terhadap nasib rakyat sehingga memaksa negara memintak bantuan dari IMF disaat seluruh Dunia mengalami masalah kerisis keewangan pd masa itu. Dan realitinya mahkamah sivil telah menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun setelah beliau sendiri telah disabitkan dgn kes rasuah dan salah mengunakan kuasa).

4)-Setelah dibebaskan (lebih awal) dari penjara oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Pak Lah menjadi PM yg baru bg menggantikan Tun M, DSAI telah cuba memainkan isu ISA dan menghentam isu kehakiman negara. Lantaran dari desakkan rakyat yg percaya,maka belakulah banyak perubahan dlm sistem kehakiman negara sehingga Ketua Hakim Negara turut dipecat dan diganti kepada yg baru.

P/s:--------------------------------------------------------------------------------------------------- (Hakikatnya isu2 itu hanyalah sekadar bentuk cara DSAI untuk menutup kelemahan bg mendapatkan mandat sokongan rakyat yg telah banyak dimanipulasi olehnya supaya terus menerus membenci kerajaan Islam(SAH) yg sedia ada telah dipilih rakyat negara ini).

5-)Pada ERA awal pimpinan Pak Lah, propaganda isu yg telah dimainkan oleh DSAI adalah isu kroni dan kezaliman tawanan ISA supaya rakyat terus menerus mendesak agar sistem ISA yg telah banyak diguna pakai oleh Negara ini bg menyelamat dan menepis ancaman serta serangan dari dlm dan luar negara seperti isu Al-Qaida dan J.I dihapuskan.

Walaupun telah berbagai perubahan dan desakan rakyat telah kerajaan turuti . DSAI tetap memainkan pelbagai isu dan hasutan agar rakyat terus menerus membenci kerajaan sedia ada.Muslihat DSAI adalah supaya pemikiran rakyat dpt diCAPATI supaya terus memberi sepenuh mandat sokongan terhadap beliau. Sehinggalah waktu itu Pembangkang berjaya menawan 5 buah negeri pd PRU12.
Dan ini telah memaksa Pak Lah utk meletak jawatan kerana bagi mendengari suara dalaman parti yg merasa tertekejut, tertekan dan kecewa dgn apa yg berlaku ketika itu. Dan setelah mengambil kira sudut pandangan seluruh dari pimpinan baru dan lama (VETERAN), dan setelah membuat perbincangan tergempar utk berberapa kali akhirnya kerajaan Umno/Bn telah sepakat untuk cuba memperhalusi dan maemahami apa sebenarnya yg rakyat mahukan.

Dan didalam perhimpunan agong Umno yg lalu pelbagai pihak dan hampir seluruh perwakilan telah bersetuju dan berjaya mengenal pasti bahawa kesan dari hasutan DSAI adalah sebenar2nya punca kemarahan rakyat. Dengan pelbagai hasutan dan fitnah yang telah dijaja sama ada didalam atau diluar negara ,rakyat dan deligasi asing semakin keliru. Maka dengan itu hampir seluruh persidangan telah bersependapat bahawasanya Anuar Ibrahimlah yg menjadi tunjang dan proksi kejahatan bagi memecah-belahkan bangsa melayu sehingga kesaat ini. Dan sebagai seorang rakyat biasa sememangnya akan menjadi mudah percaya dengan apa saja hasutan DSAI kerena DSAI adalah seorang pemimpin yg berlatar belakangkan BEKAS Timbalan Perdana Menteri.

P/s:------------------------------------------------------------------------------------------------------- (Walhal sebenarnya DSAI adalah seorang pemimpin DURJANA yg pandai bermain hujah dan pandai mencipta sentimen kebencian rakyat sesama bangsa, apatah lg untuk menjual kebencian kepada juak2 yg berlainan bangasa dan agama.Ini terbukti dari sejarah keberadaan DSAI ketika didalam UMNO. Lihatlah sejarah bagaimana cara DSAI berhujah dan berkempen bagi memburukkan Pembangkang waktu beliau masih bersama2 UMNO dan BARISAN). "BUKALAH MATA"...! dan siapakah sebenarnya yg menjadi "PENGHIANAT NEGARA"...!?

6)-Mengikut pendapat peribadi saya sebagai seorang BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008) dan seorang PEMERHATI POLITIK NEGARA YANG BEBAS SECARA AWALNYA,telah berbagai2 helah dan pembohongan yg dilakukan oleh DSAI termasuklah isu LIWAT,MUHABALAH,RASUAH,LGBT,PENGUNAAN KALIMAH ALLAH, SOKONGAN KEPADA ISRAEL,MURTAD,VIDEO LUCAH,DNA ANAK SAMSIDAR dan banyak lagi isu dan pertuduhan lain sebenarnya apa yg DSAI mahukan adalah hanya ingin melepaskan tekuknya sendiri...MUKTAMAT!

Beliau sanggup menggadaikan dan menghalalkan apa cara sekali pun demi mengaburi segala kesalahan dan DOSA2 yg telah dibuatnya. Dari tindak tanduknya bagi MEREALISASIkan hajat beliau menjadi PM taburan janji2 manisnya untuk membela rakyat seakan "Tupai Memakan Kelapa". Beliau cuba mempamerkan luaran dirinya sebagai HERO penyelamat rakyat sedangkan dalaman dirinya berlubang dan busuk berparut2 akibat tabiatnya sendiri yg merosakan jiwanya dari dalam. PERSOALANYA???

-Setelah pelbagai usaha dan perubahan(TRANFORMASI) yg kerajaan kini (DS Najib) lakukan seperti penyusunan kepimpinan baru, mempergiat dasar ekonomi baru(Glokal dan Global),dana bantuan rakyat 1 Malaysia, dan berbagai skim2 bantuan/ subsidi rakyat berpendapatan rendah...malah sehingga penguguran sistem ISA pun telah beliau hapuskan demi mengikuti permintaan dlm memahami hasrat sebahagian rakyat negara ini. Mengapa tidak saja bg kita memberi peluang bg kerajaan membuktikan kesungguhan disetiap perubahan dan perlaksanaan pemerintahan yg baru? Haruskah kita memperjudikan nasib anak bangsa kita hanya demi kerana sebuah anjakkan emosi yg lebih bersikap protes secara radikal? tidak inginkan kita bersama2 melihat kejayaan negara yg telah dirancang dan dicanangkan sebagai wawasan 2020 yg hanya tinggal beberapa tahun lagi???

Dan persoalan yg lebih dominan, tidak Islamkah sesebuah negara seperti Malaysia yg telah mengamalkan sistem dan undang2 syariah selama ini? Apa perlukah sesebuah kerajaan baru dibentuk disaat ekonomi kita jelas semakin berkembang pesat? Mengapakah kita masih tidak bersyukur dan berterima kasih? bukankah itu suatu kemestian yg perlu ada sebagai seorang yg berpegang pada ajaran Islam. Sebagai seorang yg berbangsa Melayu dan menganut ajaran Islam,mengapakah kita mudah menjadi terlalu TAKSUF pada seseorang hanya kerana sebuah IDEOLOGI POLITIK? Bukankan telah banyak kisah dan ajaran didalam kandungan Al-Quran dan Hadith utk kita jadikan penilaian??

Bukankan Islam telah mengajarkan kita supaya lebih bersikap bersederhana didalam semua hal? Mengapa kita terlalu ber-persepsi buruk pada pihak dan pemimpin Islam lainnya?? Saudaraku, Sekalipun kita ingin menukar kerajaan dan kepimpinan yg baru yg mungkin saja kita fikirkan lebih realistik dan tranfaran,apakah benar ianya mampu terjadi? Siapakah mereka2 yg ingin kita taruhkan??

Dan yg lebih penting cukup bersediakah kita untuk menghadapi sembarang kemungkinan dan kebarangkalian kegagalan disaat kedudukan bangsa kita yg semakin berselingkuh dan bercakaran ini?

Akhirkata dari saya sebagai seorang penulis,

"Sejarah itu ada dibelakangmu yg punya cerita panjang tapi harus benar"..
"Hijrah itu ada didepanmu yg punya keyakinan untuk berubah tapi harus pintar"...
"Nasib dirimu dan kaum'mu itu ada disekeliling kiri dan kananmu tapi harus sabar"....

Dan orang yang sabar itu adalah pemenang..
Kerana mereka berjaya dari mengikut hasutan syaitan...
Kerana mereka berjaya bagi mendapat ganjaran dikesetiap ujian tuhan..... 

Yang turut terpesan sendiri,
      -Penembak Tepat-
(Bekas Aktivis pembangkang 1998-2008).

Saturday 24 November 2012

Bersyukurlah..

Asalamualaikum...

Mengikut pengalaman dan kajian peribadi saya, punca kekalahan UMNO dan BN pada PRU12 dahulu ada DUA FAKTOR. FAKTOR PERTAMA:

1.)KRISIS DALAMAN PARTI- Banyak isu2 dalaman UMNO dan BN disebabkan dari perpecahan kesatuan ahlinya sendiri, seperti kes pemecatan DSAI(TPM) dan beberapa kes MENTERI2 yg melibatkan INSTITUSI KEHAKIMAN(VK LINGAM).Akibat dari itu kesannya sebahagian besar penyokong2 UMNO/BN mula berpecah dan hilang kepercayaan dengan KERAJAAN sedia ada. Dan ini telah memberi kelebihan buat parti pembangkang untuk meMANIPULASIkan lantas mengambil kesempatan dengan situasi yg telah berlaku dari kepincangan pimpinan UMNO/BN itu sendiri. FAKTOR KEDUA:

2.)TEKNOLOGI MAKLUMAT(IT)- Pengunaan Internet dikalangan rakyat terutama anak2 muda telah menjadi modus operandi utama bagi menyampai dan menyebarkan isu2 semasa sama ada yang benar atau yang sekadar REKAYARSA dari siri2 ceramah dan blog2 pembangkang.Majoriti rakyat terutama berbangsa melayu telah menjadi keliru dengan taktik2 permainan politik dari kempen2 ceramah pakatan pembangkang dan informasi2 yg dimainkan oleh BLOGER2 diseluruh negara.Kesempatan ini terus menerus telah digunakan oleh pihak lawan kerana telah banyak memberi IMPAK yang besar bagi mereka meraih undi dalam PRU12.

 ULASAN dan PENDAPAT PENULIS: *Sebagai seorang rakyat biasa kita haruslah berfikiran lebih terbuka dan bijak menilai isu2 semasa yang cuba disampaikan oleh kedua2 pihak(PARTI). Ironinya kita sering mendengar ungkapan bahawa "POLITIK ITU KOTOR" dan ungkapan "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". Dari kedua2 istilah itu apakah sebenarnya yang dapat kita fahami? Apakah pengertian sebenar dari pernyataan itu? Dan siapakah dari mereka2(AHLI POLITIK) yang pernah menyatakan?

 *Bagi pandangan bebas penulis, untuk menilai perspektif dunia POLITIK kita haruslah melihat secara GLOBAL kerana sememangnya politik itu sendiri adalah bersikap GLOBAL. Politik adalah merangkumi perkara2 seperti CALON KEPIMPINAN,MANIFESTO HAK DAN SUARA RAKYAT,SISTEM KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN dan yang paling penting untuk diberi perhatian adalah keutamaan dan kedudukan INSTITUSI RAJA2 dan kedudukan MAJORITI RAKYAT dan KEAGAMAAN disesebuah negara itu. Adalah silap bagi penulis jika kita(rakyat) hanya menilai politik itu secara GLOKAL tanpa melihat tatacara pemerintahan politik dinegara2 lain!?

Untuk menilai sesebuah parti politik juga kita tidak boleh melihat hanya pada kejadian semasa tanpa melihat sejarah pembentukan badan pertubuhan tersebut. Sejarah adalah suatu perkara yang paling objektif dalam menilai seseuatu perkara yang bersifat hari ini dan semalam. Secara RASIONALnya tanpa adanya semalam bagaimana mungkin ada hari ini. Sebagai rakyat yang cintakan kedamaian, saya menyeru kepada semua segenap lapisan masyarakat majmuk negara ini, pandanglah kebelakang seketika disaat kita berada dihadapan. Dimanakah kita telah berada sekarang?

Dan yang lebih penting lihat dan bandingkanlah kedudukan taraf ekonomi kita dengan melihat sejenak disekeliling negara kita? Bersyukurlah dengan keamanan dan kemajuan yg kita telah kecapi selama ini.

Bagi umat Islam(Melayu) dinegara ini,apakah kita telah lupa dari manakah asal usul bangsa kita? Bandingkanlah diri kita dengan bangsa serumpun yang ada lain diluar sana?
Tidakkah kita merasa berbangga dengan majoriti taraf sosio ekonomi umat Islam dan bangsa melayu negara ini?
Tidakkah kita merasa bersyukur dan selesa dengan adanya masjid2 dan pusat2 Islam disetiap negeri kita ini?
Dan yang masih menghairankan penulis adalah mengapa kita sering menuding jari dan lebih mencari kesalahan pemerintah yang terdiri dari majoriti bangsa kita sendiri?
Penulis juga ingin menyentuh sedikit tentang isu pemerintahan yang kononnya lebih Islam terutama dalam isu HUDUD yg menjadi pertikaian dan modal utama seteru pembangkang.
Pernahkah kita terfikir berapa negarakah didalam dunia ini yang telah berjaya melaksanakan sistem tersebut? Sebagai contoh Negara Mesir adalah sebuah negara yang majoriti beragama Islam. Mesir juga terkenal dengan sebuah negara yang menjadi nadi pengeluar cendiakawan sarjana Islam terbesar didunia. Mesir juga merupakan Negara yang mempunyai ULAMAK2 yang terkenal dari zaman dahulu sehingga kini. Namun persoalannya mengapakah Mesir masih tidak melaksanakan lagi sistem HUDUD tersebut?

Dan dari segi apakah dalil2 yang mereka gunakan bagi menghujahkan persoalan ini? Banyakkanlah pengkajian bukan hanya mempertikaikan! Saudara, Kita haruslah sedia maklum bahawasanya sejarah negara kita adalah bekas dari jajahan British dan kita telah pun sedia maklum bahawasanya negara kita juga dahulunya pernah mengamalkan sistem dan perundangan dari peninggalan mereka melalui perjanjian2 yang termenterai.
Namun kita juga harus tahu bahawasanya sistem perundangan tersebut telah berjaya kita ubah sedikit demi sedikit sehinggalah saat ini telah kedengaran suara2 dari deligasi2 negara luar terutamanya dari negara Islam yang lain didunia ini telah memuji bentuk pemerintahan dan banyak yang telah mengiktiraf negara kita sebagai negara Islam contoh dunia.

Apakah mereka2 ini semua tidak tahu sejarah? Ataukah mereka2 ini tidak tahu menilai politik sesebuah negara? Dan apakah kita lebih merasa pintar dari mereka2 ini semua?? Saudara, Usahlah lagi kita hanya dibuai oleh kata2 dan janji2 indah oleh pihak yang berkempentingan semata2 demi menjaga sikap egois dari kepincangan peribadi mereka sendiri. Marilah kita hindarkan rasa kebencian dari PERSEPSI buruk yang telah ditaburkan oleh mereka yang berkempentingan didalam agenda politik mereka. Pepatah melayu ada mengatakan "YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN".

Usahlah kita perjudikan nasib rakyat dan kemakmuran yang telah kita kecapi selama ini. Marilah kita berganding bahu sesama bangsa dan seagama. Islam telah mengajar kita supaya menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan dalam Islam jelas tidak diajarkan kita untuk mendoakan kehancuran sesama Islam. Andai kita benar2 ikhlas ingin memperjuangkan Islam, marilah kita bersatu dalam membentuk satu ukhuwah didalam kelumpuk SUNNAH WAL-JAMAAH seperti mana yang telah Nabi ajarkan.

Saudara,
Setiap orang yang mengucapkan kalimah SYAHADAH, tiada siapa yang berhak mempertikaikan keISLAMannya...apatah lagi untuk menentukan kedudukannya diSYURGA atau NERAKA. "SYURGA DAN NERAKA ADALAH MILIK ALLAH SUBHANAWATAALLA"......... Allualam..

Yang Turut Berpesan Untuk Diri Sendiri
             -Penembak Tepat-
(Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008).

Thursday 22 November 2012

Puisi: In The Name Of Malay".

Far over the Misty Mountains,
To dungeons deep and caverns old,
We must away, ere break of day,
To find our long-forgotten gold.
The Palm oil were roaring on the heights,
The winds were moaning in the night,
The fire was red, it flaming spread,
The trees like torches blazed with light.

Let us unite for the sake of love in the name of Malay...
Let us unite for the sake of love in the name of Islam...

"Unifying Of Islam"
-Penembak Tepat-
( http://penembaktepat1.blogspot.com/).

Friday 16 November 2012

DATO HARUN DIN KELUAR PAS???

Berita Gempar...!!!

APAKAH TOK GURU HARUN DIN AKAN MENINGGALKAN PAS DAN MENGIKUTI JEJAK LANGKAH SAHABATNYA DR HJ HASAN ALI..? Terpanas !!! Tok Guru Harun Din Kata Anwar Merupakan Pemimpin Yang Tidak Berasaskan Politik Kepada Islam!!!

 http://m.ak.fbcdn.net/external.ak/safe_image.php?d=AQAMyFd6W5UMKeJi&w=155&h=114&url=http%3A%2F%2Fi4.ytimg.com%2Fvi%2F74OEaEqVjY8%2Fmqdefault.jpg http://m.ak.fbcdn.net/external.ak/safe_image.php?d=AQAzlDvialXlf225&w=90&h=90&url=http%3A%2F%2Fantarapos.com%2Fv1%2Fimages%2Fnews_images_upload%2Fcontent%2Fanwar+mj+akbar.jpg

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia. “Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara,” tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain. Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS. “Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. “Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. “Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas beliau. Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR. “Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,” kata Haron.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna. “Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam,” katanya. “Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia.

Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap,” kata beliau. “Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad,” tambahnya. Anwar melancarkan buku Akbar yabg juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul ‘Tinderbox: The Past and Future of Pakistan’. Majlis pelancaran itu berlangsung di Royal Lake Club Kuala Lumpur. Anwar Jemput Rakan Luar Negara Kritik Dasar PAS Isu Negara Islam, kenyataan Sahabat Anwar Berbahaya

Wednesday 14 November 2012

APA ITU HUDUD PAS?

PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud): BAHAGIAN III Keterangan 39.
Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91. (1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini. (2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi (1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang. (2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang. 41. Syarat-syarat menjadi saksi (1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil. (2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri). (3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan (1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan. (2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan (1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan. (2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar
(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.
(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan: Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.
(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar
(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman. (2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan. (3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah
(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.
(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu. (Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125) KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42 Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi.

Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi: Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan. Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati.

-Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.

-Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol.

-Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima. Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

-Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

-Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol.
Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

-Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak.

-Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman. Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas.

-Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina. Adilkah begitu? KUPASAN SEKSYEN 46(2) Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

-Sekali lagi isu mangsa rogol timbul. Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini?

Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kainya begitu. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya "
Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17) Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.

Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS.
SIAPA NAK TOLONG JAWAP???

FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

         (http://penembaktepat1.blogspot.com/).

FAKTA 36 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

Satu ketika dahulu isu kroni yang melibatkan perlantikan Menantu beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Menteri Besar juga telah kecoh di Negara kita. Akhirnya beliau telah mengatakan ia turut diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ‘kroni’ yang dikatakan dibuat oleh Nabi itu sama dengan kroni yang kita faham. Jelas sekali nama baik Rasulullah telah dimain-mainkan oleh lidah bercabang Nik Aziz ini… Memang sesuailah jika ahli-ahli PAS di seluruh Negara perlu menolak Nik Aziz dari terus merosakkan PAS dengan fatwa karutnya sebagai Mursyidul Am PAS. ULAMAK kah ini??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008). SEKIAN TERIMA KASIH DAN SALAM ATAS PERSAUDARAAN ISLAM". YANG IKHLAS BERJUANG -Penembak tepat(14November 2012). --------Asalamualaikum---------

FAKTA 35 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

Pernah beliau juga menolak gambar-gambar digantung di rumah dan tidak akan menghadiri majlis yang dibuat di rumah yang ada gambar manusia digantung. Namun sekarang gambar beliau sendiri yang begitu besar telah dipamerkan di tepi jalan. Ini menandakan beliau sering berfatwa yang tidak diamalkan oleh dirinya sendiri. Inilah jenis Mursyidul Am yang disukai oleh geng Erdogan yang cakapnya tidak serupa bikin dan bersifat ‘halal untukku dan haram untukmu.’ >>>> SEKARANG NI BERSEPAH..DIA PUN PKAI STICKER YG ADA GAMBAR DIA...ULAMAK...???? SIAPA nak tolong jawap??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 34 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

Pernah ketika melawat Pondok Berangan milik Tok Guru Hj Yaakob ( ayah Timbalan Menteri Besar Kelantan ) di Tumpat, yang bersebelahan dengan Wat Maiswankiri ( atau dikenali sebagai Ketik Tengah), Nik Aziz hanya menderma RM50 sahaja kepada pondok tersebut tetapi memberi RM1900 kepada wat Maiswankiri. Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang pondok yang membuka peti tabung selepas beliau meninggalkan pondok tersebut dan juga diceritakan oleh petugas Wat Maiswankiri. Ia adalah bukti kukuh bagaimana sikap Nik Aziz terhadap institusi agama berbanding ketika menyumbang kepada sebuah rumah ibadat masyarakat Siam. Jelas sekali bahawa demi kepentingan politik Nik Aziz sanggup melebihkan sumbangannya kepada sebuah Wat Siam dari member derma kepada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi kilang melahirkan ulama rabbani. Sekali lagi beliau tidak layak digelar Mursyidul Am PAS atau dipanggil Tok Guru. ULAMAK ? SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 33 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

Nik Aziz juga telah bermurah hati menderma kepada Tokong Siam dengan memberi dana berjumlah RM60,000 dengan dibawa oleh Exco Kelantan iaitu Anuar Tan secara senyap. Pemberian kali pertama sebanyak RM30 ribu ringgit dan kali kedua sebanyak RM 30 ribu ringgit. Sedangkan Nik Aziz tidak pula bermurah hati untuk memberi dana yang besar kepada masjid-masjid bahkan beliau sendiri tidak pernah membina masjid sepanjang 19 tahun menjadi MB yang juga pada masa yang sama menjadi Mursyidul Am kepada PAS. Wat tersebut telah dirasmikan pada 12 Jun 2009. ULAMAK ? SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 32 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

Semasa BN memerintah hanya patung Buddha yang berbaring sahaja yang dibina, tidak begitu besar atau tinggi menjulang hingga melebihi ketinggian mana-mana masjid di Kelantan. Namun Nik Aziz sepanjang 19 tahun berkuasa beliau telah membenarkan patung Buddha yang besar melebihi masjid di Tawang dan beberapa tempat lain lagi di Kelantan. Jelas sensiviti beliau terhadap agama tidak melambangkan dengan gelarannya sebagai Mursyidul Am PAS. ULAMAK KE NI? SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 31 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat,, 19 November 1992. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 30 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, 26 November 1994. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 29 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, 29 April 1999. >>>>>> ULAMAK NIH....TERDAPAT DALAM SALAH SATU CIRI2 ULAMAK...SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 28 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. >>>>>> PR TU KAFIR LER....ERMM..PAS PUN DAH JATUH KAFIR LER YER...SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 27 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik MaT, 24 Januari 1999. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 26 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

"Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, 28 April 1999.....SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 25 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 24 -KENAPA SAYA TOLAK PAS

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, 4 Ogos 2001. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PAS(1998-2008).

FAKTA 23 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal? SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 22 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja? SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 21 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja? SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 20 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 19 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz. SIAPA YG NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 18 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 17 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit NegaraKEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 16 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid? SIAPA YG NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 15 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan. SIAPA YG NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 14 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 13 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak). SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 12 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 11 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan. SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 10 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”...SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 9 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”...SIAPA NAK TOLONG JAWAP??? FROM-BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG(1998-2008).

FAKTA 8 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”. ...Siapa nak tolong jawap??? From-Bekas Aktivis Pembangkang(1998-2008).

FAKTA 7 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’... Siapa nak tolong jawap??? From-Bekas Aktivis Pembangkang(1998-2008).

FAKTA 6 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. Siapa nak tolong jawap??? From-Bekas Aktivis Pembangkang(1998-2008).

FAKTA 5 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang...siapa nak tolong jawap??? From-Bekas Aktivis Pembangkang(1998-2008).

FAKTA 4 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti2 kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12...siapa nak tolong jawap??? From-Bekas Aktivis Pembangkang(1998-2008).

FAKTA 3 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12...Siapa nak tolong jawap ??? From-Bekas Aktivis Pembangkang(1998-2008).

FAKTA 2 -KENAPA SAYA TOLAK PAS.

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, 12 Mei 1999. Siapa nak tolong jawap ??? From-Bekas Aktivis Pembangkang(1998-2008).

FAKTA 1:KENAPA SAYA TOLAK PAS.

PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam,KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Melayu/Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah) siapa nak tolong jawap??? From-Bekas Aktivis Pembangkang(1998-2008.)