Monday 10 December 2012

JANJI2 TIDAK BERNOKTAH...CUKUP2 SUDAH!


Pelbagai kepincangan dan pentadbiran caca merba di semua negeri di bawah pakatan pembangkang yang telah membuka mata rakyat.
Di Selangor misalnya, apa jadi dengan Skim Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) yang dicanang, digendang, gegak gempita seantero negeri?

Janji untuk beri simpanan tetap 100 ringgit untuk setiap anak Selangor, ditempelak keras dalam Laporan Audit.
Apa tidaknya, harapan nak ringankan beban keluarga punah berderai.

Dalam 61 ribu permohonan, hanya 36 peratus sahaja diluluskan.Kalau ikut KPI, itu sudah gagal betul namanya. Ternyata, Tawas sudah tewas!

Itu belum kita jengok masalah di UNISEL. Tidak payah saya berhujah panjang, cukup sekadar mengingatkan Pakatan bahawa mengikut Laporan Audit 2008, UNISEL merekodkan keuntungan 5.97 juta ringgit, hasil warisan pentadbiran BN. Namun, selang dua tahun sahaja, segala keuntungan hangus dek kerakusan dan ketidakupayaan pembangkang – dari untung terkumpul hampir 6 juta ringgit, menjunam  rugi 47.3 juta ringgit pada tahun 2010.

“Saya cadangkan, sebelum berjanji memberi pendidikan percuma, betulkanlah dulu kepincangan di UNISEL”.

Itu baru laporan audit Tawas dan Unisel, janji-janji pra PRU12, bagaimana pula?

“Mana janji pendidikan tadika percuma?  Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya? Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?
Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?

“ Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang"
.
Di Kelantan pula harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.

Bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula.

“Bertempik terlolong mereka jaja kononnya BN amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihan Kerajaan Pas sendiri, tanpa penilaian terperinci.

“Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat.

“Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur. Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Scania Kelantan.

Manakala di Pulau Pinang, sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang”.

Di Kedah pula jelas beliau pengurusan pentadbiran negeri Kedah lebih kecamuk, boleh buat pelaburan di luar negara tanpa kelulusan lembaga pengarah dan mendedahkan wang kerajaan negeri dalam pelaburan berisiko tinggi.

Penyelewangan jelas berlaku di sana-sini, termasuk dalam  menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat termiskin.
“Ada bukti menunjukkan kontraktor yang tak cukup syarat dilantik dan pelik bin ajaibnya pula ada bayaran untuk satu kontraktor dibayar kepada pihak lain.

“Ada kontraktor yang membuat tuntutan berulang-ulang pada kerja yang sama dan pada unit rumah yang langsung tak wujud. Ini dosa besar bila kita mencuri dari golongan miskin melalui rasuah dan sikap tidak amanah”.

Begitulah  rencah pentabdiran Pakatan, tanah dirampas, peruntukkan digadai, alam sekitar dihina dan pengurusan kewangan cacamarba.
“Kalau dapat mentadbir negara, habis punah, kita semua menempah binasa. Kalau kita mahu memperbutirkan satu persatu janji populis dan kegagalan pakatan pembangkang, jawabnya sampai ke subuh tak habis2.

“Cukup sekadar saya sebut, peluang mentabdir di beberapa negeri telah mereka tong sampahkan. Janji tinggal janji, tak cekap mentadbir kewangan dan negeri, pendek kata mereka memang tak mampu, tak layak memerintah negara!”............. MUKTAMAT.

-Penembak Tepat-
Bekas Aktivis Pembangkang Since(1998-2008).


No comments: