Thursday, 13 December 2012

‎"SEBUAH NASIHAT IKHLAS DARI PENEMBAK TEPAT" (Wajib Baca.)


Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS.

Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian. Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.

Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.

Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara?

Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, "Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya."

Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.

Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi ëzalimí yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur'an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:

Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.

Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.

Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.

Al-Anbiyaa' 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaanngkang dan tetap menyatakan permusuhan.

Jelas sekali bahawa Islam mengambil serius tuduhan zalim kerana jika ianya tidak ditafsirkan dengan tepat dan dituduh sewenang-wenangnya maka ia akan menjadi fitnah di mana akhirnya, si penuduh itulah yang sebenarnya yang berlaku zalim.

Berkata Imam Abul Hasan al-Asyíari r.h: ìdan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnahî. [al-Ibanah, 1/11].

Jawapan PAS bila ditanya mengenai kezaliman UMNO pula berubah-ubah mengikut sesuka hati yang memberi jawapan. Beberapa ahli PAS di laman sosial mentafsirkan UMNO zalim kerana menolak hudud. Nik Aziz menuduh UMNO zalim kerana menolak Islam. Seorang pensyarah UIA, Dr. Maszlee Malik pula menuduh UMNO zalim kerana menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, menzalimi parti PAS, memfitnah dan menafikan kebebasan akhbar.

Apabila kita bercakap mengenai kezaliman, maka sudah pastilah ada yang melalui kesengsaraan.

Jadi, siapakah yang sengsara di dalam PAS akibat kezaliman UMNO? Jika kerana menolak hudud, maka apakah ada yang teraniaya secara khusus yang berpunca dari tiadanya perlaksanaan hudud di Malaysia?

Alasan Dr. Maszlee untuk membantu PAS menjawab isu ini juga langsung tidak membantu kerana beliau hanya memperkatakan kezaliman secara umum dan kesan secara umum juga iaitu kesukaran yang dihadapi oleh parti PAS, bukan kesengsaraan seseorang atau sekumpulan manusia secara spesifik kerana hakikatnya tiada ahli PAS yang sengsara secara spesifik akibat perbuatan UMNO.

Tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam pula adalah satu fitnah yang nyata kerana ahli-ahli yang membentuk parti UMNO itu adalah Melayu Islam yang mengucap kalimah syahadah, yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, yang berpegang kepada Rukun Iman. Sepertimana lumrahnya manusia, mungkin ada di antara mereka yang jahil, mungkin ada yang kurang lengkap ibadahnya, namun tiada yang menolak Islam dan Rukun Iman.

Nik Aziz tidak mungkin dapat menafikan hakikat bahawa UMNO sebagai kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi mendaulat, mempertahan dan menyebar syiar Islam. UMNO yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mana sekutu PAS iaitu DAP bertekad untuk menukarnya.

UMNO tidak pernah lupa akan tanggungjawab menubuhkan masjid dan memperkasakan pembangunan Islam melalui berbagai-bagai program dan pertubuhan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk memelihara, mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam. Kerana UMNO, azan boleh berkumandang secara terbuka, surau ada di mana-mana, pengurusan zakat dipermudahkan malah Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan pengurusan haji paling canggih untuk rakyatnya.

Jika benar UMNO menolak Islam sehingga Islam tidak dibenarkan diamalkan sepertimana orang Quraisy yang menyiksa mereka yang masuk Islam di zaman Rasulullah SAW di mana Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta. Mereka ini dipaksa untuk kembali menyembah berhala dan meninggalkan Islam.

Sebaliknya, hakikatnya kerajaan UMNOlah yang memastikan undang-undang Malaysia menghalang umat Islam dari murtad, di mana sesiapa yang terpesong akidahnya akan ditangkap untuk difahamkan dan diperbetulkan.

Namun, apa yang terjadi ialah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba menegakkan undang-undang murtad yang digubal UMNO ini, PAS telah memecatnya.

Jelas, yang zalim di sini bukan UMNO, tetapi pemimpin PAS. Sesungguhnya, pemimpin PAS telah menzalimi pengikutnya dengan memperdaya mereka untuk mengaminkan doa fitnah yang paling zalim.

-Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008.

1 comment:

LUPA said...

semangat melayu memang ada, cuma golongan kecewa aje yang tak suka dengan perjungan UMNO, UMNO wadah perjuangan Melayu.