Monday, 31 December 2012
What Is KAFIR?
'Sometimes, its good to know u have FAKE people in ur life...
It helps u know for sure exactly who's the real muslim are...'
[Must Read!!!]
Sembahyang merupakan garis pemisah antara Islam dan kafir.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah SOLATnya".
( Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abud Daud Turmizi dan Ibnu Majah )
-Seseorang yang zahirnya muslim hendaklah dianggap kekal atas keislamannya sehingga terbukti secara yakin bahawa telah terbatal akidahnya. Ini atas kaedah syarak ‘Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak’.
Dalam ertikata lain, syak tidak boleh menghapuskan yakin. Oleh kerana pada keyakinan asal kita seseorang itu muslim, maka dia dianggap muslim dan tidak boleh keislamannya dibatalkan disebabkan hanya sesuatu perkara yang tidak pasti atau syak.
-Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment