Monday 31 December 2012

"JAWAPAN AKHIR BAGI PEMATAH HUJAH2 SONGSANG".


Monday, 31 December 2012
WAJIB BACA! يجب أن يقرأ! Must Read!

'TERJERAT DENGAN AMANAT SENDIRI'.

Tuan Guru Pakcik Haji Hadi sememangnya terjerat dengan kata-katanya sendiri akibat dari kegairahan mengejar cita-cita menjatuhkan pemerintah negara yang sah! Sekarang haji Hadi amat terdesak dengan asakan demi asakan dari pelbagai sudut termasuk karya Zulkifli Nordin dan C.N Al-Afghan yang benar-benar memberi tamparan hebat hingga terdesaknya Haji Hadi mencari helah mengelak menjawap apa jua persoalan.

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!

“Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

“Percayalah saudara-saudara sekalian.

“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Inilah teks apa yang dikenali sebagai “Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

“Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk ‘Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan.’

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), Pas mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka Pas membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; “Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai “kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas “peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na‘uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na‘uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa “Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:
1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:
1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu.

-PT (B.A.P 1998-2008).
"Takut Mati Pun Mati' Tak Takut Mati Pun Mati'

Tapi Biarlah Mati Dalam Iman;.(
http://penembaktepat1.blogspot.com/
'KEBAIKAN JIKA DIBALAS KEJAHATAN ITU ZALIM! KEBAIKAN JIKA DIBALAS KEBAIKAN ITU BIASA...TAPI JIKA KEJAHATAN ITU DIBALAS KEBAIKAN ITU MULIA".

SALAM UKHUWAH PENUH KEMAAFAN DARI SAYA
                    -PENEMBAK TEPAT-

What Is KAFIR?


‎'Sometimes, its good to know u have FAKE people in ur life...
It helps u know for sure exactly who's the real muslim are...'

[Must Read!!!]

Sembahyang merupakan garis pemisah antara Islam dan kafir.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah SOLATnya".
( Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abud Daud Turmizi dan Ibnu Majah )

-Seseorang yang zahirnya muslim hendaklah dianggap kekal atas keislamannya sehingga terbukti secara yakin bahawa telah terbatal akidahnya. Ini atas kaedah syarak ‘Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak’.
 Dalam ertikata lain, syak tidak boleh menghapuskan yakin. Oleh kerana pada keyakinan asal kita seseorang itu muslim, maka dia dianggap muslim dan tidak boleh keislamannya dibatalkan disebabkan hanya sesuatu perkara yang tidak pasti atau syak.

-Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saturday 29 December 2012

Assalamualaikum Orang2 Islam"...



Anna harap anta semua masih Islam...dan anna juga sangat2 berharap agar semua orang2 Islam saling sayangkan saudara2nya tak kira dimana, waima didalam muka buku sekali pun...
Pesan dari anna, janganlah saling mengkafirkan Orang2 Islam yg lain hanya kerana dalil politik yg berbeza...dan janganlah saling mendoakan kehancuran pihak Islam yg lain kerana hanya merasa diri lebih Islam dari mukmin yg lain...

Si PEMBUNUH pun kalau Allah angkat martabatnya TURUT MASIH LAYAK KESYURGA...begitu juga sebaliknya bagi mereka2 yg merasa tarafnya sudah DIsyurga...Islam itu sumul dan tidak jumut walau sudah beribu tahun usianya...
Dan sepekara penting Islam sangat2 menuntut seluruh Umatnya saling ber-SILOTURRAHIM".

Bukan saling mencaci-cerca dlm mencari salah orang lain"...waima disaat memesan kebenaran sekalipun... Itu jelas telah dilarang keras oleh Islam".
Alangkah baiknya jika kita semua saling mendoakan demi kebaikan orang lain
walau diri kita diZALIMi sekali pun...Kerna, bukan itukah ajaran sebenar2 menurut Islam...???

Anna  sangat berpegang teguh bahawa 'doa dipinta hanya untuk kebaikan, kecuali kepada orang2 kafir yang memerangi AGAMA ALLAH! Bukan sesama KABILAH bangsa yg turut sama berjemaah dibawah bumbung masjid yang serupa...!!! Allahualam..........

Fikirkanlah kalau berani?
(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

Friday 28 December 2012

‎'TA'ASUB @ TA'ASUF@ TAKSUF@ TAQSUBI'...........(BACAlah kalau BERANI!!!)



Istilah "BERLAPANG DADA BERBAIK SANGKA" merupakan sebuah saranan supaya kita lebih berfikiran POSITIF...akan tetapi, istilah "FAHAM TAPI TAK TAHU" itu lebih bersifat Takwilan' agak mendalam dari ungkapan "TAHU TAPI TAK FAHAM"...Ramai yang telah tahu tp buat2 macam tak tahu..kenapa? Tentu ada MOTIFNYA!?

Akan tetapi apakah cara dia menterjemah Takwil'annya itu tepat atau sering tersasar kerana tiada fakta dan Nas' lantas ditafsir sendiri mengikut PERSEPSI' tanpa disemat sedikit pun akal dan budi...

Persepsi Negatif'(kebencian) kalau sering kali dihujah tanpa rasa Sabar' pasti akan mengundang syaitan yg akan mengajar sesuatu sifat yg lebih dasyat iaitu "TAK'ASUB"......

Apa itu "TAK'ASUB"...???

Taasub dan ketaasuban seringkali difahami sebagai berpegang kepada sesuatu tanpa melihat kepada kebenaran yang terangkum di dalamnya. Perkataan fanantik kerap digunakan untuk menggantikan perkataan taasub. Perkataan fanatik mengikut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995: 476) bermaksud taasub, tegar hati, kuat pegangan, kuat keyakinan dan kuat kepercayaan. Fanatisme pula ialah kepercayaan yang sangat kuat, terlampau kuat atau kepercayaan yang kuat.

Fanatik juga didefinisikan sebagai seorang yang menunjukkan keghairahan yang melampau dan kegigihan terhadap ketaatan membabi buta khususnya terhadap beberapa perkara kontroversi (sebagaimana dalam agama, politik atau falsafah). Biasanya seseorang itu menyeru terhadap pegangannya secara bersemangat dan ia adalah suatu desakan tanpa alasan dan tanpa tolak-ansur (Webster's Third New International Dictionary, 1986).

Masyarakat Islam berdepan dengan banyak sikap taasub sama ada taasub dari sudut politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. Taasub dengan parti politik akan membuat pendokongnya 'mentakwilkan' atau 'mempositifkan' tindakan pemimpin, walaupun tindakan tersebut nyata salah dan membawa kerugian pada umat. Taasub tentunya akan lebih mumudhoratkan jika ada individu yg cuba mengangkat martabat seseorang individu lain(ketua) sehingga membuatkan seseorang itu dalam tak sedar telah mendewa-dewakan pernarafan tersebut dan wujudnya unsur pendewaan inilah yang harus kita TOLAK.

"TA'ASUF HANYA AKAN MEMBAWA KEMUDHORATAN YANG LEBIH BESAR" dan "Diantara DUA MUDHORAT Pilihlah Yang Mana LEBIH RINGAN Timbanganya".........

Saranan saya:
'Perhati Dan Telitilah' kedua2 PENDAPAT sebagai bentuk cara kita mengadili sesuatu sokongan atau pandangan kepada sesuatu Organisasi...dan berlaku adilah dengan hakikat melalui kejujuran bukan hanya bersandarkan 'PERSEPSI' negatif semata-mata! Allahualam...!!!

-Bekas Aktivis Pembangkang [1998-2008].

'AIR YG KERUH DILOPAK USAH TERUS DIKOCAK,
BIARKAN IA TENANG PASTI JERNIH KIAN MENJELANG'.

(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

Thursday 27 December 2012

"ROSAKNYA HATI"!!!

'BERAPA
RAMAI
MANUSIA
HARI INI
YANG
HIDUP
DALAM
KELALAIAN,
SEDANGKAN
KAIN
KAPAN
UNTUK
MEREKA
SEDANG
DITENUN'.

"Jika KEJAHATAN dibalas KEJAHATAN maka itu adalah DENDAM..."
"Jika KEBAIKAN dibalas KEBAIKAN itu adalah SELAYAKNYA..."
"Jika KEBAIKAN dibalas KEJAHATAN itu adalah itu adalah ZALIM..."
"Tapi jika KEJAHATAN dibalas KEBAIKAN itu adalah sebenar-benar CERMINAN ISLAM".

Wajarkah bagi diri kita yang telah mengaku sebagai ISLAM tapi dalam masa yang sama turut MENDOAKAN kehancuran ORANG ISLAM yang lain...
Siapakah diri kita untuk merasa lebih FATHO'NAH melainkan ALLAH yang MENGUKURNYA...
Bukankah setiap dari kita yang telah MELAFAZKAN dua kalimah "SYAHADAH itu telah ISLAM...
Dan bukankan Nabi telah mengISTIHARkan setiap dari umatku pasti keSYURGA, kecuali bagi mereka yang TIDAK MAHU...

Dan siapakah dari MEREKA YANG TIDAK MAHU itu???
Jawapanya adalah...

-Mereka2 yang melakukan perbuatan terkutuk seumpama KAUM NABI LUTH ALAIHISALAM (LIWAT/SEKS SEJENIS KAUM LELAKI).
-[At-Tarmijzi dan Al-Hakim].

-Bertakwalah kepada Allah dengan mengunakan namanya antara
 satu sama yang lain dan peliharalah SILOTURRAHIM.
-[Q.S Al Nisa'].

-SILOTURRAHIM itu tergantung pada ARASY,
 barang siapa yang menyambungnya (SILOTURRAHIM) maka
 Allah akan menyambungnya, dan barang siapa yang memutuskan
 maka Allah akan MEMUTUSKANNYA.
-[H.R Muslim].

Lantas marilah kita FIKIR
dan RENUNGkan sejenak...
Apakah SITUASI dan status
TARAF kita hari ini
tatkala kita semua
saling CUBA
mengHUJAH kebenaran
di laman MUKA BUKU...???

 SeDaNgKaN......................

 Dari [Anas R.a]-
"BARANG SIAPA MENCACI DAN MENCERCA
 TATKALA MEREKA INGIN MENEGAKKAN KEBENARAN,
 NESCAYA HATI MEREKA ITU TELAH ROSAK LAGI
 MEROSAKKAN".

Allahualam.....................................................................................

Yang Sedih Melihat Bangsanya

 Penembak Tepat
-Bekas Aktivis Pembangkang [1998-2008].
(http://penembaktepat1.blogspot.com/2012/12/serahkan-sahaja-pada-allah-sebagai-hakim.html).

Tuesday 25 December 2012

SERAHKAN SAHAJA PADA ALLAH SEBAGAI HAKIM.

Katanya kalau semua pakai sumpah...
Penjenayah akan terlepas bebas...

Katanya kalau semua pakai sumpah...
Tak perlu ada hakim dan mahkamah...

Katanya kalau semua pakai sumpah...
Tak perlu ada lokap dan penjara...

Itu kata-katanya lah...
Tapi tahukah kita bahawa sumpah itu sememangnya adalah jalan terakhir setelah kita gagal mendapatkan BUKTI dan SAKSI...
Tapi tahukah kita bahawa MUHABALAH itu akan mendapat kesaksian dari Allah setelah kedua-dua pihak itu sanggup melaksanakannya...
Dan tahukah kita bahawa setelah berMUHABALAH dalam 100 hari akan ada petunjuk bagi mereka yang telah mendustakan segala dakwaan dan pengakuan mereka itu... {Qs Ali Imron (3)/61}.

Begitulah pengertian SUMPAH MUHABALAH!
Dan begitulah KESAKSIAN dari perintah MUHABALAH!
Dan kerana itu jugalah sang PELAKU tersebut menjadi terlalu TAKUT dan GENTAR untuk
melakukan SUMPAH MUHABALAH!!!

Saudaraku kaum MUSLIMIN dan MUSLIMAT sekalian...

Janganlah kita menjadi terlalu mudah untuk dibohongi dan digula-gulakan oleh mereka2 yang berkempentingan DUNIAWi...oleh mereka2 yang berakidahkan "MATLAMAT WAL HALALi CARA".
"Harammu Wal Halalku"...Al-Quran ditafsir mengikut kepentingan diri sendiri...Hadith diLEPAS tanpa diKUPAS! Majoriti pendapat tidak bertempat...Sifat TA"ASUF menutup AKAL dan BUDI! PERSEPSI diguna sebagai BUKTI! Ajaran ISLAM diTOLAK keTEPI...!!! Amanat sesat terus diangkat dan dianuti!

Saudaraku yang amatku kasihi...

Lupakah kita pada janji-janji tuhan "Yang Hidup Pasti Mati" tiada satu pun yang kekal abadi...
Dimanakah hilang rasa simpati...dimanakah pergi akal dan budi...apakah sebenarnya yg dikau cari?

Saudara seIslamku...

Jika DNA,POLIGRAFI,CCTV DAN VIDEO sudah tidak mampu menjadi bukti...
Jika mangsa yang telah mengaku dianiaya juga sudah tidak layak menjadi saksi...

Bukankah BERMUHABALAH itu satu-satunya cara yang akan menjadi BUKTI dan SAKSI?
Kita serahkah semuanya keatas kebijaksanaan Allah untuk mengadili...
Kita tutup sampai disini...kita yakini kuasa ilahi...kita nantikan 100 HARI...

Tak perlu kita BERTELINGKAH!

Tak perlu menCACI-CERCA!
Tak perlu saling MENGHINA!

Kerana kita adalah sebangsa...
kerana kita adalah senegara...
kerana kita seagama...

Dan kerana kita semua adalah BERSAUDARA.

•             Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari. (Shahih Muslim No.4641)
•             Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Shahih Muslim No.4646

"Salam Persaudaraan Islam"
(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

Sunday 23 December 2012

AMANAT PENEMBAK TEPAT BUAT PAKCIK HADI AWANG!!!


 WAJIB BACA!!!  (Terapi ubat mujarab kepada yg TAKSUF politik). Mustahak utk semua!

LAGI2 HUDUD! PAS TAKUT UMNO ATAU ALLAH?

BETUL ker... MODAL PAS NAK RAIH UNDI MELAYU MESTI JUAL HUDUD???
KALAU TAK JUAL HUDUD, PAS TAK BOLEH MENANG ker???
KENAPA MESTI GADAI QURAN DAN HADITH MENGIKUT SELERA SENDIRI???
DIMANA RUKUN IMAN QADA' DAN QADAR AGAR KITA PERCAYA KPD KETENTUAN ILAHI???

BUKANKAH TIADA YG KEBETULAN DIATAS ALAM RAYA INI??
DAN BUKANKAH SEMUA YG TERJADI ITU TELAH PUN DIJADUWALKAN OLEH ALLAH SWT??
BAHKAN ORANG YANG PERCAYA KEPADA KEBETULAN ADALAH ORANG YG TIDAK BERTUHAN!!   (AT-TAUBAH AYAT 32).

KENAPA yer???

BUKAHKAH MEREKA YG DIGELAR ULAMAK OLEH PENGIKUTNYA ITU SEPATUTNYA LEBIH ARIF DLM HAL INI???

TAPI KENAPA TIBA2 jer PAKCIK HADI AWANG CAKAP HUDUD (99%) TAK ADA DLM AL-QURAN???
APAKAH HANYA SEMATA2 AKAN KEHADIRAN DAP DAN DEMI MERAIH UNDI GOLONGAN KAFIR HARBI???

ANEHNYA LAGI, KENAPA PRESIDEN PAS SENDIRI YG TUKAR SLOGAN NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA KEBAJIKAN...??? DAN TELAH BERSEPAKAT TIDAK AKAN MELAKSANAKAN HUDUD!!!

INALILAHI WAINNALILAHI ROJHIUN...!!!

INI BELUM DIAMBIL KIRA LAGI KENYATAAN2 YG DIKELUARKAN OLEH KOMPONEN2 GABUNGAN PAS SEPERTI DAP DAN PKR.
SEPERTI UCAPAN KARPAL SINGH "OVER MY DEAD BODY DAN DSAI YG JELAS CUBA MENGHALALKAN LGBT DAN BERBAGAI2 LAGI KEPESONGAN.

TUAN2 YG DIMULIAKAN,

MENGIKUT SURVEY DI-SEPANJANG KAJIAN SAYA MELALUI FACEBOOK (FB),
IRONINYA PENYOKONG2 PAS SELALU AKAN CAKAP BEGINI PULAK...
Katanya...

"KERAJAAN BN YG TOLAK HUDUD"!
"ATAU PERLAKSANAAN UNDANG2 HUDUD ADA DIATAS KUASA KERAJAAN PUSAT "!

Tak pun...

"KALAU HUDUD PAS SALAH, MANA DIA HUDUD UMNO"???

ADA PULAK YG LAGI TA'SUF akan CAKAP MCM NI...

"PAS TAK BOLEH NAK LAKSANAKAN UNDANG2 HUDUD KAT NEGERI JAJAHANNYA KERANA PAS:

1)-TIDAK DAPAT PERINTAH KESELURUHAN MALAYSIA LAGI.
2)- KERANA PAS TIDAK DAPAT MAJORITI UNDI DARI MAJLIS PERWAKILAN PARLIMEN(MP).
3)- KERANA KERAJAAN PUSAT MENGHALANG USAHA PAS UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD DI NEGERI2 JAJAHANNYA.
4)-UNDANG2 KERAJAAN (PUSAT) TIDAK DAPAT DISELARASKAN DGN UNDANG2 KERAJAAN(NEGERI).

BETUL KER???

DAN YG LEBIH DASYAT ADA DIANTARA WAKIL RAKYAT PAS YG CAKAP BEGINI:

5)-ENEKMEN SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) SENGAJA DIRANCANG DAN DI BUAT SALAH OLEH PAS.
INI SUPAYA AGAR KERAJAAN PUSAT TERUS DIBENCI OLEH RAKYAT TERUTAMA ISLAM KONONNYA KERAJAAN PUSAT ITU MENOLAK HUKUM HUDUD! WALHAL SEBALIKNYA YANG TERJADI!!!
MASYAALLAH...!!!

SENGAJA ker ATAU MEMANG TAK TAHU NAK BUAT???

INILAH PERMAINAN STRATEGI BERTERUSAN YG SERING DIMOMOK2KAN OLEH PAS KPD ORANG2 MELAYU DISAAT MENJELANG PILIHAN-RAYA DARI DULU KINI DAN MUNGKIN SELAMA2NYA...ALLAHUALAM!

OK, BAIKLAH...
SECARA RINGKASNYA, ISU POKOK DAN PERSOALAN ASAS YANG INGIN SAYA HURAIKAN KALI INI ADALAH:

1)-KERAJAAN PUSAT SEBENARNYA TAK PERNAH MENOLAK HUKUM HUDUD YG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT. YANG DITOLAK ITU JELAS HANYA HUDUD REKAAN PAS ITU SENDIRI!!!
DALILNYA- NEGARA KITA (MALAYSIA) SEJAK DARI MERDEKA TELAH PUN MENGUNA PAKAI PERUNDANGAN SYARIE (SYARIAH).

WALAUPUN IANYA MASIH BELUM SEMPURNA DLM MERANGKUMI KESELURUHAN TUNTUTAN NAMUN DARI SEMASA KE SEMASA KERAJAAN TELAH MENAIK TARAF DAN MENAMBAH BAIK TUNTUTAN TERSEBUT BERDASARKAN SITUASI DAN KEADAAN RAKYAT YG BERBILANG BANGSA/AGAMA DINEGARA INI.

ISLAM ITU ADIL BUKAN JUMUT!

INI JELAS TELAH DIBUKTIKAN SEHINGGA TAHUN INI SAHAJA (MAJLIS AGAMA DAN AKHTA PERUNDANGAN SYARIE) TELAH MENGGUBAL KEMBALI SEJUMLAH 30 PERUNDANGAN YG TELAH DIPERBARUI DAN SEBAHAGIANYA PULA TELAH PUN MULA DIKUAT-KUASAKAN.

2)-MELIHAT DARI SUDUT SEJARAH PEMERINTAHAN DI MALAYSIA, KERAJAAN PUSAT SEMEMANGNYA TIDAK PERNAH MENJANJIKAN KEPADA RAKYAT AKAN PERLAKSANAAN UNDANG2 HUDUD SECARA TOTAL.

INI KERANA UNDANG2 DINEGARA INI PADA DASARNYA TELAH MENGUNA PAKAI SEBAHAGIAN UNDANG2 YG TELAH DIPERUNTUKAN DARIPADA PIHAK BRITISH BERDASARKAN PERJANJIAN AWAL KEMERDEKAAN. (PERLEMBAGAAN 153). KLU TAK SILAP SAYA.

NAMUN BUKANKAH SEHINGGA KINI TELAH BANYAK PERUBAHAN YG TELAH DIPERBETULKAN KEMBALI SELARAS DENGAN TUNTUTAN ISLAM DAN KESESUAIAN BERDASARKAN SITUASI DI NEGARA INI.

CONTOH-SEPERTI CARA PEMAKAIAN UNIFORM ANGOTA POLIS YG BERSELUAR PENDEK PADA ASALNYA TELAH DIPERBAIKI SEMULA.
INI SELARAS MENUJU KEARAH TUNTUTAN UNDANG2 DAN HUKUM YG LEBIH ISLAMIK DARI SEMASA KE SEMASA.

SAUDARAKU,

BUKANKAH PERUNDANGAN SYARIE(SYARIAH) JUGA MERUPAKAN UNDANG2 HUDUD YG TELAH DIAMBIL DARI AL-QURAN KITABULLAH YANG SAMA?

DAN TIDAK TERFIKIRKAH KAMU WAHAI PENGAMAL AJARAN PAS, DIMANAKAH NEGARA DIDUNIA INI YG BENAR2 MAMPU DAN TELAH MELAKSANAKAN SISTEM PERUNDANGAN HUDUD SECARA TOTAL?

DAN MENGAPAKAH NEGARA ISLAM SEPERTI MESIR YG KITA SEDIA MAKLUM SEBUAH NEGARA YG MENJADI PUSAT ILMUAN ISLAM TERBESAR JUGA TURUT MENGAMALKAN PERUNDANGAN SYARIAH DAN MASIH TIDAK MENGAMALKAN PERUNDANGAN HUDUD SECARA TOTAL DAN MENYELURUH???

DAN SEKIRANYA HUDUD BENAR2 INGIN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA, APAKAH CARA DAN SOLUSI KITA UNTUK MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA NON MUSLIM AGAR DPT MENERIMA HUDUD ITU SEBAGAI SESUATU BENTUK KEADILAN MUTLAK SEDANGKAN UMAT ISLAM ITU SENDIRI SALING BERTELAGAH DI DEPAN MEREKA???

APAKAH DENGAN CARA KITA UMAT ISLAM SALING BERPECAH BELAH DAN BERMUSUH2AN INI DAPAT MENCERMINKAN KEPADA MEREKA(NON MUSLIM) BAHAWA ISLAM ITU ADALAH BERUPA ADIL DAN SEMPURNA?

RENUNGKAN DAN BERLAKU JUJURLAH DGN REALITI!

BUKANKAH LEBIH WAJAR BAGI KITA UMAT ISLAM UTK MENJALANKAN USAHA DAKWAH TERLEBIH DAHULU DARIPADA TERUS MENJALANKAN HUKUM TERSEBUT DINEGARA INI YG JELAS RAKYATNYA BERBILANG KAUM DAN PASTINYA MEMERLUKAN PENYUSUNAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN???

SAUDARAKU,

SEBAGAI SEORANG MUSLIM, SAYA TIDAKLAH BEGITU PINTAR DAN SERBA TAHU KESEMUANYA TENTANG ISLAM...AKAN TETAPI PADA "ASAS"NYA, BUKANKAH ISLAM TELAH MENGAJAR KITA AKAN SIFAT BERKASIH-KASIHAN DIANTARA INSAN...

SIFAT RASA KASIH DAN SAYANG ITU BUKANLAH HANYA KEPADA SESAMA ISLAM SHJ, MALAH KEPADA HAIWAN SEKALI PUN TURUT MENJADI TUNTUTAN KITA.
JAZAKUMULLAH...!!!

LALU, DIMANAKAH TERLETAKNYA SIFAT MULIA DAN FATHONAH KITA SESAMA INSAN JIKA KITA TERUS MENERUS SALING MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM YG LAIN?
BUKANKAH MENDOAKAN KEHANCURAN UMAT ISLAM YG LAIN ITU BOLEH MEMECAH BELAHKAN ISLAM DAN AMAT DITEGAH SEKERAS2NYA DLM AL-QURAN???

MENGAPA KITA SALING MERASA HANYA DIRI KITA SAHAJA YG BETUL DAN LEBIH ISLAM TANPA MERUJUK PENDAPAT MAJORITI ULAMAK DAN PANDANGAN UMAT ISLAM YG LAIN???

BUKANKAH MAJORITI DALAM ISLAM ITU JELAS TELAH DIAJARKAN BAGI PENENTU KEADILAH DAN HAK KESAMA-RATAAN SEJAGAT!

SEBAGAI CONTOH:

"SEANDAINYA KAMU DIKALANGAN UMAT ISLAM INGIN MEMILIH PEMIMPIN, PIHAK YANG KALAH HARUS PERGI KEPADA PIHAK YANG MENANG AGAR TIADA BERLAKU PERPECAHAN DIANTARA KAMU".   (HR TERMIJZI R.A).

P/S-BUKANKAH HADITH DAN PESANAN ITU BEGITU JELAS MENGAMBARKAN SUARA MAJORITI ITU BEGITU PENTING DLM KITA MENENTUKAN SESUATU HAK DALAM PERTIKAIAN??? ALLAHUALAM!

SAUDARAKU SEKALIAN"...

AKHIR KATA DARI SAYA YG JUGA TURUT TERPESAN KEPADA DIRI SAYA SENDIRI, SEBELUM KITA MENGUNDI UTK MEMILIH PEMIMPIN, ADA BERBERAPA HAL YG INGIN SAYA KONGSIKAN DISINI...

PERNAH SAYA TERBACA SEBUAH BUKU PADA SEKITAR 5 TAHUN YG LALU YG MEMBAWA MAKSUD LEBIH KURANG BEGINI:

"HUKUM MENGUNDI HANYA AKAN JATUH MENJADI WAJIB SEKIRANYA KITA PADA KETIKA ITU INGIN MEMILIH DAN MENENTUKAN KEMENANGAN KEPADA PIMPINAN ISLAM YANG MENENTANG PIMPINAN KAFIR".
(BUKANLAH PADA PENENTANGAN PIMPINAN ISLAM SESAMA ISLAM).

"DIANTARA DUA MUDHORAT, PILIHLAH YG MANA LEBIH RINGAN TIMBANGANYA".
-KARYA PROFESOR MUHAMAD ISA DAUD(TERBITAN TAHUN 1995).



SEBELUM SAYA MENGAKHIRI ARTIKEL DLM SUDUT PANDANGAN SOAL PERLAKSANAAN HUDUD INI, SUKACITANYA  SAYA INGIN BERTANYA KPD PEMIMPIN2 PAS DAN SELURUH AHLI2 PAS DENGAN SATU SOALAN???

"DIANTARA PERINTAH ALLAH DAN PERINTAH UMNO/BN, PERINTAH SIAPAKAH YG LEBIH KAMU TAKUTKAN???

JIKA JAWAPAN KAMU "TAKUT AKAN PERINTAH ALLAH"!!!

KENAPA SEHINGGA KINI MASIH TIDAK LAGI KAMU LAKSANAKAN HUKUM HUDUD DI SETIAP NEGERI2 JAJAHANMU???

SEDANGKAN DENGAN JELAS DAN BEGITU TRANFARAN SEKALI BAHAWASANYA KAMU(PAS) TELAH BERSIFAT LAYAK LAGI SUDAH MENDAPAT PERKENAN DARI MAJORITI SUARA MP WAIMA KESULTANAN KAMU SENDIRI???
SO WHAT THE LEGALY REASON TO SAY THAT U CANT TO DO THAT??? (Dengan izin).  (Anyway u can agree to dis agree on this part!). Any comments is included for this  matters!!!
Next...!!!

APAKAH ALASAN2 KAMU UTK MASIH TERUS MENERUS MENIDAKKAN PERKARA ITU?

P/S-SEDANGKAN TIADA KELULUSAN PERMIT DAN UNDANG2 PUN KAMU SANGGUP LANGGAR PERINTAH POLIS DAN MAHKAMAH SEPERTI BERARAK DI JALANAN DAN PENGANJURAN CERAMAH POLITIK SEHINGGA BERLAKU PELBAGAI RUSUHAN!!!!

MALAH APA YG LEBIH MENYEDIHKAN ADA DIKALANGAN PENGIKUT2 KAMU YG TELAH TERKORBAN MENGGADAIKAN NYAWA KERANA TERLALU TA'SUF DAN YAKIN AKAN SEGALA AMANATMU "BAHAWA MENENTANG UMNO ITU ADALAH JIHAD"...!!!

SIAPAKAH YG LAYAK UTK MENENTUKAN MELEBIHI 3 JUTA ORANG2  ISLAM(AHLI  UMNO) ADALAH KAFIR???
DAN APAKAH KESEMUA ORANG2 ISLAM DISELURUH DUNIA JUGA MENJADI KUFUR HANYA TIDAK BERSAMA DAN MENYOKONG PERJUANGANMU WAHAI PAS?????????

MASYAALLAH! NAUZHUBILLAHIMIN ZALIQ!!!
"SADARLAH DAN BERSEGERALAH UNTUK SALING MENYADARKAN".

'YANG TURUT PERNAH TERKILAF'
(BEKAS AKTIVIS B/A 1998-2008)
-http://penembaktepat1.blogspot.com/-

PAS="PUSING APA SAJA".
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v

Thursday 13 December 2012

‎"SEBUAH NASIHAT IKHLAS DARI PENEMBAK TEPAT" (Wajib Baca.)


Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS.

Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian. Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.

Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.

Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara?

Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, "Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya."

Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.

Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi ëzalimí yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur'an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:

Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.

Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.

Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.

Al-Anbiyaa' 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaanngkang dan tetap menyatakan permusuhan.

Jelas sekali bahawa Islam mengambil serius tuduhan zalim kerana jika ianya tidak ditafsirkan dengan tepat dan dituduh sewenang-wenangnya maka ia akan menjadi fitnah di mana akhirnya, si penuduh itulah yang sebenarnya yang berlaku zalim.

Berkata Imam Abul Hasan al-Asyíari r.h: ìdan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnahî. [al-Ibanah, 1/11].

Jawapan PAS bila ditanya mengenai kezaliman UMNO pula berubah-ubah mengikut sesuka hati yang memberi jawapan. Beberapa ahli PAS di laman sosial mentafsirkan UMNO zalim kerana menolak hudud. Nik Aziz menuduh UMNO zalim kerana menolak Islam. Seorang pensyarah UIA, Dr. Maszlee Malik pula menuduh UMNO zalim kerana menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, menzalimi parti PAS, memfitnah dan menafikan kebebasan akhbar.

Apabila kita bercakap mengenai kezaliman, maka sudah pastilah ada yang melalui kesengsaraan.

Jadi, siapakah yang sengsara di dalam PAS akibat kezaliman UMNO? Jika kerana menolak hudud, maka apakah ada yang teraniaya secara khusus yang berpunca dari tiadanya perlaksanaan hudud di Malaysia?

Alasan Dr. Maszlee untuk membantu PAS menjawab isu ini juga langsung tidak membantu kerana beliau hanya memperkatakan kezaliman secara umum dan kesan secara umum juga iaitu kesukaran yang dihadapi oleh parti PAS, bukan kesengsaraan seseorang atau sekumpulan manusia secara spesifik kerana hakikatnya tiada ahli PAS yang sengsara secara spesifik akibat perbuatan UMNO.

Tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam pula adalah satu fitnah yang nyata kerana ahli-ahli yang membentuk parti UMNO itu adalah Melayu Islam yang mengucap kalimah syahadah, yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, yang berpegang kepada Rukun Iman. Sepertimana lumrahnya manusia, mungkin ada di antara mereka yang jahil, mungkin ada yang kurang lengkap ibadahnya, namun tiada yang menolak Islam dan Rukun Iman.

Nik Aziz tidak mungkin dapat menafikan hakikat bahawa UMNO sebagai kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi mendaulat, mempertahan dan menyebar syiar Islam. UMNO yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mana sekutu PAS iaitu DAP bertekad untuk menukarnya.

UMNO tidak pernah lupa akan tanggungjawab menubuhkan masjid dan memperkasakan pembangunan Islam melalui berbagai-bagai program dan pertubuhan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk memelihara, mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam. Kerana UMNO, azan boleh berkumandang secara terbuka, surau ada di mana-mana, pengurusan zakat dipermudahkan malah Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan pengurusan haji paling canggih untuk rakyatnya.

Jika benar UMNO menolak Islam sehingga Islam tidak dibenarkan diamalkan sepertimana orang Quraisy yang menyiksa mereka yang masuk Islam di zaman Rasulullah SAW di mana Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta. Mereka ini dipaksa untuk kembali menyembah berhala dan meninggalkan Islam.

Sebaliknya, hakikatnya kerajaan UMNOlah yang memastikan undang-undang Malaysia menghalang umat Islam dari murtad, di mana sesiapa yang terpesong akidahnya akan ditangkap untuk difahamkan dan diperbetulkan.

Namun, apa yang terjadi ialah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba menegakkan undang-undang murtad yang digubal UMNO ini, PAS telah memecatnya.

Jelas, yang zalim di sini bukan UMNO, tetapi pemimpin PAS. Sesungguhnya, pemimpin PAS telah menzalimi pengikutnya dengan memperdaya mereka untuk mengaminkan doa fitnah yang paling zalim.

-Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008.

Monday 10 December 2012

Dr Asri (PAS)- TOLAK HUDUD? Ini buktinya!


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Apabila berbicara politik semasa, pasti hukum hudud akan diisukan oleh PAS. Hukum Hudud PAS boleh dikatakan seperti laungan mengenai takbir di hari raya. Begitu juga dengan hukum hudud, isu ini hanya bergema dengan kuat sekali dikala PRU hampir tiba. Itu jelas berlaku di dalam ceramah-ceramah PAS dan di laman sosial Facebook milik pengikut PAS.


Pada satu majlis ilmu anjuran Yang Berhormat Dato’ Sri Shahidan Bin kassim Ketua UMNO bahagian Arau di mana YB Shahidan telah menjemput Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan salah seorang ulamak yang terkenal di Malaysia sebagai tetamu khas untuk memberi tazkirah dan sesi soal jawab dengan blogger dan facebooker di Perlis.

Dalam satu petikan Dr Asri berkata “Saya pernah memberitahu barisan kepimpinan PAS di Kelantan bahawa Hudud tak boleh dilaksanakan di Kelantan”.

Penulis tertarik dengan kenyataan yang disampaikan oleh Ybhg Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana terfikir di benak fikiran penulis satu laungan dari pengikut-pengikut PAS iaitu UMNO menolak hukum Hudud.

Adakah kenyataan Dr Asri juga boleh dikatakan sebagai salah seorang yang menolak hudud kerana mengeluarkan perkataan “hudud tak boleh dilaksanakan di Kelantan” ?

Begitu juga dengan kenyataan Perdana menteri Malaysia yang mengatakan Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Adakah itu yang dimaksudkan bahawa UMNO menolak hudud?

Pelbagai persoalan timbul apabila Dr Asri mengeluarkan kenyataan tersebut.

Dalam konteks untuk memahami ayat, ramai yang memandang remeh dan setiap ayat yang disampaikan kerana pemahaman kita tentang sesuatu ayat juga boleh menimbulkan fitnah sepertimana PAS mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri Malaysia menolak hukum Hudud.

Adakah kenyataan Dr Asri juga akan difahami sebagai individu yang menolak Hudud?
Sama-sama kita fikirkan dengan lebih mendalam isu Hudud yang kini hebat berkumandang.

Penulis berharap pengikut PAS tidak terlalu taksub dengan isu Hudud kerana ianya jelas bahawa isu hudud hanyalah retorik dalam perjuangan PAS.

Kini sudah ramai juga pengikut PAS sedar bahawa hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia dan itu juga diakui oleh ramai pengikut PAS yang pernah ditemuramah oleh penulis sendiri kebelakangan ini.

Walau apa pun, Jangan menjatuhkan hukuman tidak berasas kepada pengikut UMNO dengan mengatakan UMNO menolak Hudud kerana ianya tidak benar.

Fikirkan logik akal kita sebagai manusia dan orang bergama Islam, Adakah wajar umat islam menolak Hudud? Bagi penulis, sudah pasti tiada seorang pun umat islam yang menolak hukum hudud. penulis berharap pengikut PAS hentikan lah tomahan tidak berasas dengan mengatakan pengikut UMNO menolak hudud. Wallahualam…

From-Bekas Aktivis Pembangkang.
(1998-2008).

HUDUD PAS boleh LIWAT isteri? (Perkara 14).



Dari petikan warta kerajaan negeri Terengganu [ perkara 14 ] Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah menyebut:

" Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seseorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan SELAIN DARIPADA ISTERINYA yang dilakukan diluar tabii iaitu MELALUI DUBUR" ?

Manakala dalam warta kerajaan negeri Kelantan [ perkara 16] Kanun Jenayah Syariah 11 juga menetapkan hal yang sama.

Bukankah ianya mengelirukan rakyat terutama para suri rumah yang akan mempertikaikan kewajaran anakmen tersebut! Dan apa yang YB Zulkifli pertikaikan itu ada asasnya kerana jika dihalusi anakmen tersebut sah membenarkan suami meliwat isteri!

Semalam sidang Dewan Rakyat digemparkan dengan pendedahan seorang Ahli Parlimen bahawa hukum hudud yang diluluskan Pas semasa memerintah Terengganu pada 2004 membenarkan suami meliwat isteri dan ia tidak menjadi kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata, perkara itu tercatat di dalam Seksyen 14 enakmen berkaitan kesalahan meliwat di dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir yang digariskan oleh Kerajaan Pas Terengganu ketika itu.

“Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tetapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang daripada syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki... kita faham la tu... atau antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud Pas) kata, ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri, itu tak liwat dalam hudud Pas ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat.



Zulkifli turut mendedahkan di dalam enakmen itu turut menyebut berhubung pelantikan hakim-hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah, sebaliknya ia adalah rekaan mereka sendiri.

“Yang paling saya takut adalah kenyataan seorang tokoh politik PAS senior pada saya bahawa memang sengaja dibuat silap-silap ini supaya UMNO tolak. Bila saya semak semula, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri boleh diliwat dan lain-lain lagi,” jelas beliau.

Katanya, keputusan Dr. Mahathir yang menolak pelaksanaan hudud itu telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Dalam pada itu, pendedahan Zulkifli mengenai perkara berkaitan liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun mencelah sambil mendakwa kenyataan Zulkifli itu sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut mengulangi kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Pendedahan Zulkifli dalam sidang parlimen semalam menunjukkan satu lagi bukti terbaru PAS hanya mempermainkan agama dalam menyelamatkan survival politik mereka. Pendedahan terbaru bahawa meliwat isteri tidak termasuk didalam hukum hudud PAS menyerlahkan lagi sikap mereka yang tidak menghormati maruah seorang wanita. 

Kita jangan terlupa bagaimana mereka menggunakan sumpah baiah kepada semua ADUN yang bertanding di atas tiket PAS di mana-mana pilihanraya sekalipun. Secara jelas sumpah Baiah itu mengatakan bahawa sekiranya Adun PAS itu meninggalkan perjuangan PAS maka tertalak tiga isteri mereka secara automatik.

JANJI2 TIDAK BERNOKTAH...CUKUP2 SUDAH!


Pelbagai kepincangan dan pentadbiran caca merba di semua negeri di bawah pakatan pembangkang yang telah membuka mata rakyat.
Di Selangor misalnya, apa jadi dengan Skim Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) yang dicanang, digendang, gegak gempita seantero negeri?

Janji untuk beri simpanan tetap 100 ringgit untuk setiap anak Selangor, ditempelak keras dalam Laporan Audit.
Apa tidaknya, harapan nak ringankan beban keluarga punah berderai.

Dalam 61 ribu permohonan, hanya 36 peratus sahaja diluluskan.Kalau ikut KPI, itu sudah gagal betul namanya. Ternyata, Tawas sudah tewas!

Itu belum kita jengok masalah di UNISEL. Tidak payah saya berhujah panjang, cukup sekadar mengingatkan Pakatan bahawa mengikut Laporan Audit 2008, UNISEL merekodkan keuntungan 5.97 juta ringgit, hasil warisan pentadbiran BN. Namun, selang dua tahun sahaja, segala keuntungan hangus dek kerakusan dan ketidakupayaan pembangkang – dari untung terkumpul hampir 6 juta ringgit, menjunam  rugi 47.3 juta ringgit pada tahun 2010.

“Saya cadangkan, sebelum berjanji memberi pendidikan percuma, betulkanlah dulu kepincangan di UNISEL”.

Itu baru laporan audit Tawas dan Unisel, janji-janji pra PRU12, bagaimana pula?

“Mana janji pendidikan tadika percuma?  Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya? Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?
Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?

“ Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang"
.
Di Kelantan pula harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.

Bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula.

“Bertempik terlolong mereka jaja kononnya BN amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihan Kerajaan Pas sendiri, tanpa penilaian terperinci.

“Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat.

“Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur. Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Scania Kelantan.

Manakala di Pulau Pinang, sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang”.

Di Kedah pula jelas beliau pengurusan pentadbiran negeri Kedah lebih kecamuk, boleh buat pelaburan di luar negara tanpa kelulusan lembaga pengarah dan mendedahkan wang kerajaan negeri dalam pelaburan berisiko tinggi.

Penyelewangan jelas berlaku di sana-sini, termasuk dalam  menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat termiskin.
“Ada bukti menunjukkan kontraktor yang tak cukup syarat dilantik dan pelik bin ajaibnya pula ada bayaran untuk satu kontraktor dibayar kepada pihak lain.

“Ada kontraktor yang membuat tuntutan berulang-ulang pada kerja yang sama dan pada unit rumah yang langsung tak wujud. Ini dosa besar bila kita mencuri dari golongan miskin melalui rasuah dan sikap tidak amanah”.

Begitulah  rencah pentabdiran Pakatan, tanah dirampas, peruntukkan digadai, alam sekitar dihina dan pengurusan kewangan cacamarba.
“Kalau dapat mentadbir negara, habis punah, kita semua menempah binasa. Kalau kita mahu memperbutirkan satu persatu janji populis dan kegagalan pakatan pembangkang, jawabnya sampai ke subuh tak habis2.

“Cukup sekadar saya sebut, peluang mentabdir di beberapa negeri telah mereka tong sampahkan. Janji tinggal janji, tak cekap mentadbir kewangan dan negeri, pendek kata mereka memang tak mampu, tak layak memerintah negara!”............. MUKTAMAT.

-Penembak Tepat-
Bekas Aktivis Pembangkang Since(1998-2008).


Thursday 6 December 2012

APA YG PENING2 SANGAT NI? ALLAH KAN DAH BAGI KITA AKAL???

Mengikut pandangan saya diantara pertuduhan demi pertuduhan yang paling mudah untuk diBUKTIkan bg membongkar pembohongan DSAi adalah dengan cara:- (D.N.A) jer.....

-Seluruh rakyat harus bersatu hati bagi menDESAK DSAi melakukan DNA keatas tuduhan hubungan sulit DSAi kepada isteri Timbalannya(Azmin Ali) sehingga wanita itu telah melahirkan seorang anak perempuan seperti yg telah didakwa. "BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA PENGECUT".
Allahualam...!

-Seluruh Rakyat juga harus berSATU-HATI bagi mendesak DSAi melakukan ujian POLIGRAFI yg seperti mana kita ketahui pembuktian ketepatannya menjangkau sehingga 90%. Dan teknik ini telah diguna pakai oleh beberapa negara maju seperti USA. Ini bagi membuktikan penafiannya bg kes2 seperti- DNA,LIWAT,VIDEO SEKS/JAM OMEGA dan tuduhan FITNAH jahat DSAi terhadap DS Najib dalam isu ALTANTUYA,KAPAL SELAM,CINCIN 24JUTA dan pelbagai2 lagi tuduhan liar dan tak berasas kepada DS Najib dan Datin Sri Rosmah Mansor.

-Bagi mendapat KEADILAN dalam kita mencari KAEDAH dan SOLUSI sesuatu kebenaran, kita juga wajar turut mendesak pihak kedua seperti DS Najib turut menjalani kaedah dan pembuktian yg sama...
Itu baru "BERANI KERANA BENAR,GELISAH KERANA SALAH"! Allahualam...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Akhir Kata Dari Saya...............................

Nathijahnya,
Rakyat tak usah telalu cepat: MELATAH,GELISAH,TAKUT,TAKSUF,FANATIK,PANIK,BAHALOL dan terlalu MUDAH DIBOHONGI! Mengapa kita sebagai rakyat terlalu berEMOSI dan saling BERCAKARAN sesama sendiri SEDANGKAN kuasa memilih ada diTANGAN kita semua...walhal kenyataannya tiada sesiapa pun diantara kita yg lebih mengetahui apa sebenarnya yg berlaku selain ALLAH SUBHANAWATA ALA...Mengapa tidak kita serahkan segalanya kepada Allah sahaja dgn dimulai dari sikap kita agar saling SABAR ,BERFIKIR SECARA RASIONAL dan BERSATU DALAM SATU JEMAAH ISLAM...dengan cara lebih bersikap BERBAIK SANGKA BERLAPANG DADA...dengan cara BERSATU SUARA dalam MENANGANI segala permasalahan dalam bentuk seperti yg telah saya cadangkan diatas...??????

ULASAN,
SIAPA YANG LEBIH ISLAM dan SIAPA YANG lebih KAFIR bukanlah sesuatu yg bijak utk diperDEBATkan bg seseorang Islam yg waras dan sayangkan bangsanya...hujah saya adalah setelah seseorang mengucapkan 2 KALIMAH SYAHADAH tiada siapa yg berhak untuk mengkafirkan diri seseorang itu atau pihak Islam yg lain...
DALILnya adalah seperti berikut:-

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

*"ISLAM ITU ADALAH MUDAH BAGI YANG MUDAH MEMAHAMI"
dan ISLAM ITU AKAN MENJADI SUSAH BAGI MEREKA YG SALING MUDAH MEMBENCI"
KERANA SELEPAS KITA DIWAJIBKAN TAAT DGN ALLAH KITA JUGA DIMINTA TAAT DGN ULUL AMRI.

*"HABLUM MINAULAH HABLUM MINANNAS"
(HUBUNGAN DGN ALLAH DAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA).

*3 HARI DIANTARA KITA UMAT ISLAM BERMUSUHAN DGN HANYA TIDAK MENEGUR SAPA MAKA BUKANLAH DIKALANGAN UMATKU KATA NABI! DAN NABI TELAH MENJAMIN SEMUA UMATNYA KESYURGA KECUALI YANG TIDAK MAHU ATAU YG BUKAN GOLONGAN YG TELAH DIAKUINYA.......................................Subhanallah...!!!

Yang Cuba Berdakwah Sesama Saudaranya Dan Dirinya Sendiri
-http://penembaktepat1.blogspot.com/-
(Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008).

P/s- Anda blh setuju utk tidak setuju asalkan jgn mencarut dan merapu! KLU SALAH BOLEH SAMAN!! Klu setuju ayuh kita mulakan....SIMPLE kan...??? Wasalam..................................!

Bila dia dah sumpah, kita serahkan je pada Allah...
Bila dia dah buat ujian DNA kita serah pada hakim...

Barulah kita boleh nilai keBENARan!
Kan ada CARAnya...kenapalah bingai sgt!
Kenapalah TAKSUF sgt dgn manusia?
Kenapa mesti nak DENGAR sebelah pihak jer?

Kan ISLAM dah bg tahu- "DIANTARA 2 MUDHORAT PILIHLAH YG MANA LEBIH RINGAN TIMBANGANYA" semua org pun ada salah..."SETIAP BANI ADAM PASTI BERDOSA".................so???

(agak2 dah boleh faham ke belum...??? )ATau!? SENGAJA BUAT2 TAK FAHAM!?

KENAPA DIA TAKUT BERMUBAHALAH?



*BERANI KERANA BENARKAH JIKA DSAi TAKUT UNTUK:-

1-BERSUMPAH MUBAHALAH demi membuktikan dirinya tidak melakukan tuduhan tersebut?

-Sekurang2nya demi menutupi aib dan maruah ANAK dan ISTERI beliau...
-Sekurang2nya demi membuktikan pada MASYARAKAT dan penyokong2nya...
-Tahukah anda kenapa beliau TAKUT utk bersumpah?
-Tahukah anda kenapa beliau sering mengunakan nama Dr Yusof Al Qardawi sebagai ALASAN?

BAIKLAH!
Jika anda benar IKHLAS ingin mengetahui kenapa!? saya akan cuba menghuraikan satu persatu DALIL dan HUJAH dari sudut pandangan dan kajian saya pula............................."PERHATI DAN TELITI"!!!

Pertama-Isu Sumpah Muhabalah.
-Mengikut pandangan berberapa org USTADZ(bukan ULAMAK POLITIK) yg saya kenali dan juga  pemahaman dari penelitian saya dari rujukan berberapa DALIL dan NAS tafsiran dari surah kitabullah juga kitab dari( Al-Bukhari  dalam SAHIHnya HADITH no:3444 KITAB AHADITS AL-ANBIYA").

 "BARANG SIAPA YANG MELAKUKAN, SETELAH DIANTARANYA SALING BERMUHABALAH,DALAM MASA 100 HARI ALLAH AKAN MENUNJUKAN KEBENARANYA". .............................................................................Allahualam...!

P/s-(http://mindaikhwan.blogspot.com/2011/05/renungan-taqwa-apa-maksud-sumpah.html) dan(http://hafizfirdaus.com/content/view/162/80/).

KEDUA-Isu LIWAT dan Isu Pandangan Dr Yusof A.Q.
-Mengenai hujah dan alasan DSAi tentang pandangan dan nasihat alim ulamak seperti DR YUSOF AL-QARDAWI adalah kerana disaat DSAi dan YB Zulkifli Nordin menemui ulamak tersebut, Yb Zul tidak menerangkan cerita yg sebenar berlaku disebalik tabir apa dan siapa itu saudara Saiful Bukhari..seperti (Yb Zul tidak memberitahu cerita sebenar bahawa  mangsa liwat adalah setia usaha sulit DSAi sendiri).
-Dan semasa DSAi masih berada dlm kerajaan(UMNO) sememangnya DSAi dan Dr Yusof Al-Qardawi  telah saling mengenali. Dan melalui kesempatan ini DSAi telah cuba mempengaruhi Dr Yusof A.Q supaya mempercayai segala dakwaan beliau tanpa menceritakan keadaan yg sebenar). Allahualam...!

-Namun Allah itu maha kaya, setelah berberapa rentetan peristiwa yg berlaku seperti pernerangan dan penjernihan yg telah dilakukan kembali oleh Yb Zulkifli Nordin, Dr Yusof Al-Qardawi telah menyedari akan kekilafan pandangan beliau terhadap kepimpinan Islam negara ini dgn perutusan sepucuk surat sokongan kembali terhadap DS Najib dan pemerintah sedia ada saat ini..................... Alhamdulillah...!         ("YANG BATIL PASTI MENENGELAMKAN YANG JAHIL").

P/s-(http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121022/dn_02/Surat-Yusuf-Qaradawi-buat-Anwar-tertekan) dan (http://www.anwaraidc.com/?p=28243).

Yang Cuba Berdawah Sesama Saudaranya Dan Dirinya Sendiri
         -http://penembaktepat1.blogspot.com/-
         (Bekas Aktivis Pembangkan 1998-2008).