Friday 15 November 2013

BERTIMBANGLAH DENGAN ADIL,BERHUJAHLAH DENGAN DALIL (Usah Hanya Persepsi Benci.)


'PERSEPSI'
Salam ukhuwah atas persaudaraan islam...maaf dihulur senyum ditabur!
Saya bukanlah seorang pakar politik atau seorang ilmuan islam...saya hanya sekadar ingin turut sama berkongsi akal pemikiran dari sedikit ilmu yg tuhan kurniakan...saya hanya rakyat biasa yg tak lari dari kesalahan! Alhamdulilah,syukur kita masih bernyawa dan masih boleh berbicara...Saya rasa turut terpanggil bila melihat semakin ramai rakyat berdegil dan semakin banyak suara2 yg mengigil!

Saudara,
"KALAU MAKANAN HARI INI TIDAK SEDAP, JGN MENGELUH...LIHATLAH ORG LAIN YG TIDAK MENDAPAT WALAU SESUAP PUN MAKANAN"...berfikirlah dgn cara bersyukur! Jgn kita terlalu emosi mendengar gendang dipalu...mendengar kompang ditabu! Sampai bila kita ingin terus membenci? Dan siapa sebenarnya yg kita benci? Menang jadi arang kalah jadi abu...carilah udang dibalik batu bkn batu dibaling tangan berpaling!

Dlm islam kita diajar supaya "BERLAPANG DADA BERBAIK SANGKA SESAMA KITA". Sedih saudara, teramat sedih melihat bangsa saling menuduh,mencerca,menghina,mengarut malah mencarutkan anak bangsa sendiri! Astargfirullahalazim..! marilah kita semua beristigfar,bermunajad dan bermuafakat...cukup setakat ini! nokhtah! Mari kita cari TITIK PERSAMAAN. Saudara, Nabi pernah berpesan" ANDAINYA NANTI ADA DIANTARA KAMU BERSELISIH PENDAPAT,MAKA KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN HADITH". Ini kerana tak lain tidak bukan semuanya ada dlm Al-Quran Nur Karim(kitab penuh MUKJIZAT). percayalah saudara! jangan terkejut! semuanya ada dlm Al-Quran...hinggalah bagaimana memilih pemimpin? "ANDAI KAMU INGIN MEMILIH PEMIMPIN (DLM ISLAM)..PIHAK YG KALAH HARUS PERGI KEPADA PIHAK YG MENANG AGAR TIADA PERPECAHAN ANTARA KAMU(UMAT ISLAM).

Soal pemimpin yg terpilih itu berlaku tidak adil,rasuah,kroni,nepotisme dan mcm2 lagi kecurangan, itu soal dia dgn Allah kelak..dia akan dipersoalkan diakhirat nanti..tak perlu utk kita bercakaran dan bermusuhan! Islam tidak sesekali mengajar kita bermusuhan walaupun dgn mereka yg bukan islam sekali pun..kita telah diajar utk menghormati pihak lain dan kita seharusnya menunjukan contoh dan teladan yg baik kpd mereka yg bukan islam bahawa ajaran islam itu suci lg indah..malah kita disuruh mendoakan agar mereka peroleh hidayah dan kesedaran walau mereka itu memusuhi kita sekali pun! sungguh tinggi dan berdarajat mulia ajaran islam itu sebenarnya...masyaallah,subhanallah,walhamdulillah'.

Saudara,
Siapakah diri kita utk menidakkan keislaman org lain, apalagi utk kita mengkafirkan mereka yg telah islam! na'uzhubillahhiminzalik...! walhal mereka yg bkn islam sekali pun, apakah kita layak utk mengkafirkan mereka? apakah selain dari islam itu kafir? apakah hanya islam kesyurga dan mereka semua itu keneraka? sedangkan sebelum hadirnya islam agama yg sempurna ini,(1433 tahun) yg lampau mereka telah pun berkitabkan zabur,taurat,injil yg juga dibawa nabi2 allah dan juga nabi yg turut wajib kita yakini! (keculi setelah datangnya islam kepada mereka lalu mereka tidak mengimani) barulah blh dikatakan KAFIR.

Saudara,
Janganlah berfikir begitu sempit,taksup dan sebegitu mudah utk kita mengeluarkan fatwa,kerana andai ada diantara mereka menguna pakai apa yg kita fatwakan, maka berdosa besar hukumnya! Marilah kita semua beristigfar!

Saudara, Sesungguhnya tiada mahluk yg sempurna diatas muka bumi ini, malah seluruh alam ini kecuali Allah Subhanawataalla...Sedangkan ketua para Malaikat pun masih melakukan kesilapan..lihatlah dahulu tatkala Allah menjadikan IBLIS sebagai (ketua para malaikat) ia pun gagal mempertahankan iman, inikan pula kita sebagai manusia yg diciptakan dgn penuh dugaan! subhanallah...kerdilnya kita dimuka bumi ini.

Saudara, Percayalah tiada satu pun kerajaan diatas muka bumi ini yg dapat memerintah sesebuah negara dgn sempurna, apatah lg utk memberi keadilan yg saksama kepada seluruh rakyatnya...mustahil saudara! amat mustahil! kecuali dgn izin Allah Swt. Apalagi sesebuah negara seperti Malaysia bumi bertuah ini yg tentunya mempunyai berbilang bangsa dan agama masing2...memang sukar sebenarnya! Tetapi kita patut bersyukur dan berterima kasih kerana sehingga saat ini negara kita tetap aman dan rakyatnya tetap masih boleh hidup dlm keadaan makmur dan selesa berbanding bepuluh2 malah beratus2 lg negara2 lain didunia ini...alhamdulillah syukur atas nikmat Allah yg dikurniakan keatas kita semua!

Namun, aneh dan musykilnya yg masih menjadi persoalan dlm diri saya..mengapa masih ada lagi antara mereka yg terus mempertikaikan,mempersoalkan malah cuba memusnahkan apa yg telah kita capai dan yg telah org2 terdahulu berpenat lelah usahakan bg mendapatkan hasil sebegini nikmat dan membanggakan!? Ya"mungkin saja sememangnya ada pihak2 yg masih tidak berpuas hati dan cuba meluahkan dgn cara yg lebih radikal diatas kesilapan dan kealpaan pemerintah saat ini...itu pasti terjadi,tetapi mengapakah dgn cara yg sebegini rupa? tidak ada cara yg lebih baik lagikah atau saja sememangnya bangsaku ini suatu bangsa yg mudah lupa? ataukah sememangnya bangsaku ini suatu bangsa yg mudah diperkotak-katikan dan mudah diperovokasi oleh pihak2 luar yg iri hati dgn kemajuan yg telah dicapai?

Apa yg paling menghairankan, apakah wajar tindakan kita utk terus menghukum dan menghancurkan sesebuah kerajaan yg sememangnya tidak mungkin sempurna dlm pemerintahanya? Bukankah lebih baik kita perbetulkan shj kerosakan itu daripada kita terus menghukum dan menidakkan terus kekurangan dan kepincangan itu? Berfikirlah saudaraku! jadilah sebuah bangsa yg bersyukur dan lebih rasional dlm membentuk jati diri dan ukhuwah sesama kita umat islam.

Jadilah umat yg bertamadun dan berfikiran terbuka. Kenanglah jasa2 mereka terdahulu yg bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara kita hingga kesaat ini...bersyukurlah kita menjadi warganegara yg penuh wawasan...perhati dan telitikanlah!?

Andainya seluruh bangsa melayu dan umat islam di negara ini bersatu hati, apakah ada pihak yg berani menggugat kedudukan dan ketuanan bangsa kita? apakah ada pihak yg berani menjerit meminta betis setelah mendapat peha? apakah ada pihak yg berani mencabar kesucian agama kita? apakah ada pihak yg berani mengugat kedudukan tahta raja2 kita? Semestinya kita harus sedar dan merenung kembali,apakah tindakan kita selama ini betul? Apakah sememangnya kita telah dipandu oleh anasir2 yg berniat jahat tanpa kita sedari? Apakah pemikiran kita telah diracuni saat kita didendangkan wayang tongkol?

Apakah kita selama ini hanya ada PERSEPSI,PERSEPSI,PERSEPSI yang hanya PERSEPSI negatif dan PERSEPSI buruk yg turut diburukan sama oleh PERSEPSI dari mereka yg dengki dan takut dan bimbang dgn pencapaian dan kedudukan bangsa kita dan agama kita, islam yg kita cintai ini? Atau saja mereka sengaja mahu mengkucar-kacirkan dgn menanam kebencian diantara kita tanpa kita sedari???

Saudaraku,
sadarlah! siapakah selama ini yg bodoh dan terus diperbodohkan? Siapakah selama ini yg jahil lg menjahilkan? Ingatlah saudaraku akan pesan jujungan kita Nabi Mohamad Saw: Bahawa diakhir zaman akan ada golongan yg mengaku diri mereka sebagai ulama (bijak pandai) yg sesat lagi menyesatkan!

Fitnah Dajal itu sgt besar dan terancang, sehingga akan ada golongan mereka yg teguh imannya tersesat tanpa mereka sedari! nahuzubillah! minta dijauhkan! Dajal juga dikatakan akan mengunakan org2 islam utk menjatuhkan org2 islam itu sendiri.

Akhir kata dari saya yg hina ini,berhati-hatilah anda utk meletakkan undi,kerana meletakkan undi seperti anda meletakkan sebelah kaki disyurga dan sebelah kaki dineraka...kecuali sekiranya kita mengundi utk umat islam yg menentang kafir, itu menjadi wajib dan pastinya boleh jadi berdosa jika tidak memberi sokongan! Allahuallam!
Kata2 hikmah: TAHU TAK SEMESTINYA FAHAM,FAHAM TAK SEMESTINYA TAHU!

-Penembak Tepat@Aktivis Aman Islam@UnSeenMan-
(Bekas Aktivis Reformasi 1998-2008.) @CAP780219.
Wallahualam bissawaf...

3 comments:

Anonymous said...

Sayangilah saudara2 kita walau kita berbeza pendapat tentang politik...semua pun inginkan Islam'.

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah sini baca entri. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

nur sakinah said...

Hazamim Fadly Raabi.