Tuesday 8 January 2013

"SAYA'TI ALANASY ZAMANU" -(RUGI TAK BACA).


Rasulullah Saw Nabi kita semua pernah sebut satu amaran "SAYAKTI ALANNASY ZAMANU" yg bermaksud 'AKAN DATANG NANTI SUATU ZAMAN KAMU AKAN LIHAT SEGELINTIR KALANGAN KAMU TERKENA SATU PENYAKIT YG PENYAKIT ITU DATANG SEPERTI KEPINGAN MALAM (tidak kelihatan).

Kata Imam Ghazali"PENYAKIT ITU DATANG SEPERTI SEEKOR SEMUT HITAM YG DUDUK DIATAS BATU HITAM DALAM KEGELAPAN MALAM". (Sukar untuk dibayangkan apatah lagi untuk melihatnya). Allahualam!

Saudaraku,

PENYAKIT yg datang diakhir zaman yang tidak kelihatan itu adalah 'SYIRIK KAFI' iaitu syirik yg tak nampak. Kata Rasulullah 'Saat itu kamu akan terkena suatu penyakit yg datangnya kamu tak nampak iaitu "KAMU ISLAM PAGI LALU KAMU KAFIR PETANG, KAMU ISLAM PETANG LALU KAMU KAFIR PAGI".

Lantas Imam Ghazali berkata' bukan bermakna kamu solat pagi diMasjid dan petang digereja atau petang diMasjid pagi digereja' bukan itu'.

 Akan tetapi maksudnya' dia KELIHATAN seperti Islam, bersarban, berjubah,berjanggut, berzakat, berpuasa, berhaji, bersolat dan membaca Al-Quran MALAH kelumpuk mereka juga berupa kumpulan yang memperjuangkan Islam, akan tetapi mereka TIDAK SADAR sesungguhnya mereka telah mengKAFIRkan diri mereka sendiri pada ALLAH'. Nauzhubillah!!

Sebagai CONTOH yang ingin saya berikan:

SUBUH(pagi):
Mereka solat berjemaah disurau dengan membaca 'KULHUALLAH HUAHAD ALLAHUSAMAD LAMYALID WALAMYULAD WALAMYAKULLAHU KUFFUAN AHAD'.
(KATAKANLAH ALLAH ITU SATU,IA TIDAK BERGANTUNG DGN SESIAPA,IA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIBERANAKKAN DAN TIDAK SETARAF DGN SESIAPA).

Mereka meyakini bentuk kewujudan Allah diPAGI hari AKAN TETAPI...

ISYAK(malam):
Mereka naik kepentas politik dengan berhujah' TUAN2, PERCAYALAH BAHAWA KRISTIAN JUGA BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH SEPERTI KITA ADANYA UMAT2 ISLAM'.

Sedangkan diMasjid pagi tadi mereka baru sahaja mengatakan ALLAH ITU SATU akan tetapi bila naik kepentas mereka MENGUBAH pula dengan mengatakan BOLEH KONGSI KALIMAH ALLAH dalam kontek 'ALLAH ADA BAPAK, ADA ANAK dan ROH KUDUS(suci) bagi penilaian golongan Musrikin(GEREJA).

Dalam masjid pagi tadi dia ISLAM tapi malamnya ketika dia berada diatas pentas politik dia telah menjadi KAFIR dan kufur kepada Allah.

Saudara Islamku,

Tahukah anda kenapa perkara ini boleh terjadi tanpa mereka sedari?
Jawapannya adalah kerana mereka telah terpedaya saat mencari sedikit keuntungan didunia tanpa menyedari mereka akan kehilangan keuntungan akhirat kelak!
Kerana mereka telah MENJUAL AGAMA demi hanya ingin mendapatkan sokongan politik dalam hasrat mereka mengapai PUTRAJAYA semata2! Allahualam!!

Saudaraku sekalian,

Sadarkah kamu, ini adalah satu bentuk penyakit yg paling bahaya sebenarnya dan diatas sebab itulah saya telah berpaling sokongan malah sanggup jadi penentang kepada juak2 seperti ini!
KENAPA? Kerana sesungguhnya saya telah sadar bahawa Rasulullah telah memberi amaran ini lebih 1400 tahun yg lalu...dan juga KERANA mereka telah menjual agama mereka untuk dunia yg sedikit!

Hanya kerana PUTRAJAYA...
Hanya kerana UNDI BUKAN ISLAM...
Hanya kerana nak MENANG PILIHANRAYA...

Mereka jual KALIMAH ALLAH yang MAHA SUCI!

Dan inilah sebenar2nya ancaman AQIDAH dan BAHAYA mereka2 yg berfahaman 'PLURALISM' seperti berlaku diINDONESIA yg mereka gelar sebagai "LIBRAL"!!!

Saudara,

Akhir kata, dengan penuh rasa rendah diri dan seikhlas hati demi sebuah perpaduan bangsa dan umat2 Islam khususnya...ingin sekali untuk saya MENGINGATKAN...!!!

Kalau AGAMA pun mereka sanggup JUAL...
Kalau KALIMAH SUCI pun mereka rela GADAI...
Percayalah NESCAYA harapan kamu akan BERKECAI...
Maka PERCAYALAH bagi mereka dirimu hanyalah sekadar PENCACAI...!!!

'Emas Teruji Dengan Api...Wanita Teruji Dengan Emas...Lelaki Teruji dengan Wanita'...
'Manakala Iman Teruji Dengan 'Kebenaran Yang Cuba Dipalsukan lewat Bisikan Syaitan'...!

Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008.

AL-BALAD (Jangan BACA jika anta masih TA"ASUB seliper!!)
P/s-Kerana anta pasti tak mahu FAHAM walaupun anta telah TAHU'.
Ada yg kata isu ini dah lapuk...dan ada pula yg kata isu ini UMNO sengaja kontroversikan kerana penggunaannya masih VALID di Sabah dan Sarawak??? Malah apa yg membimbangkan adalah sehingga Presiden PAS sendiri pada dasarnya telah bersetuju membenarkan KALIMAH Allah ini diKONGSI oleh puak2 GEREJA@Kristian@Bible dinegara ini(Malaysia.)

APA HUJAH MEREKA?

Hujah2 mereka adalah kununnya Kalimah Allah ini sudah lama diguna pakai oleh puak2 Kristian di Negara2 Arab...malah ada penghujah yg lebih jahil telah mempersoalkan kenapa bapa dan datuk Nabi Muhammad SAW itu sendiri telah menggunakannya sebelum hadirnya agama Islam di tanah suci MEKAH MUKARAMAH @ sebelum KERASULLAN Nabi sendiri.

Subhanallah.....Astargfirullah.....Innalilah hiwainna'lillahi rojiun'.

Saudara...BACALAH dan FAHAMKAN baik2!!

Kalimah Allah ini adalah sebuah isu yg sangat BESAR dan TERPENTING jika kita bandingkan dgn segala isu yg bergolak selama ini. Kerana ia melibatkan AKIDAH kita sebagai umat Islam. Lantas semoga penerangan ana kali ini benar2 akan dapat mengubah kefahaman dan persepsi agar kita semua segera BERTAUBAT kembali kepangkal jalan insya'allah'. Mudah2an...aamin!

Ikhwan@saudaraku sekalian...

Jika HUJAH itulah yg dijadikan SANDARAN, maka memanglah Kristian dan negara Arab sudah lama mengunakan kalimah Allah itu. Namun,adakah saudara tahu bagi orang2 di negara Arab, PERKATAAN kalimah Allah ini adalah soal BAHASA sahaja bagi mereka. Sebab dalilnya dalam bahasa Arab PENGERTIAN perkataan GOD atau TUHAN adalah ALLAH...mereka TIADA bahasa lain dan itu adalah BAHASA mereka disana. Akan tetapi adakah oleh kerana Kristian Arab disana telah menggunakannya lantas kita
disini(Malaysia) juga layak menggunakannya??? baiklah mari FAHAMKAN!!

CONTOH 1:
Perkataan USTADZ di Malaysia seperti yg kita FAHAM adalah individu yg berpengetahuan agama@guru agama@lulusan ilmu agama Islam seperti graduan Al-Azhar atau sekolah pondok. Akan tetapi perkataan USTADZ di Arab adalah bermaksud ENCIK seperti pemandu teksi@peniaga2@ pekerja buruh sekali pun.(Sheikh pula bermaksud Tuan.)

CONTOH 2:
Di Indonesia perkataan BUTOH itu bermaksud MEMERLUKAN akan tetapi di Malaysia perkataan itu bermaksud CARUTAN@MENCARUT. Jika di Jakarta ia bermaksud lain manakala jika di Kuala Lumpur pula bertukar kepada maksud yg lain. (Bahasa Minang TOMPEK bermaksud TEMPAT tapi dlm bahsa JAWA pula bermaksud KEMALUAN WANITA.) Nampak? faham??
Itulah apa yang dikatakan PERKATAAN atau HURUF AL-BALAD. Apa yg orang Arab FAHAM tak sama MAKSUD dengan apa yg orang Melayu FAHAM. Apa yg orang Indon FAHAM juga sesetengahnya tidak sama ertinya dengan apa yg orang kita disini FAHAM. Ada FAHAM?? 
Atau sengaja masih lagi buat2 TAK FAHAM demi sebuah perjuangan POLITIK SEMPIT yg anda sendiri mengaku kununnya anda TAHU tetapi HAKIKATNYA anda masih TAK FAHAM-FAHAM !! Wallahua'lam bis'showaf'.

"TAHU tak semestinya FAHAM, FAHAM tak semestinya TAHU".
-Penembak Tepat Genuine-

(Bekas Aktivis Reformasi 1998-2008.)

No comments: