Saturday 6 June 2015

Sesayu Jiwa Me'Layu'


'Semakin suram semakin sayu kerana syair sedih meruntun,
'Semakin di siram semakin layu kerana airnya telah di racun.

Ana bukanlah seorang pujangga yang bijak berkata2...bukan
juga seorang Ustadz melainkan pendosa yang sedang taubat.
Dewasa ini negara di kejutkan dengan pelbagai ujian Tuhan.
Manakala bangsa kita pula semakin ramai hilang kewarasan.
Kerana apa? kerana pemimpin2 kita terus saling bercakaran.
Dan kerana para agamawan turut berpecah tidak sefahaman.

Senario politik negara semakin kucar kacir hilang arah tujuan.
Maka terbentuklah berbagai2 puak dalam parti ke-melayu'an.
Di mulakan dengan PAS...PKR...PASMA...UMNO Pro NAJIB
& kini UMNO Pro Mahathir. Secara sedar atau tidak, bangsa
ku ini sudah pun terpecah menjadi lima golongan yang saling
tidak sehaluan. Sedangkan bangsa (CerYaNunAlif) semakin
bersatu padu dan terus menerus menguasi ekonomi negara.

Siapa yang RUGI?? Nak salahkan siapa? Raja? Pemimpin2?
atau nak salahkan Tuhan kerana tidak berlaku adil? Itulah se
benar2nya kelemahan bangsa ku. Terlalu mudah mencari ke
salahan pihak lain tanpa terlebih dahulu merenung kesalahan
diri sendiri. Sedangkan bangsa CerYaNunAlif tidak memiliki
hak2 istimewa seperti bangsa ku...tidak memiliki subsidi khas
seperti bangsa ku...tidak memiliki tawaran % seperi bangsa ku.
Tapi mereka rajin berusaha...pandai berniaga...pandai bersatu.
Itulah sebenarnya rahsia kejayaan mereka sedangkan bangsa
ku terus lena di buai mimpi ketuanan yang sebenarnya kosong
tidak berisi. Bukan itu sahaja, bangsa ku juga amat terkenal
dengan perasaan hasad dengki (PHD). Tak boleh lihat bangsa
sendiri maju. Sifat iri hati semakin menebal jika melihat orang
lain lebih mewah dari dirinya. Makan gaji itu bagus berbanding
menganggur tanpa berusaha tapi tradisi berniaga itu lagi bagus
kerana dapat memberi pekerjaan dan membudayakan sunnah
Nabi dan ekonomi negara. Lihatlah betapa ilmu niaga kita begitu
mundur sehingga sanggup merelakan pelbagai jenis makanan
harian dikuasai oleh Non Muslim. Sehingga gulatin kinzir dalam
makanan pun kita tidak terkawal. Yang menjadi mangsa pasti
nya pihak JAKIM yang sukar mengawal kerana terlalu banyak
produk makanan harian kita di monopoli oleh syarikat2 Non
Muslim. Ayuh ikhwan, jinak2kan diri kita dengan perniagaan'.

Isu GST??? Kita begitu trauma dengan GST sedangkan GST
itulah yg mengawal kenaikkan harga sesuka hati oleh puak2
CerYaNunAlif. Jika ramai diantara kita berniaga sudah tentu
senario ini mudah di kawal kerana persaingan harga & produk
itu tadi tidak boleh sembrono di naikkan harga oleh golongan
chouvonis yg tamak haloba. Mereka akan gentar kerana perlu
bersaing bukan sahaja produk tapi bandingan harga terutama
harga bekalan mentah/kilang. GST memang beban tapi lebih
beban jika kita tidak mengamalkan GST. Dengan adanya GST
ini, puak haloba tadi tidak lagi sesuka hati menaikkan harga2
barangan kerana takut dikenakan cukai oleh pihak berwajib.
Apapun kita masih beruntung kerana kadar GST dinegara kita
masih terlalu rendah berbanding dgn seluruh negara2 rantau
dan dunia sekali pun. GST tidak akan menjadi masalah jika
ekonomi kita stabil & berkemampuan. Belajarlah BERNIAGA!
Tun M tidak mengatakan GST itu tak bagus tapi apa yang Tun
maksudkan adalah perlaksanaan GST itu tidak sesuai dalam
kontek ekonomi sekarang. Tun juga bimbang jika pengawalan
GST itu gagal dan mampu membuatkan parti di asaskan dulu
tumbang. Segala perancangan pembangunan bangsa dan
negara akan menjadi semakin sukar jika parti pembangkang
yang di lebih kuasai CerYaNunAlif itu mengambil alih tampuk
pemerintahan negara. Lihatlah berapa kerusi milik Melayu PR?
Ketua pembangkang sendiri mengakui akan kebaikkan GST!

Sebelum ana mengakhiri tulisan sayu ini, ingin rasanya ana
cuba berkongsi sedikit buah fikiran bagaimana cara kita untuk
menyelesaikan pergolakan politik anatara DS Najin & Tun M.

Ana rasa DS Najib telah cuba yang terbaik untuk membangun
kan negara & secara pribadi ana tidak menyalahkan beliau
semata2 di atas segala kesukaran yg telah beliau hadapi saat ini.
Kerana zaman pemerintahan beliau itu sendiri agak sukar dari
awal di sebabkan pergolakkan & perpecahan yg telah berlaku
dari olahan2 fitnah Si Kitul. Ia amat jauh berbeza sebelum era
pemerintahan Tun M di mana rakyat ketika itu bersatu padu
tanpa hasutan pengkhianat  yang bertopengkan wira. Tapi di
sebabkan isu 1MDB yang tidak tranfaran dalam pengurusan
maka Dr M telah mengabil kesempatan ini untuk mendesak DS
Najib agar meletak jawatan. Kegagalan DS Najib meneruskan
beberapa usaha pembangunan negara yang pernah di asaskan
oleh Tun M juga menjadi faktor mengapa Tun M tidak sehaluan
dgn DS Najib. Bersatu kembalilah demi UKHWAH FILLAH'.

Cara terbaik dalam menangani isu ini agar tidak terus menerus
menjadi alibi yang mampu membuatkan BN tumbang pada
PRU14 akan datang adalah dengan beberapa cadang ini. Maaf
ana tidak menyebelah sesiapa dalam isu ini. Sekadar pendapat'.

Pertama--- Tun M harus menghentikan segala bentuk tomahan
dan provokasi yang akan hanya merugikan partinya sendiri.

Kedua--- Jika DS Najib enggan meletak jawatan beliau harus
segera bersemuka dengan Tun dan harus akur dalam memahami
beberapa permintaan dari Tun M. Sekali pun GST harus
dibatalkan dan akan kembali dilaksanakan jika keadaan ekonomi
dan rakyat sudah mengizinkan kelak. DS Najib harus melihat
perkara2 ini di dalam skop yang lebih besar bukan sahaja demi
meredakan suara rakyat tapi yg lebih utama agar kesinambungan
pemerintahan negara terus kekal dan tidak jatuh di tangan
pengkhianat dan pihak Chouvonis yang TAMAK haloba.

Ketiga- Cara paling mudah adalah DS Najib dengan rela hati
meletak jawatan secara terhormat dan digantikan oleh timbalan
nya sebelum beliau sendiri di tolak oleh para perwakilan dalam
pemilihan UMNO itu sendiri. Menteri2 yang terbabit juga harus
bertanggung jawap untuk meletak jawatan dan digantikan oleh
muka2 baru yg lebih berkaliber dalam UMNO. Walau pun perkara
ini berkemungkinan tidak memberi apa2 kesan sokongan dari
penyokong pembangkang akan tetapi sekurang2nya ia masih lagi
mampu mengekalkan sokongan di kalangan ahli2 UMNO/BN dan
para pengundi BN pada PRU 13 yang lalu. Semoga cadangan
ana ini sedikit sebanyak bermanfaat buat semua yang terlibat.
MADU ditangan kanan mu, RACUN di tangan KIRI mu'. Sekian!

-Amirul Penembak Tepat @Aktivis Aman Islam KL'
(Bekas Reformis TEGAR Pembangkang 1998-2008)


No comments: