Thursday 25 December 2014

“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” BANJIR BUKAN KEBETULAN!?



“Tiada suatu bencana pun yang melata di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya (alam jagat). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid [57] : 22)

Adalah menjadi satu kesalahan bila mana kita menyebut KEBETULAN
terjadi itu dan ini disaat kita diuji dengan bencana atau MUSIBAH.
Sebenarnya tiada yg kebetulan diatas ALAM RAYA ini. Semuanya telah
dijadualkan oleh Allah SWT sebagai ujian kepada kita semua.

Kita wajib menerima takdir Allah ini dengan penuh redha, bukan dengan perasaan geram atau buruk sangka bahkan amat berdosa jika kita cuba mempersoalkan mengapa Allah melakukan itu kepada kita dan tidak kepada yg lain. Sikap yg sedemikian adalah sangat bertentangan.

Allah berfirman :“Dia (Allah) tidak layak ditanya tentang segala apa yang
dilakukan, tetapi mereka (manusia)lah yang akan ditanya”.-Anbiyaa`(21)

SABAR Menghadapi Musibah.
Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain,SABAR adalah MENAHAN DIRI daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun) ketika berlaku musibah.

Allah SWT berfirman :
“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Apabila ditimpa musibah,ucapkanlah: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” .
[Al-Baqarah [2] : 155-156]

Usah SOMBONG!?

'BOLEH JADI BENCANA ITU MENJADI RAHMAT DAN BOLEH JADI
JUGA AKAN MENJADI FITNAH KEPADA KITA YANG TERSELAMAT'.

Wallahua'lam bis'showab...

-PenembakTepatGenuine-
(Aktivis Aman Islam K.Lumpur)

Thursday 30 October 2014

HUDUD' Kafirkah Kita?

HUDUD' Kafirkah Kita?

Kenapa hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia? Kafirkah UMNO?
Siapa yang tolak hudud sebenarnya?Apakah tidak mampu melaksanakan itu bererti kita menolaknya? Sebagai contoh HAJI, apakah kerana kita masih tidak mampu mengerjakan haji kita dikira menolak perintah Allah? apakah kita layak digelar KAFIR hanya kerana kita masih tidak mampu menunaikan HAJI??Sedangkan haji itu adalah RUKUN ISLAM yg ke 5 manakala HUDUD itu tidak termasuk dalam RUKUN ISLAM? Hudud itu adalah perintah Allah Swt yg masih diberi AULA dan ada MASLAHAH (kemampuan dan asbab). Berapa banyak negara Islam didunia ini yg
telah melaksanakan HUDUD? Apakah Mesir,UAE,Indonesia dan seluruh negara2 Islam didunia yg tidak melaksanakan hudud itu menjadi KAFIR?
Mengapa begitu mudahnya kita mengkafirkan pihak lain hanya kerana
cuba meraih sokongan politik yang berbentuk dunia!? Allahu'rabbi !

Wahai Sheikh2 PR bijaksana sekalian!

Jawap dengan JUJUR, siapakah sebenarnya yg menolak perlaksanaan
HUDUD dinegara kita ini? Ana sangat bersetuju jika HUDUD dapat dilaksanakan agar tiada org berani merompak, merogol dan mengganggu
anak2 isteri kita. Semua umat Islam pasti setuju dengan hudud. Usahlah
kita cuba putar belitkan hakikat ini demi sebuah kebenaran sesama kita.

Namun untuk merealisasikan perkara mulia ini kita perlu ada KEKUATAN
terutama di PARLIMEN. Masalahnya kekuatan itu kita masih tidak ada
kerana masing2 diantara kita telah memilih untuk berpecah belah dan
berpuak2 sesama ummah. Seandainya seluruh umat Islam terutama AHLI2 PARLIMEN (Melayu) bersatu,apakah kita ada halangan untuk laksanakan
HUDUD?? Apakah puak non muslim berani membantah pada kita? Adakah mereka berani meminta betis setelah mendapat PEHA? Apakah mereka
berani menghina bangsa dan agama kita? Apakah mereka berani membaling batu sembunyi tangan? FIKIR dengan IMAN sheikh!?

P/s- Pesan ikhlas ana pada pemimpin2 UMNO, jika ada mana2 pihak
ingin membentangkan undang2 hudud ini usah ditolak! Berilah alasan
tidak mampu atau belum bersedia. Itu lebih baik dari menolaknya
mentah2.Tubuhkanlah jawatan kuasa TEKNIKAL kerja-sama agar enekmen ini dapat dibentangkan di Parlimen. Insya'allah.

Dan soalan ana buat pemimpin2 PAS, mengapa setelah kamu berjaya bentangkan enekmen ini sebanyak dua kali di dalam Parlimen namun
sehingga kini kamu masih gagal laksanakan dinegeri jajahan kamu
masing2? mengapa? Takut Allah ke takut UMNO?? Allahu'rabbi!
Sedangkan dahulu pd pembentangan awal Tun M menolak kerana ter
dapat kesilapan dalam enekmen tersebut yg perlu kamu betulkan terlebih
dulu. Contoh- Artikel/ syeksen 14 (LIWAT).

Dan anehnya,kini setelah berjaya mendapat sokongan dari sebahagian
MP2 UMNO mengapa kamu tarik balik pembentangan itu setelah dua kali mesyuarat diadakan? Mengapa? Tolong jawap dgn ikhlas kerana Allah!?

Apakah kerana TAHALUF SIYASI kamu dengan DAP kamu takut hilang sokongan kafir? Mengapa setelah itu presiden kamu Hadi Awang mengatakan bahawa hudud hanya ada 0.0001% dari aspek HUKUM ISLAM ( Utusan 7 Mac 2000) dan terus menukar slogan NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKKAN bersama DAP dan PKR?? Apakah kah selama ini PAS hanyalah sebuah parti penuh RETORIK yg hanya memperjudikan nama ISLAM demi KUASA dan POLITIK DUNIAWI!?
Bagaimana pula keadaan para pejuang2 MEMALI yg mati sebelum ini
kerana terpengaruh dgn 1 AMANAT MU untuk menubuhkan NEGARA ISLAM demi melaksanakan undang-undang HUDUD?? Allahu'rabbi!!

-Penembak Tepat Genuine-
Aktivis Aman Islam K.Lumpur
(BEKAS AKTIVIS PAS 98-08)

Apa khabar sheikh al maulana? (Isu SALAM).



Semoga sihat-sihat selalu. Kalau kawan-kawan tengok tajuk entri ni pun, kawan-kawan dah tau kan ana nak cakap pasal apa. Entri ni ana nak tulis sikit tentang "SALAM". Biasanya blogger mesti ada facebook kan, mesti penah terbaca artikel tentang tak boleh cakap "SALAM" ni..betul tak?? Bila sorang yang dapat, maka artikel ni di share sehingga semua orang dah tau tentang masalah tak boleh cakap perkataan "SALAM". Sebelum ana cakap dengan lebih lanjut...ana nak bagi tau, bahawa entri ini merupakan pendapat ana sahaja. Yang baik, boleh diambil. Yang buruk, sila tegur dengan cara yang berhemah...

Bila ana baca artikel tentang tak boleh sebut perkataan "SALAM" menggantikan lafaz Assalamualaikum..ana agak terkejut jugak dan ana
ada rasa pelik..antaranya sebab nya ialah :

1. Kenapa pula perkataan salam tu maksudnya Selamat Tinggal? Selama ana pernah belajar Bahasa Arab dulu, ana tak pernah jumpa dan tak pernah pula ustaz dan pensyarah ana bagi tau perkataan "SALAM" bermaksud selamat tinggal. Hasil daripada apa yang ana jumpa dalam kamus, SALAM ialah bermaksud SELAMAT. Wallahua'lam...

Ini merupakan maksud SALAM berdasarkan kamus besar Dewan Bahasa dan Pustaka (Arab-Melayu) m/s 1173 :

Islam berasal dari perkataan "Aslama, Yuslimu, Islaman"

أسلام ، يسلم ، إسلاما
Maksudnya :
1. Tunduk, patuh. 2. Mematuhi agama. 3. Memeluk agama Islam. 4. Menyertai perdamaian.

Tak ada pun perkataan selamat tinggal kat situ..maksud semua baik-baik.
Apa yang tak bolehnya?

2. Kenapa tak boleh sebut "SALAM" dan kenapa pula kena sebut  "AS-SALAM" ? Apa pulak beza nya. Kedua-duanya membawa erti yang sama. Kalau anta belajar Bahasa Arab, tentu anta tau. Kalau kita sebut SALAM, kita tak bunyi kan alif dan lam. Kalau sebut AS-SALAM, kita bunyi kan alif dan lam. Ok, sekarang ana tulis dalam jawi pulak yer. Ikut huruf asal..
baru nampak.

سلام ، السلام

Itu je bezanya..makna sama kalau nak ikut kan. Cuma ada beza sikit je. Beza nya ialah SALAM nakirah (tidak ada alif dan lam)  dan AS-SALAM makrifah (ada alif dan lam). Ana bagi contoh perkataan lain ye..jom blaja Bahasa Arab sekejap. Kita tengok apa perbezaan maksudnya...

Contoh :

بيت = Rumah (membawa makna umum)
البيت = Rumah itu (membawa makna khusus)

Makna asal : sama je..rumah jugak!!

3.YAHUDI? TABRANI? Kenapa pula perlu menggabungkan makna "A'KUM" dan perkataan yang lain-lain kemudian diterjemahkan dalam bahasa lain. Kan Assalamualaikum tu dalam bahasa Arab, SALAM tu dalam bahasa Arab. Kenapa mesti ikut makna dalam bahasa lain???

Perkara-perkara ni la yang ana agak pelik..tapi, ana kurang nak percaya, sebab artikel tu umpama artikel berantai. Ana tak tau siapa yang tulis, latar belakang penulis tu. Cuma artikel tu di share dari seorang ke seorang yang lain...guru ana selalu pesan, kalau nak cari sesuatu sumber untuk di jadikan rujukan kajian, sumber primer adalah buku, jurnal, artikel yang disertakan dengan nama pengarang dan diterbitkan dimana. UKM ke..UM ke and so on.  Sebab sumber-sumber ni merupakan sumber yang sahih dan dah ditapis sebelum di cetak dan diedarkan kepada orang ramai.

Kalau internet pula, hanya sumber sekunder. Sumber kedua untuk dijadikan rujukan..sebab bahan yang ada di dalam internet, tidak ditapis dan semua orang dan tidak kira latar belakang boleh mencurahkan idea serta sebarkan fahaman mereka. Macam blog juga la..semua orang boleh menulis, tidak kira umur, latar belakang pendidikan, agama, budaya dan lain-lain. Jadi, jangan lah terlalu mudah percaya kepada sumber yang datang dari internet. Kena kaji dulu, buat analisis, baru kita boleh ikut dan pegang. Jangan taqlid ( ikut membuta tuli tanpa hujah dan dalil). -MAAF.

Kemudian, dalam artikel tu ada menyebut tentang Hadith Nabi kan. Tentang salam, dan dikaitkan dengan Ustaz Zawawi. Hadith tu betul dan benar. Betul la apa yang ustaz Zawawi cakapkan tu, ulasan daripada Hadith Nabi s.a.w. Mafhumnya : Perkataan yang paling baik ialah mengucapkan salam dengan lafaz Assalamualaikum.( salam sejahtera ke atas kamu). Yang menjawab pula, seelok-eloknya jawab dengan jawapan yang lebih baik. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

Tentang teguran kirim salam tu ana sgt setuju..sebab ustazd ana pun pernah ajar macam tu. Kalau kita nak kirim salam kat orang lain..kena cakap. Kirim salam "Assalamualaikum" dekat Siti. Contohnye la..jangan  pula cakap Kirim salam kat Siti. Salah tu..wallahua'lam bis'showab.

Yang mana belum baca artikel tersebut, ni saya copy paste..tentang tak boleh cakap SALAM :-

---------------------------------SURAT BERANTAI FB------------------------------

Assalamualaikum..petikan ni sy amik dr email..moga beroleh manfaat dan jadikan sebagai peringatan bersama..harap sebarkan..

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?. Apakah maksud disebaliknya ?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah :"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Drpd: hamba Allah
-------------------------------------------SEKIAN------------------------------------------

Assalamualaikum...Ampun dan Maaf'.
-AAI @ Masjid Sri Petaling Selangor-

Saturday 12 July 2014

FACEBOOK FITNAH AKHIR ZAMAN (Bacalah Dengan Ikhlas).

Tahukah anta semua kenapa FACEBOOK dicipta? Tahukah anta semua apa yg mereka (ILUMINATI) cari dari kita di (NUSANTARA) ini. Dan tahukah anta semua telah dinyatakan dalam sebuah HADITH SOHEH bahawa Nabi SAW telah bersabda:


'Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun'.

Ibnu Majah:(Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.)

(Menurut riwayat hadith yang sahih, Imam Mahdi dikatakan akan muncul dari negara negara belahan sebelah timur, jadi ada kemungkinan bahawa negara Islam timur di rantau Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ini telah di diriwayatkan sepertimana didalam hadith Rasullah SAW. Wallahua'lam.

Tujuan dan hajat mereka adalah ingin mencari pemimpin Islam (akhir zaman) yang mereka geruni selama ini. Mungkin mereka sudah mengkaji Al-Quran lebih dari kita umat Islam namun telah dinyatakan dalam Al-Quran bahawasanya mereka TIDAK akan sesekali mengikuti kita sehingga kita mampu diarah agar mengikuti telunjuk mereka. Objectif mereka adalah ingin menghapuskan Imam Al- Mahdi (raja umat Islam akhir zaman.) Wallahua'lam bis'showab'.

Walaupun mereka tidak dapat mengenali siapakah dan dimanakah tempat sebenar kemunculan Iman Mahdi namun mereka tetap optimis mampu menemuinya ditambah pula sokongan kukuh dari DAJAL Al-Masih lahnatullah'. Tentunya mereka juga punya strategi dan rancangan diluar kemampuan akal kita berfikir. Namun setelah ana mengikuti segala perkembangan dan helah mereka, ana begitu yakin FACEBOOK terdiri dari salah satu cara mereka bertindak. kenapa?
Kerana teknologi tersebut dicipta berdasarkan teori WALL DISNEY(Teleport Alam Ghaib).Ana akan cuba perincikan selajutnya insya'allah. 

Baca,perhati dan teliti...

Peringkat awal- Untuk merealisasikan teori tersebutt, sekurang-kurangnya mereka terlebih dahulu akan cuba mengusai seluruh negara-negara Islam. Mereka kelihatan seakan cuba membantu walhal muslihat mereka adalah ingin memporak-perandakan negara-negara Islam agar sentiasa mengikuti telunjuk dan bergantung harap pada meraka lantas menerima segala teknologi ciptaan mereka(barat).

Malaysia, jika dilihat dengan mata kasar, negara kita tidaklah terlalu mempunyai imej Islam yg tinggi namun kekukuhan kerajaan Islam dan ciri-ciri pembangunan berorintasikan Islam memang tidak dapat disangkal oleh negara negara Islam yang lain. Terutama negara negara arab yang sering memberi pujian. Kini mereka seakan mula menyadari akan keunikkan bumi Islam ini. Sebuah wilayah yang sentiasa terselamat dari bencana alam yang dasyat. Tentu saja mereka sedang memerhatikan kita bagaimana bumi bertuah ini seakan sentiasa mendapat kesempurnaan dan perlindungan dari sang pencipta. Ana yakin mereka akan sentiasa mencari helah bagaimana untuk mengawal dan mengusai rantau ini. Apakah dengan FITNAH? Jawapannya adalah YA. Sebab pengikut DAJAL adalah berupa FITNAH'.

Mereka ILUMINATI tidak akan sewenang2nya menakluki negara kita, mereka akan mengunakan cara dan strategi seperti yang telah diatur. Dan fitnah itu boleh saja terjadi dari kelemahan kita sendiri yang membuka ruang seperti mana kebanyakkan perselisihan umat Islam di negara2 lain. Kesempatan itu akan diolah cara oleh mereka agar dunia luar memandang buruk akan kegagalan pemerintahan kita mentakbir. Dan sekiranya itu terjadi,kerja2 mereka semakin mudah. Perpecahan dan persengketaan umah adalah matlamat bagi misi mereka. Persoalannya, apakah ketika itu kita baru sedar dan cuba bangkit seperti negara2 Islam yang lain?? Tepuklah dada sendiri jika itu benar2 terjadi'.

Saudaraku, Rasulullah juga pernah berpesan kepada para sahabat' betapa besarnya perperangan kita dengan NAFSU didalam diri kita sendiri'. Jika hati sudah mati, tiada gunalah jasad yang masih hidup ini. Kerana nafsu akan membuatkan manusia hidup laksana haiwan. Cuba kita lihat betapa banyaknya kemunculan pelbagai konsep hiburan dan produk2 khayalan ciptaan manusia. Ibarat pepohon liar tanpa baja yang tahu mencari makanannya sendiri. Begitulah cara iluminati menjadikan nafsu kita sebagai tentera2 mereka berjuang setiap hari.

Iluminati sedar akan kesukaran mereka mengusai golongan para ulamak dan guru2 agama dalam Islam, lantas mereka mengunakan golongan anak2 muda sebagai pelancar agenda jahat mereka. Saksikan bagaimana anak2 Islam telah dirosakkan dengan segala hiburan dari produk yang melalaikan seperti DADAH dan INTERNET itu sendiri.

Saudaraku, tahukah anta dinegara Yahudi (Israel) mempunyai satu DINDING setinggi 19 meter yang terletak di Jurusalem. Dinding tersebur digelar sebagai ' WESTERN WALL' tempat dimana mereka kununnya berdoa. Mereka akan menuliskan doa mereka pada sekeping kertas dan menyelitkan kertas tersebut pada lobang dicelah2 dinding
tersebut. Dinding2 seperti itu juga wujud di negara2 lain seperti Jerman dan Rusia. Oleh kerana Zuckerberg adalah seorang Yahudi, beliau telah mencipta FACEBOOK berkonsepkan WESTERN WALL. Sebab itulah di FACEBOOK terdapat paparan muka WALLFEEDS dimana kita sering updates status kita setiap hari. Mereka seakan membuatkan kita berdoa kepada tuhan mereka mengikut tatacara mereka didinding2 tersebut, walhal nauzhubillah tidak sama sekali. Namun itulah hakikat cara mereka mempengaruhi kita dengan teori TELEPORT ALAM GHAIB tersebut. AWAS!

Sehingga terjadi satu kebiasaan(FENOMENA) kita melepas tekanan perasaan melalui wall status pada FACEBOOK tersebut setiap hari. Apakah teori tersebut telah berjaya mempengaruhi kita semakin menjadi LALAI dan sering melupakan SHOLAT dan ajaran Islam? Apakah benar teori tersebut telah berjaya membuatkan kita semakin mudah terjebak ke kancah maksiat,pornografi,permainan(GAME) yang secara langsung berunsur JUDI?? 

Dan mengikut pengamatan ana apa yang paling membimbangkan adalah ramai dikalangan kita terutama golongan WANITA dalam tak sedar dengan sendirinya telah mencemarkan imej Islam. Maaf jika ada yang tersinggung! Ana terpaksa menyatakan KEBENARAN walau pun PAHIT untuk diakui. Dalam tak sedar wanita sering meletakkan wajah2 asal dalam profile FB mereka. Walaupun kita bertudung sekalipun, ramai yang terlupa dan hayal dengan puji2an lantas semakin galak mempamerkan pelbagai bentuk wajah kepada lelaki umum yang tidak dikenali. Lantas terjadilah senario SYOK SENDIRI dek kerana hanyut dengan puji2an yang membanggakan diri masing2. Posting2 seperti SELFIE seakan menjadi satu kegilaan bagi para pemilik akaun di FACEBOOK tanpa pernah memikirkan kesan yang berpanjangan setelah mereka mati kelak. Akaun tersebut akan berkekalan tanpa terpadam kerana tiada siapa yang tahu akan PASSWORD akaun tersebut. Statistik penceraian juga meningkat berganda2 oleh bahana FACEBOOK. Suami berbangga2 mempamerkan keindahan wajah2 isteri masing2. Golongan berada pula berbangga2 mempamerkan harta masing2. Golongan pemikir politik pula sering melepaskan tekanan dan rasa ketidak puas-hatian mereka didalam facebook dengan berbagai2 cara dan ungkapan. Gambar EDIT dan MAKI CERCAAN sudah menjadi budaya FITNAH yang amat dasyat sekali dizaman cyber ini.

Sungguh menyedihkan waima mengerunkan sebenarnya. Begitulah agenda penciptaan FACEBOOK yang penuh TIPU DAYA. Semoga kita tidak tergolong dan terjebak ke dalam kancah2 FITNAH AKHIR ZAMAN itu. Wallahua'lam bishowab'.

P/S- Pendapat ikhlas dari ana adalah, perkara yang baik dan buruk boleh saja terjadi dimana2 dalam pelbagai cara. Bukan hanya di FACEBOOK waima didalam MASJID sekali pun boleh saja terjadi DOSA. Gunakanlah Laman Sosial(FB) ini untuk jalan kebaikkan seperti soal kemanusia'an,perkongsian maklumat dan ilmu terutama penyampaian DAKWAH dan kebajikkan. Tak perlu kita BOIKOT FB ini, malah penguna yang bijak akan mengunakan wardah ini sebagai serangan timbal-balik kepada musuh2 yang bermuslihat kejahatan'. ------ Kongsikan Jika Perlu'. 

   Salam Ukhuwah dari ana...
 -Penembak Tepat Genuine-
(Aktivis Aman Islam K.Lumpur)


Sunday 27 April 2014

'CARA MELAKSANAKAN HUDUD DI-MALAYSIA'

              Bismilahirahmannirrohim dan Assalamualaikum...'

"CADANGAN CARA MELAKSANAKAN HUDUD DI MALAYSIA" -Bacalah!!

Ana fikir sama ada PAS atau UMNO SEOLAH2 tiada mengetahui soal TATA-CARA perlaksanaan Hukum Hudud di Negara ini. Kedua-dua parti SEAKAN berada dalam KE-KILAFAN tentang HAKIKAT Hudud di sebuah negara seperti Malaysia ini.

Realitinya kedua-dua PIHAK tidak menentang Hukum Hudud MALAH keduanya TURUT BERSETUJU bahawa Hukum Hudud datang dari Allah dan kita hendaklah melaksanakan undang-undang hudud tetapi menurut Tun Mahathir kita hendaklah melaksanakan dengan ADIL kepada orang Islam WAIMA yang BUKAN Islam.

Biar Ana beritahu anta dan sesiapa jua yang membaca artikel ini bahawa semua perintah Al-Quran datang dari Allah bermaksud hanya orang yang mempunyai iman yang kuat akan TAAT kepada Allah (BERIMAN) dan bukan kepada mereka yang mempunyai iman yang LEMAH kepada Allah (ISLAM ATAS NAMA).

Ramai yang TELAH mengucap Dua Kalimah Syahadah, belum MENJAMIN menjadi BERIMAN atau MUSLIM. Ramai yang hanya mengucap Kalimah Mulia di mulut mereka TIDAK BERSERTA ke dalam hati. Hanya mereka yang mengucapkan Kalimah Mulia seiring hati LAYAK dipanggil beriman atau muslim atau mukmin.

Bagi mereka mengucap Kalimah Mulia di mulut dan TIDAK BERSERTAKAN KEIHKLASAN niat hati,mereka hanya BERKATEGORI telah memeluk Islam atau masuk Islam. WALHAL sebenarnya mereka BELUM TENTU Muslim atau Beriman atau Mukmin. Hanya Muslim atau Mukmin sahaja bersedia mentaati segala perintah Allah di dalam Quran. Hanya Allah yang Maha Esa sahaja boleh MENZAHIRKAN Kalimah Mulia kedalam hati kita dan Allah akan masukkan apabila Allah SUKA PADA KITA dan Allah hanya akan suka apabila kita mentaati segala perintahnya bermula dengan perintah pertama dari Allah.

Apakah PERINTAH PERTAMA dari Allah?

Perintah pertama dari Allah BERERTI seseorang mestilah mengucap dan menunaikan hak dua kalimah syahadah. Apakah DEFINASI yang dimaksudkan dengan menunaikan hak dua kalimah syahadah? Mengajak KEBAIKAN dan mencegah KEMUNGKARAN dan mungkar terbesar yang dilakukan oleh manusia adalah mereka tidak mahu menerima kebenaran bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. BAHKAN enggan mengajak kepada kebaikan dengan menunaikan (dakwah) untuk menerima dan mengucap dua Kalimah Syahadah.

Sebaliknya mungkar besar yang dilakukan oleh mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah pula adalah enggan menunaikan HAK sebenar dua kalimah syahadah dan mereka tidak mengerjakan solat yang wajib lima waktu,puasa,zakat dan haji. Malah MENIDAKKAN AMALAN kerja dakwah iaitu kesinambungan dari kerja-kerja yang Nabi TELAH ajarkan.

Secara umumnya ramai yang telah mengucapkan kalimah mulia di seluruh dunia tidak menunaikan hak kalimah mulia dan Allah murka waima zahirnya mereka telah mengucapkannya sejak AZALI, KERANA ternyata kalimah itu  sekadar TERBIT di mulut bukan di dasar hati. NATIJAHNYA bagi mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah IRONINYA telah digelar orang Islam NAMUN bukan berstatus seorang Muslim@Mukmin yang BERIMAN'.

Ana YAKIN bagi mereka yang sekadar bergelar ARANG ISLAM tidak akan bersedia menerima hukuman hudud dan jika di beri PILIHAN, mereka akan memilih undang-undang SIVIL bukannya undang-undang HUDUD.
Kita boleh melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia dengan memberi penjenayah@PESALAH pilihan untuk memilih sama-ada Hukum Hudud atau Hukum Sivil. Hukum Hudud akan menjadi pilihan DIDUNIA bagi orang2 yg BERIMAN atau MUSLIM agar mereka TERLEPAS hukuman di Akhirat kelak'.Bagi orang Islam dan bukan Islam yg TIDAK BERIMAN sudah tentu akan memilih hukum sivil kerana mereka tidak takutkan Allah dan hukuman di akhirat.

Di Malaysia SEWAJARNYA diadakan dua kategori mahkamah yang menjalankan Hudud dan Sivil @ mahkamah Syariah yang ada sekarang DIPERLUASKAN bidang kuasanya.Manakala penjenayah perlu di beri pilihan sama ada untuk di adili di Mahkmah Sivil atau Mahkamah Hudud. Bahawasanya dengan JELAS telah dinyatakan TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM'.

HAKIKATNYA kerajaan juga tidak mampu memaksa rakyat untuk menjadi Muslim atau mentaati perintah Allah. Kerajaan@ sebagai pemimpin Islam perlu memberi GALAKKAN agar majoriti rakyat mendapat HAK kefahaman tentang Islam dan mentaati perintah Allah lantas dalam masa yg sama WAJAR menyediakan suatu sistem @ PRASARANA demi menggalakkan rakyat memeluk Islam dan mentaati perintah Allah. Islam menggalakkan keadilan dan Allah tidak akan membebankan perintah-Nya untuk di taati sekiranya kita tidak mampu menanggungnya.

Allah telah memberikan kita Perintah Pertama dan sekiranya ummat Islam taat pada Perintah Pertama tersebut di-ikuti pula dengan perintah2 seterusnya sudah pasti kita akan diberikan ke-imanan yg kukuh supaya mampu dicontohi oleh golongan NON MUSLIM.
Apabila rangkuman dari golongan2 tersebut telah berjaya diberi KEFAHAMAN tentang KEINDAHAN AJARAN ISLAM, mereka akan bersedia untuk di adili di Mahkamah yang menjalankan HUKUM ALLAH bukan Mahkamah Sivil. Orang2 yg BERIMAN pasti akan TAKUT dan TAAT pada SEGALA perintah Allah bagi mengelak dari mendapat hukuman di akhirat.

P/s:
PERSOALAN KELAK,adakah Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Mat Sabu, Mustafa Ali dan semua ahli PAS@UMNO yang bersungguh-sungguh inginkan Undang-undang Hudud akan memilih Mahkamah yang melaksanakan Hukum Hudud sekiranya mereka terlibat dalam tuduhan jenayah? Disaat itu PASTI Allah akan TUNJUKKAN kepada kita semua apakah diri kita benar2 telah BERIMAN atau sekadar ISLAM DI MULUT semata-mata'.

Wallahua'lam bis'showab...

Yang Turut Terpesan,Terkhilaf Dan Berdosa.......
-Penembak Tepat Genuine @ (Aktivis Aman Islam).

Friday 18 April 2014

BERPOLITIKLAH cara ISLAM bukan BERPOLIMIK menurut SYAITAN !!

'USAH KHILAF LAGI" (Bacalah dengan IKHLAS.)

Setelah MENELITI dan mengkaji segenab hujah2 dan usul para golongan ulamak Mu'tabar, akhirnya dapatlah ana fahami dan akui POLITIK dan ISLAM memang tidak dapat dipisahkan, justeru kerana ia adalah sebahagian daripada CARA HIDUP manusia.

Namun politik yang BAGAIMANAKAH?

Ini yang menjadi persoalan...??? Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik sebenarnya.
Mereka terikut-ikut dengan aliran politik BARAT dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu. Malah mereka marah jika ada pejuang Islam lain yang tidak mahu terjebak...walhal ia merupakan sebuah perangkap musuh-musuh Islam melalui bidang politik tajaan orang-orang kafir @ barat'.

Mengapa ini terjadi?

Ini disebabkan umat Islam tidak pernah didedahkan kepada satu bentuk politik yang bersih, kuat dan stratejik. Kini sudah tiba masanya kita mendedahkan apa itu politik Rasulullah dan bagaimana matlamat serta perlaksanaannya. Jarang benar ketokohan Rasulullah SAW ditonjolkan dalam bentuk bagaimana baginda berpolitik untuk menaikkan Islam di tengah jahiliah. Bagaimana cara baginda itu sendiri memproses peribadi-peribadi yang dulunya menentang Islam? Bahkan setelah itu golongan jahiliah itulah yang menjadi penentu arah cinta dan sanggup mati kerana Islam. Jika rahsia ini terserlah, ertinya semakin cerahlah jalan ke arah mencontohi Rasulullah sebagai ahli politik...insya'allah'.

Politik ialah bagaimana hendak mentadbir manusia mengikut jalan dan matlamat yang telah ditentukan. Politik Islam bercita-cita untuk mendidik dan membawa manusia supaya mempunyai kesedaran, kefahaman, penghayatan dan seterusnya dapat menegakkan SYAHADAH kalimatullah di seluruh bidang kehidupan. Ini dibuat melalui saranan, contoh tauladan, memberi pimpinan dan lain-lain cara yang dibolehkan oleh syariat. Tujuannya agar semua manusia terhindar daripada Neraka dan dapat masuk ke dalam Syurga.

Jadi, inilah garis politik Rasulullah. Dan di bidang ini tiada siapa yang dapat menandingi baginda. Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun secara autokrasi. Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah. Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan. Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain. Ertinya politik Rasulullah ialah politik dari hati ke hati.

Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam.
Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai. Rasulullah sedar hakikat ini. Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang. Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun menjadi pengusaha yang berjaya.

Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada semangat Assobiyah (Nasionalisma). Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji dan kepala perancang seperti Umar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam. Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam. Seorang buruh, petani, peniaga, pentadbir dan semua lapisan masyarakat telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam satu barisan yang mempunyai kegunaan dan peranan masing-masing. Atas dasar ini, jika ada gerakan Islam yang menumpukan perhatian mereka kepada golongan 'elit' dan 'intelek' sahaja, perjuangan mereka sebenarnya telah menyimpang daripada sirah Rasulullah SAW.!

Mari kita lihat secara dekat bagaimana individu-individu (yang mempunyai berbagai-bagai kepakaran) itu dapat diubah daripada membina jahiliyah (dengan kelebihan-kelebihan itu) kepada membina Islam. Sebelum para sahabat diajak menegakkan Islam melalui bidang masing-masing, Rasulullah terlebih dahulu menanam iman di dalam jiwa mereka. Agar dengan itu mereka akan menjadi orang yang cintakan hidup akherat, rindu dengan syurga, gerun dengan neraka dan kasih sayang sesama Islam. Keadaan daripada penanaman iman dan tauhid di dalam hati individu-individu itu, maka lahirlah peribadi-peribadi yang telah berubah wataknya. Dari watak yang bengis dan kejam kepada kasih sayang dan pemaaf. Daripada seorang yang pembohong, jahil dan mengutamakan hawa nafsu kepada seorang yang jujur, berilmu dan menegakkan hukum Allah.

Tegasnya, Rasulullah SAW telah berjaya menukar mereka yang dulunya menyembah berhala kepada menyembah Allah. Mereka yang dulunya terbiar, hidup dalam perhambaan dan terasuh dengan jalan yang salah oleh para pemimpin jahiliyyah kepada satu cara hidup dan perjuangan di mana bakat semulajadi terus dipupuk dan dibajai.
Daripada penanaman iman ini lahirlah ahli fikir yang agung sedangkan dahulu ia adalah peminum arak. Lahirlah pentadbir-pentadbir yang cekap sedangkan dahulunya mereka adalah golongan bawahan yang tertindas. Individu-individu yang dulunya diperhambakan oleh hawa nafsu kini menjadi panglima perang yang gigih berperang menentang orang kafir dan menjadi abid yang sentiasa berzikir. Inilah hasil siasah Rasulullah SAW.

Soalnya sekarang, bagaimana Rasulullah SAW menanam Iman ke dalam jiwa para sahabat? Bagaimana Rasulullah berjaya menukar watak-watak jahiliyyah kepada peribadi mukmin sekaligus dapat menggunakan bakat-bakat mereka untuk Islam? Jawabnya, melalui dakwah dan tarbiah. Untuk itu Rasulullah SAW datang ke tengah masyarakat dengan menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi tunjukajar yang baik, lunak dan menarik, bijaksana, berakhlak serta membina model masyarakat yang disarankan melalui amal makrufat yang memberi menafaat kepada masyarakat.
Dengan ini secara otomatik Islam akan diyakini sebagai cara hidup yang terbaik untuk mengatur kehidupan manusia. Islam nescaya diterima sepenuhnya untuk mengatur dan menguruskan harta, perniagaan sawah ladang, keluarga, kampung halaman, negeri, negara dan dunia seluruhnya.
Apabila Islam diterima untuk mengatur kehidupan maka terbuktilah keindahan dan kegagahannya. Bidang ekonomi ditadbir penuh jujur, cermat, cekap dan mendapat keuntungan yang lumayan . Begitu juga di bidang pertanian, tanaman dan penternakan mendapat hasil yang berkat oleh tangan petani yang beriman. Kampung ditadbir oleh ketua-ketua yang bijaksana sehingga terbinalah kampung seperti mana yang disifatkan oleh Allah Taala di dalam Al Quran:
"Jikalau penduduk-penduduk satu kampung beriman kepada Allah dan bertakwa nescaya sesungguhnya Kami (Allah)akan bukakan ke atas mereka itu keberkatan daripada langit dan bumi."

Begitu juga , Rasulullah SAW berjaya menghasilkan pentadbir-pentadbir peringkat negara sehingga tertegaklah apa yang difirmankan Allah:
"Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan."
Ini lah rahsia politik Rasulullah. Bermula dengan tapak dakwah dan tarbiah yang menanamkan iman didalam hati sanubari setiap individu, sehinggalah keyakinan kepada ALlah, rasul dan hari akherat tergambar dalam sikap dan tindakan. Tahap kedua ialah memupuk bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada individu-individu yang beriman itu dan mula mengatur bidang-bidang yang sesuai supaya bakat mereka terus berperanan. Akhirnya mulalah satu bentuk kehidupan Islam yang menyeluruh dapat dilihat dan dirasakan oleh masyarakat. Kemudian dengan sendirinya Islam akan diakui sebagai satu-satunya agama yang mampu mengatur hidup manusia. Ertinya politik Islam bermula daripada mentadbir diri, keluarga kemudian membina cara hidup Islam di seluruh aspek kehidupan samada di bidang pertanian, perniagaan, perubatan, pendidikan dan akhirnya sampailah ke peringkat mengatur negara dan dunia!

Bentuk politik yang beginilah yang wajib ada dalam gerakan Islam. Dan siapa yang menolaknya, ertinya ia telah memisahkan agama daripada politik. Politik tidak boleh difahami secara dangkal mengikut kefahaman setengah-setengah pihak. Politik bukanlah sekadar mengundi dalam pilihanraya "ala-demokrasi" Barat, bukan sekadar mendaftar sebagai anggota mana-mana pertubuhan politik atau sekadar mahu dan bercita-cita untuk menjadi anggota parlimen dan lain-lain lagi. Jika fahaman-fahaman ini masih berakar umbi dalam kepala kita...ini bererti kefahaman politik kita masih sekular, masih politik yang terpisah dari agama yang pada hakikatnya masih jauh daripada politik Rasulullah SAW.

Wahai saudaraku ikhwan sekalian...

Secara terus terang kita ingin bertanya, adakah ahli-ahli politik beragama Islam sekarang mengikut jejak politik Rasulullah? Tidak sama sekali ! Kebanyakan ahli politik pada hari ini mencedok bulat-bulat politik demokrasi Barat yang penuh dengan rebutan kuasa, guling mengguling dan tidak pernah sunyi dengan pertarungan sesama sendiri.

Mengapa ini terjadi?
Ini disebabkan politik Barat mempunyai satu matlamat iaitu kuasa. Dengan kuasa mereka yakin dapat mengatur hidup manusia mengikut lunas-lunas ideologi yang mereka yakini. Kapitalis dahagakan kuasa untuk melagang cara hidup kapitalis, pemuja faham sosialis inginkan kuasa untuk menyusun masyarakat berdasarkan cara hidup sosialis... tetapi Islam tidak menganggap kuasa sebagai satu-satunya jalan untuk menegakkan cara hidup Islam. Ertinya pejuang Islam tidak perlu mencontohi pejuang Nasionalis, kapitalis, sosialis, kominis yang menganggap kuasa adalah penentu segala-galanya.

Atas dasar ini, politik Rasulullah SAW bukan politik yang bertujuan untuk mendapat kuasa. Rasulullah berjuang terhadap orang kafir bukan hendak meruntuhkan kuasanya, tetapi hendak meruntuhkan akidah dan keyakinan yang karut marut dalam jiwa mereka. Mereka boleh duduk pada tempat masing-masing . Bila akidah dan keyakinan berubah, berubahlah akhlak, sikap dan pentadbiran. Sejarah telah membuktikan kejayaan politik Rasulullah ini, Khalid Al Walid pada masa jahiliyyah adalah panglima tentera yang menggugat tentera Islam, manakala beliau memeluk Islam, beliau tetap dikekalkan sebagai panglima tentera. Saidina Umar, pada masa sebelum Islam adalah seorang pembesar Quraisy, manakala memeluk Islam, beliau tetap dianggap Rasulullah SAW sebagai pembesar juga. Begitulah juga yang berlaku kepada saudagar besar dan ketua-ketua suku Arab seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Sufian, Amru Al As dan lain-lain lagi. Mereka tetap duduk dan terus berperanan dengan bakat masing-masing...cuma hati dan jiwa sahaja yang telah diubah!

Alangkah baiknya jika siasah Rasulullah SAW ini dicontohi oleh para pejuang Islam sepanjang zaman, iaitu dengan menawan hati bukan menawan kerusi,
mengubah jiwa bukan merampas kuasa.
Malangnya ini tidak berlaku. Bahkan ada pihak yang bertanya, adakah akan berjaya jika kita mengikut siasah Rasulullah? Sampai bila kita harus menunggu untuk menawan hati dan mengubah jiwa manusia? Soalan-soalan ini jelas menunjukkan
sikap gopoh, tidak faham dan lemah jiwa.
Jika orang bertanya, akan berjayakah kalau kita ikut cara Rasulullah berpolitik?
Soalan ini samalah seperti kita bertanya adakah kita akan berjaya jika kita mengikut Rasulullah di bidang perniagaan? Jawabnya, Rasulullah memang berjaya. Tidak ada catitan sejarah yang menunjukkan Rasulullah "muflis" dalam perniagaannya, sedangkan selama kita mengikut sistem perniagaan dan ekonomi Barat berapa ramai yang jatuh muflis? Berapa banyak hutang negara kita? Berapa ramai taukeh-taukeh besar bertukar menjadi banduan sekelip mata? Berapa banyak tanah yang dicagar di bank tergadai? Inilah jawapan kepada orang yang mahu mempertahankan sistem ekonomi Barat.
Dan inilah juga yang akan menimpa jika kita terus menafikan sistem politik Rasulullah. Kejayaan Rasulullah di bidang siasah telah jelas dan siapa yang menurut jejak langkahnya, InsyaAllah akan turut berjaya. Tanpa bersusah-susah memerah otak untuk mencari punca krisis politik yang menimpa dunia hari ini, akui sahajalah kerana kita menolak sistem politik Rasulullah.

Tahukan anta semua..??

Sukarno terperangkap dengan permainan politiknya sendiri dan akhirnya mati sebagai tahanan di dalam rumahnya sendiri. Benn Bella digulingkan dan disumbatkan di dalam penjara. Sadat ditembak dan mati terhina di muncung senjata perajuritnya sendiri. Dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam yang telah, sedang dan akan jatuh terhina akibat berpolitik cara Barat iaitu cara politik yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW.

Malah pejuang-pejuang Islam yang benar-benar ingin menegakkan Islam tetapi masih menerima jalan politik Barat pun, turut terhina dengan kekalahan sehingga detik ini'.

Politik berpilihanraya ala-barat bukanlah politik yang dicetuskan oleh sunnah. Cara ini menyeret orang yang tidak tahu menahu dalam pemerintahan seperti orang kampung, para petani, para nelayan ke kancah politik yang penuh tipu daya dan putar belit.....
Memang mereka boleh berhujah dengan kata-kata, "Politic is not dirty, but politicians make it dirty," tetapi kita tidak pernah melihat kejujuran dihargai dalam politik. Memang ada ahli politik yang jujur, tetapi politik bukanlah satu medan yang mana orang jujur boleh bertahan lama!!
Sebab itu kita ingin menyatakan bahawa," Politic is a dirty game, the politicians make it dirtier," Sudah lumrah mengikut falsafah politik barat, matlamat menghalalkan cara. Sedangkan mengikut politik Islam, matlamat yang benar mesti diperjuangkan mengikut jalan yang benar. Dan Islam menolak jalan perjuangan yang salah walaupun cita-cita dan matlamatnya baik.
Inilah politik barat. Satu bidang yang memang ada jurang yang dirancang di hujungnya. Mahu tidak mahu, kita "terpaksa" jatuh ke dalamnya. Oleh itu kita mesti menolak 100% matlamat, kaedah dan apa saja yang berkaitan dengannya. Menerimanya bererti menjemput kehinaan. Bertolak ansur dengannya bererti rela menerima kemusnahan. Sekarang timbul persoalan, siapakah ahli siasah yang sebenarnya?

Ahli siasah yang sebenarnya ialah dia yang dapat merancang, bertindak dan berjuang menegakkan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'. Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam. Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting" dalam pemerintahan Islam. Sebab itu bukanlah mustahil jika ada pejuang Islam yang mampu mengubah tokoh-tokoh politik yang sedang berkuasa sekarang kepada cara pemerintahan dan pentadbiran Islam. Sekali lagi, kita katakan....Ini tidak mustahil!!!
Tetapi kenyataan ini akan menimbulkan isu kontravesial terutamanya di kalangan parti-parti politik yang bercorak Islam. Apa yang dilakukan oleh parti-parti ini bukanlah hendak menawan hati lawannya dengan menanam iman dan takutkan Allah, tetapi hendak menawan kedudukan dan kerusi-kerusi kebesaran mereka. Sebab itu tidak hairanlah jika datang tentangan yang hebat dari lawan mereka dan timbul tuduhan-tuduhan daripada masyarakat Islam yang mengatakan mereka inginkan pangkat dan kedudukan, bukan hendak meninggikan syariat Islam.

Lebih-lebih lagi , parti-parti politik ini suka mencari kesalahan parti musuhnya, kemudian ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini bukan cara politik Rasulullah dan ini menyimpang terus dari ajaran Islam. Jika kita terus menerus mengamalkan cara ini, percayalah, perjuangan kita tidak akan sampai ke mana, orang semakin hari semakin lari dan benci kepada kita. Akibat daripada ini, kita tuduh masyarakat lari dari Islam, walaupun yang sebenarnya mereka lari daripada kita. Sebaliknya di pihak masyarakat pula , mereka menganggap Islam itu ganas, kasar dan menyusahkan sedangkan yang sebenarnya ahli politik itulah yang bersikap demikian, bukan ajaran Islam!

Pengalaman-pengalaman yang kita telah alami, terutamanya peristiwa-peristiwwa pahit yang melanda masyarakat Islam akibat perebutan kuasa sepatutnya telah lama mengajar kita bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk kembali kepada sistem politik Rasulullah. Masyarakat sepatutnya dapat menilai politik yang mana yang dapat memberi kebahgiaan dan keamanan untuk negara. Apakah kita masih mahu mempertahankan sistem politik yang menimbulkan huru-hara? Atau mulai saat ini kita menerima politik Rasulullah yang telah terbukti berjaya?

Terpulanglah kepada masyarakat utk menimbangkannya.
Wallahua'lam bishowab'. Sesungguhnya bani Adam itu PASTI berdosa".
Maka sewajarnya kita kembali BERTAUBAT dan SALING MEMAAFKAN.

 Yang Turut Pernah Terkilaf:
-Aktivis Aman Islam@Penembak Tepat Genuine-
http://penembaktepat1.blogspot.com/2013/11/bertimbanglah-dengan-adilberhujahlah.html