Friday 15 November 2013

BERTIMBANGLAH DENGAN ADIL,BERHUJAHLAH DENGAN DALIL (Usah Hanya Persepsi Benci.)


'PERSEPSI'
Salam ukhuwah atas persaudaraan islam...maaf dihulur senyum ditabur!
Saya bukanlah seorang pakar politik atau seorang ilmuan islam...saya hanya sekadar ingin turut sama berkongsi akal pemikiran dari sedikit ilmu yg tuhan kurniakan...saya hanya rakyat biasa yg tak lari dari kesalahan! Alhamdulilah,syukur kita masih bernyawa dan masih boleh berbicara...Saya rasa turut terpanggil bila melihat semakin ramai rakyat berdegil dan semakin banyak suara2 yg mengigil!

Saudara,
"KALAU MAKANAN HARI INI TIDAK SEDAP, JGN MENGELUH...LIHATLAH ORG LAIN YG TIDAK MENDAPAT WALAU SESUAP PUN MAKANAN"...berfikirlah dgn cara bersyukur! Jgn kita terlalu emosi mendengar gendang dipalu...mendengar kompang ditabu! Sampai bila kita ingin terus membenci? Dan siapa sebenarnya yg kita benci? Menang jadi arang kalah jadi abu...carilah udang dibalik batu bkn batu dibaling tangan berpaling!

Dlm islam kita diajar supaya "BERLAPANG DADA BERBAIK SANGKA SESAMA KITA". Sedih saudara, teramat sedih melihat bangsa saling menuduh,mencerca,menghina,mengarut malah mencarutkan anak bangsa sendiri! Astargfirullahalazim..! marilah kita semua beristigfar,bermunajad dan bermuafakat...cukup setakat ini! nokhtah! Mari kita cari TITIK PERSAMAAN. Saudara, Nabi pernah berpesan" ANDAINYA NANTI ADA DIANTARA KAMU BERSELISIH PENDAPAT,MAKA KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN HADITH". Ini kerana tak lain tidak bukan semuanya ada dlm Al-Quran Nur Karim(kitab penuh MUKJIZAT). percayalah saudara! jangan terkejut! semuanya ada dlm Al-Quran...hinggalah bagaimana memilih pemimpin? "ANDAI KAMU INGIN MEMILIH PEMIMPIN (DLM ISLAM)..PIHAK YG KALAH HARUS PERGI KEPADA PIHAK YG MENANG AGAR TIADA PERPECAHAN ANTARA KAMU(UMAT ISLAM).

Soal pemimpin yg terpilih itu berlaku tidak adil,rasuah,kroni,nepotisme dan mcm2 lagi kecurangan, itu soal dia dgn Allah kelak..dia akan dipersoalkan diakhirat nanti..tak perlu utk kita bercakaran dan bermusuhan! Islam tidak sesekali mengajar kita bermusuhan walaupun dgn mereka yg bukan islam sekali pun..kita telah diajar utk menghormati pihak lain dan kita seharusnya menunjukan contoh dan teladan yg baik kpd mereka yg bukan islam bahawa ajaran islam itu suci lg indah..malah kita disuruh mendoakan agar mereka peroleh hidayah dan kesedaran walau mereka itu memusuhi kita sekali pun! sungguh tinggi dan berdarajat mulia ajaran islam itu sebenarnya...masyaallah,subhanallah,walhamdulillah'.

Saudara,
Siapakah diri kita utk menidakkan keislaman org lain, apalagi utk kita mengkafirkan mereka yg telah islam! na'uzhubillahhiminzalik...! walhal mereka yg bkn islam sekali pun, apakah kita layak utk mengkafirkan mereka? apakah selain dari islam itu kafir? apakah hanya islam kesyurga dan mereka semua itu keneraka? sedangkan sebelum hadirnya islam agama yg sempurna ini,(1433 tahun) yg lampau mereka telah pun berkitabkan zabur,taurat,injil yg juga dibawa nabi2 allah dan juga nabi yg turut wajib kita yakini! (keculi setelah datangnya islam kepada mereka lalu mereka tidak mengimani) barulah blh dikatakan KAFIR.

Saudara,
Janganlah berfikir begitu sempit,taksup dan sebegitu mudah utk kita mengeluarkan fatwa,kerana andai ada diantara mereka menguna pakai apa yg kita fatwakan, maka berdosa besar hukumnya! Marilah kita semua beristigfar!

Saudara, Sesungguhnya tiada mahluk yg sempurna diatas muka bumi ini, malah seluruh alam ini kecuali Allah Subhanawataalla...Sedangkan ketua para Malaikat pun masih melakukan kesilapan..lihatlah dahulu tatkala Allah menjadikan IBLIS sebagai (ketua para malaikat) ia pun gagal mempertahankan iman, inikan pula kita sebagai manusia yg diciptakan dgn penuh dugaan! subhanallah...kerdilnya kita dimuka bumi ini.

Saudara, Percayalah tiada satu pun kerajaan diatas muka bumi ini yg dapat memerintah sesebuah negara dgn sempurna, apatah lg utk memberi keadilan yg saksama kepada seluruh rakyatnya...mustahil saudara! amat mustahil! kecuali dgn izin Allah Swt. Apalagi sesebuah negara seperti Malaysia bumi bertuah ini yg tentunya mempunyai berbilang bangsa dan agama masing2...memang sukar sebenarnya! Tetapi kita patut bersyukur dan berterima kasih kerana sehingga saat ini negara kita tetap aman dan rakyatnya tetap masih boleh hidup dlm keadaan makmur dan selesa berbanding bepuluh2 malah beratus2 lg negara2 lain didunia ini...alhamdulillah syukur atas nikmat Allah yg dikurniakan keatas kita semua!

Namun, aneh dan musykilnya yg masih menjadi persoalan dlm diri saya..mengapa masih ada lagi antara mereka yg terus mempertikaikan,mempersoalkan malah cuba memusnahkan apa yg telah kita capai dan yg telah org2 terdahulu berpenat lelah usahakan bg mendapatkan hasil sebegini nikmat dan membanggakan!? Ya"mungkin saja sememangnya ada pihak2 yg masih tidak berpuas hati dan cuba meluahkan dgn cara yg lebih radikal diatas kesilapan dan kealpaan pemerintah saat ini...itu pasti terjadi,tetapi mengapakah dgn cara yg sebegini rupa? tidak ada cara yg lebih baik lagikah atau saja sememangnya bangsaku ini suatu bangsa yg mudah lupa? ataukah sememangnya bangsaku ini suatu bangsa yg mudah diperkotak-katikan dan mudah diperovokasi oleh pihak2 luar yg iri hati dgn kemajuan yg telah dicapai?

Apa yg paling menghairankan, apakah wajar tindakan kita utk terus menghukum dan menghancurkan sesebuah kerajaan yg sememangnya tidak mungkin sempurna dlm pemerintahanya? Bukankah lebih baik kita perbetulkan shj kerosakan itu daripada kita terus menghukum dan menidakkan terus kekurangan dan kepincangan itu? Berfikirlah saudaraku! jadilah sebuah bangsa yg bersyukur dan lebih rasional dlm membentuk jati diri dan ukhuwah sesama kita umat islam.

Jadilah umat yg bertamadun dan berfikiran terbuka. Kenanglah jasa2 mereka terdahulu yg bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara kita hingga kesaat ini...bersyukurlah kita menjadi warganegara yg penuh wawasan...perhati dan telitikanlah!?

Andainya seluruh bangsa melayu dan umat islam di negara ini bersatu hati, apakah ada pihak yg berani menggugat kedudukan dan ketuanan bangsa kita? apakah ada pihak yg berani menjerit meminta betis setelah mendapat peha? apakah ada pihak yg berani mencabar kesucian agama kita? apakah ada pihak yg berani mengugat kedudukan tahta raja2 kita? Semestinya kita harus sedar dan merenung kembali,apakah tindakan kita selama ini betul? Apakah sememangnya kita telah dipandu oleh anasir2 yg berniat jahat tanpa kita sedari? Apakah pemikiran kita telah diracuni saat kita didendangkan wayang tongkol?

Apakah kita selama ini hanya ada PERSEPSI,PERSEPSI,PERSEPSI yang hanya PERSEPSI negatif dan PERSEPSI buruk yg turut diburukan sama oleh PERSEPSI dari mereka yg dengki dan takut dan bimbang dgn pencapaian dan kedudukan bangsa kita dan agama kita, islam yg kita cintai ini? Atau saja mereka sengaja mahu mengkucar-kacirkan dgn menanam kebencian diantara kita tanpa kita sedari???

Saudaraku,
sadarlah! siapakah selama ini yg bodoh dan terus diperbodohkan? Siapakah selama ini yg jahil lg menjahilkan? Ingatlah saudaraku akan pesan jujungan kita Nabi Mohamad Saw: Bahawa diakhir zaman akan ada golongan yg mengaku diri mereka sebagai ulama (bijak pandai) yg sesat lagi menyesatkan!

Fitnah Dajal itu sgt besar dan terancang, sehingga akan ada golongan mereka yg teguh imannya tersesat tanpa mereka sedari! nahuzubillah! minta dijauhkan! Dajal juga dikatakan akan mengunakan org2 islam utk menjatuhkan org2 islam itu sendiri.

Akhir kata dari saya yg hina ini,berhati-hatilah anda utk meletakkan undi,kerana meletakkan undi seperti anda meletakkan sebelah kaki disyurga dan sebelah kaki dineraka...kecuali sekiranya kita mengundi utk umat islam yg menentang kafir, itu menjadi wajib dan pastinya boleh jadi berdosa jika tidak memberi sokongan! Allahuallam!
Kata2 hikmah: TAHU TAK SEMESTINYA FAHAM,FAHAM TAK SEMESTINYA TAHU!

-Penembak Tepat@Aktivis Aman Islam@UnSeenMan-
(Bekas Aktivis Reformasi 1998-2008.) @CAP780219.
Wallahualam bissawaf...

Monday 9 September 2013

SEMUT HITAM DIATAS BATU HITAM DIKALA MALAM

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah (ayat 51)...


'Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu...persoalannya adakah Allah Swt bercakap mengenai SEMUA Yahudi dan SEMUA Kristian? Atau Allah bercakap mengenai sebahagian Yahudi dan sebahagian Kristian? Ayat Al-Quran sebenarnya telah menJAWAP PERSOALAN ini...

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan hubungan persahabatan dengan Yahudi dan Kristian,malah ada dalil tentang LELAKI Islam yang dibolehkan berkahwin dengan PEREMPUAN Kristian (AHLI KITAB) walaupun masih terdapat sedikit (KHILAF) ulamak tentang hal ini.


Dan secara jelasnya, ayat Al-Quran (Al-Maidah ayat 51) diatas ada menyebutkan mengenai hanya kepada SEGELINCIR Yahudi dan Kristian...dan bukan dimaksudkan kepada semua orang Yahudi dan Kristian.


Jika begitu, golongan Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan dimana umat Islam dilarang daripada meneruskan hubungan persahabatan atau menjadi sekutu mereka?


Jawapannya ada terdapat dalam surah tersebut, JANGAN jadikan orang Yahudi dan Kristian sebagai rakan atau sekutu, yang mana mereka itu adalah RAKAN dan SEKUTU sesama mereka.


Emmm sekejap... menurut apa yang saya pelajari,Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama mereka pun...TIDAK PERNAH dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang Yahudi melakukan jenayah yang PALING besar, yakni...membunuh tuhan mereka. Itu adalah jenayah terbesar MEMBUNUH TUHAN. Mereka orang Yahudi menyalib tuhan mereka (orang Kristian.) Malah kesannya telah selalu timbul kemarahan,kebencian dan permusuhan diantara orang Kristian dan Yahudi.


Jadi ayat Al-Quran ini telah membongkarkan sesuatu pada 1400 tahun dahulu ditanah Arab. Ayat Al-Quran ini telah menyatakan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah yang akan menyaksikan sesuatu yang aneh,pelik,misteri dan menjadi tanda tanya...diatas tuduhan diantara orang Kristian dan Yahudi...dan diatas kewujudan jalinan persahabatan Kristian-Yahudi akan wujud...1400 tahun Allah berfirman tentang ini...dan akan berlaku.


Dan apabila ia berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu...untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka, keISLAMan anda akan hilang.


Sudah wujudkah perikatan ini?


Ya, ketika kita sedang minum teh tarik dan berborak-borak...sebuah perikatan yang misteri antara Yahudi-Kristian telah muncul di Eropah. Semasa kita sedang belajar ekonomi dan politik di universiti...satu pakatan misteri antara Yahudi dan Kristian telah muncul. Pakatan Yahudi-Kristian itu...telah ada dan dihantar kedunia... itulah yang mereka gelar sebagai 'TAMADUN BARAT MORDEN'.


Sekarang anda telah tahu Yahudi-Kristian tidak pernah bergabung pun dalam sejarah. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yg amat pelik dan misteri...dan tahukah anda KENAPA?


Kerana HAKIKATnya mereka bukanlah YAHUDI atau Kristian...mereka adalah puak2 sesat PENYEMBAH SYAITAN. Pengamal sihir-sihir kuno yang dijumpai dari peninggalan BANI ISRAEL.


Wallahua'lam Bis'showaf.


P/s- Marilah kita segera beralih dan melihat kepada isu yg lebih besar...bukan hanya sekadar bercakaran dimana2 hanya kerana sebuah fahaman politik sempit setiap hari. Nabi pernah berpesan bahawasanya Dajal akan mengunakan orang2 Islam itu sendiri bagi cubaan mereka menghancurkan Islam agama suci ini...Na'uzhubillah'.


Perancangan mereka begitu licik dan amat teliti...ibarat...

'SE-EKOR SEMUT HITAM YANG DUDUK DIATAS BATU HITAM DIKALA MALAM'.

Marilah kita saling BERSILATURROHIM sesama kita...hindarkan sifat keCANDUan dan ke-TA'ASUBan politik kedunia'an...kembalilah berSALAM-SALAMan sesama ISLAM'.


'Yang Turut Menasihatkan Dirinya'

-PenembakTepatGenuine@Cik An KL-

Kenapa Islam sembah bangunan(Ka'bah)?

Kenapa orang Islam menyembah Ka’bah, bangunan bertutup kain hitam itu? Ini pertanyaan yang kadang dilontarkan orang. Bahkan orang Islam pun kadang2 ada yang bertanya demikian. Dan banyak yang tidak mampu menjelaskan kenapa begitu. Padahal jawapaannya jelas bahwa yang disembah  adalah Allah, bukan Ka’bah. Untuk memperjelas jawapan itu, dibawah ini ada ilustrasi Tanya jawab tentang hal itu:

Kenapa Orang Islam Menyembah Ka’bah ?

“Kenapa orang Islam menyembah bangunan kain hitam itu?"

"Oh .... itu Ka’bah atau nama lainnya Baitullah "

"Baitullah itu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah, maknanya Rumah Allah"

"Apakah Allah ada didalamnya?"

"Tidak ....."

"Jadi, kenapa menyembah bangunan itu kalau Allah tak ada dalamnya?"

"Yang saya sembah bukan bangunan itu .."

"Kamu menyembah apa?"

"Saya menyembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan itu?"

"Saya Menghadap saja ke arah Ka'bah tetapi saya tidak menyembah Ka'bah .."

"Bukankah kamu sujud ke arah Ka'bah, artinya kamu sembah Ka'bah lah .."

"Kamu pernah lihat pertandingan bola di TV?"

"Pernah ...... selalu .."

"Kamu lihat tv atau lihat pertandingan bola?"

"lihat pertandingan bola lah .."

"Di mana?"

"Dalam tv lah .."

"Coba buka tv itu, lihat di dalamnya ada stadium dan pertandingan bola atau tidak .."

"Memang tidak ada .. tapi itu kan gambarnya ada .. "

"Bukalah tv itu, lihat ada tak gambar pertandingan bola di dalamnya .."

"jadi. ..?"

"Artinya kamu lihat tv, bukan pertandingan bola .. betul tak? "

"Tidak .. aku lihat pertandingan bola lah melaui tv itu .. "

"Aneh. .."

"Kenapa aneh?"

"Ya lah, kamu dakwa lihat pertandingan bola, sedangkan aku lihat dalam tv itu tak ada apa-apa .. yg ada hanya kabel berselerakkan .. "

"Memang dalam tv itu ada banyak kabel, tapi tv itu menayangkan gambar-gambar pertandingan bola di dalamnya .."

"Hemmm .. jadi nggak aneh kah ini ..? "

"Ya .. tak aneh .. "

"Jadi tak aneh jugalah aku sujud ke arah Ka'bah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Ka’bah tak ada Allah .. "

Ka'bah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan kesatuan ummah. Fakta sebenarnya, orang Islam tidak menyembah Ka'bah, sedangkan Ka'bah sendiri adalah makhluk Allah SWT. Orang Islam adalah menyembah Allah SWT yang Maha Esa. orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya ke Ka'bah untuk menunjukkan kesatuan dan kekuatan.


Mari kita bayangkan orang yang sholat di atas pesawat, apakah dia harus membungkuk untuk menghadap Ka'bah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan harus menghadap Ka'bah pada awal shalat saja. Jika pesawat itu berputar ke arah berlawanan Ka'bah, orang yang shalat itu tidak perlu lagi memutar ke arah Ka'bah. Shalatnya sudah sah meskipun tidak menghadap Ka'bah. 

Wallahu'alam. 


Tuesday 3 September 2013

“Ada apa dengan Suriah?”


“Ada apa dengan Suriah?”

Maka dijawab, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,  “Barang siapa yang tidak peduli dengan urusan kaum muslimin maka bukanlah golongan kaum muslimin.” (HR. Muslim).

“Seorang mukmin dengan mukmin lainnya adalah bagaikan bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan lainnya.” (HR. Al-Bukhari).

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam.” (HR. Muslim No. 2586).

Kerana kita semua muslim Alhamdulillah, karena kita beriman kepada Allah Ta’ala. Karena Qur’an kita satu, Tuhan kita satu, syariat kita satu, tidak ada sekat dan pembatas yang menghalangi kita. Bukan karena nasionalisme dan kolonialisme yang telah memisahkan kita. Semua itu akan menjadi sampah sejarah dan umat ini akan kembali menjadi umat yang satu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Lalu kenapa mesti Suriah? Karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam  telah menguraikan keutamaannya, tidakkah kalian dengar hadits tentang akhir zaman?

Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Akan ada nanti tentara yang berjuang di Syam, tentara yang berjuang di Iraq, dan tentara yang berjuang di Yaman.”  Rasulullah ditanya, “Kemanakah saya harus bergabung? “.. Pergilah ke Syam.” (HR. Abu Dawud).

Dalam riwayat lain: “.. Sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya di negeri tersebut.” (Shahih Tirmidzi).

Segala keberkahan ada di negeri tersebut, inilah Syam.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya saya melihat seakan-akan tonggak al-Kitab telah tercabut dari bawah bantalku. Maka, aku mengikutinya dengan pandanganku. Tiba-tiba terdapat cahaya terang-benderang yang mengarah menuju Syam. Ketahuilah, sesungguhnya iman, apabila telah terjadi beragam fitnah, berada di Syam.” [HR. Ahmad No. 21781, Shahihut-Targhib wat-Tarhib, no. 3092].

Syam, kita biasa melihat seperti negeri lain pada umumnya. Negeri kaum muslimin yang tentram, negeri yang biasa-biasa saja. Sekarang lihatlah revolusi yang terjadi disana, Allah Ta’ala menyiapkannya untuk hal lain, perhatikanlah slogan-slogan mereka: “Kami hanya memiliki-Mu ya Allah, kami hanya memiliki-Mu. Seluruh dunia meninggalkan mereka, semua meninggalkan.. Sehingga mereka sadar bahwa tidak ada kemenangan kecuali dari Allah, slogan mereka : “Hasbunallah wa ni’mal wakiil.. Cukuplah Allah bagi kami dan Dia sebaik-baik penolong.”

Negeri mereka akan berubah kearah kebaikan yang akan diberikan Allah. Allah Ta’ala menginginkan kebaikan untuk umat ini, penundaan kemenangan..  saya memandangnya sebagai kebaikan. Kebaikan untuk umat ini, kita tidak mengetahui apa yang Allah persiapkan untuk negeri ini. Setiap tetes darah akan memberkahi negeri ini, semakin menyuburkan tanahnya.

Allah Subhanahu wa ta ‘ala berfirman, “Janganlah kamu mengira orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (QS. Ali Imran: 169).

Revolusi di Libya, Tunisia, Mesir dan Yaman adalah revolusi yang berkah, tapi sifatnya perjuangan lokal. Tetapi yang terjadi di Suriah berada ditangan umat bersama, era baru untuk umat ini. Memang benar, apa yang terjadi di negeri-negeri tersebut adalah babak baru untuk umat ini. Tapi yang terjadi di Suriah adalah babak yang berbeda.

Pertama, ini adalah peperangan untuk eksistensi umat ini, dan dengan izin Allah kita akan menjadi umat yang eksis kembali.

Kedua, akibat tragedi  Suriah.. dan saya ingatkan kalian kalimat ini, akan ada perubahan besar menunggu umat ini. Imbas kemenangan Suriah dan kebangkitan umat.. sekali lagi di Suriah, dan kejayaan umat akan kembali di Suriah.. perubahan besar akan terjadi. Dominasi kekuatan akan berubah, dan semua kejahatan super power akan berakhir. Rencana besar yang diinginkan musuh untuk umat ini akan diberantas, dengan izin Allah. Ini jawaban pada mereka yang bertanya “Kenapa mesti Suriah?” mereka tidak memahami bahwa Suriah akan mengubah sejarah umat atas izin-Nya.

Syam berdasarkan sejarah adalah negeri yang terdiri dari beberapa negara saat ini, yaitu : Suriah, Palestina, Yordania dan Libanon. Jadi yang dimaksud negeri Syam dalam literatur sejarah Islam adalah wilayah dalam empat negara ini, dan Damaskus adalah ibukotanya.  Tapi sayang wilayah ini sekarang telah terpecah menjadi empat negara sebagai dampak dari imprealisme barat di masa lalu.

Negri Syam pada umumnya diberkahi oleh Allah Azza wa Jalla, terbukti banyak dari kalangan para Nabi ‘Alaihimussalaam yang lahir dan tinggal di sana. Tanahnya yang subur dengan berbagai hasil buminya terutama zaitun hingga sekarang terasa. Termasuk Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, telah diperjalankan oleh Allah ke sana (Baitul Maqdis) sebelum menuju sidratul muntaha; sebagaimana dalam kisah isra’ mi’raj yang masyhur. Dalam salah satu ayat dinyatakan yang maknanya “…..yang kami berkahi di sekelilingnya…” (QS, Al-Isra’: 1).

Para mufassirin menyatakan tentang negri Syam pada umumnya dan mengenai kota Al-Quds di Palestina khususnya bahwa Allah menjadikan di sekelilinganya barakah bagi penduduknya dalam kehidupan, perbekalan, pertanian dan cocok tanam1. Di sekelilingnya banyak pohon dan sungai serta kesuburan tanah yang terus menerus2.

Sementara dalam hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah menyatakan: “Ya Allah berkahilah kami yang ada di kota Madinah, berkahilah dalam takaran kami (sha’ dan mud), berkahilah Yaman dan Syam kami. Kemudian beliau menghadap kearah matahari lalu bersabda: Dari sini muncul tanduk setan, dari sini terdapat goncangan dan fitnah. (HR. Ahmad dan Al-Bukhari) ”3

Bahkan hingga akhir zaman pun terdapat nash berupa hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang menyatakan bahwa Nabi Isa Alaihissalam akan Allah turunkan pada akhir zaman di manaar al-baidha’ di Damaskus dan manusia dibangkitkan dan dikumpulkan di bumi Syam4.

Kondisi Syam [Suriah] Sekarang

Semenjak bulan Maret 2011 yang lalu hingga saat ini, negeri Syam atau khususnya Suriah sedang terkoyak. Siapapun yang melihat tragedi disana  dan yang menimpa kaum muslimin sunni di sana pasti akan mengelus dada dan tak kuasa untuk menahan air matanya. Mereka dibantai, dan yang membantai dari kalangan mereka sendiri. Kaum sunni yang tadinya merupakan mayoritas penduduk negeri itu di siksa dan dianiaya disebabkan karena aqidah yang pertama sebelum karena sebab politik. Kaum Syi’ah yang merupakan minoritas penduduk negeri itu mendapat dukungan dari Iran (yang notabenenya adalah negara syi’ah terbesar). Hanya saja kalangan Nushairiyah yang ada di sana menjadi kuat karena presidennya mendukung mereka.

Mengenai sebab dikuasai Suriah oleh kaum Nushairiyah karena ahlussunnah di sana tidak peduli terhadap urusan ini, mereka berselisih diantara sesamanya dan musuh mengambil manfaat dari keadaan ini. Padahal ahlussunnah di Suriah mereka berjumlah 86 % dari penduduk, sementara yang lain 6% dari kaum Nashara dll. Telah tercatat bahwa pada tahun 1982 di Suriah juga terjadi pembantaian sebanyak 45.000 orang di masa pemerintahan ayahanda presiden mereka sekarang Hafidh Al-Asad. Tadinya penduduk Suriah berharap anaknya akan menjadi pemimpin yang bijak dan arif tidak sebagaimana ayahnya, namun sebagaimana pepatah kita mengatakan ”Buah tidak jauh dari pohonnya” sementara pepatah Arab mengatakan: ma fil aabaa’ fil abnaa’ “Apa yang dimiliki orang tua berupa watak, akan menurun pada anaknya”. Bassyar sebagai presiden sekarang ini tidak hanya menelan korban jiwa yang selama ini terjadi untuk mempertahankan kekuasaannya, namun bangunan-bangunan juga menjadi hancur bahkan masjid-masjid pun tak terhindarkan menjadi sasaran mereka. Mushhaf Al-Qur’an yang suci pun mereka nodai dengan merobek atau mengotorinya serta mencampakkannya di tempat sampah atau tempat najis lainnya.

Semoga Allah ‘Azza wa Jalla membalas perbuatan keji para syi’ah dan kuncu-kuncunya… menghancurkan dan meluluh-lantakkan barisan yang berniat menghancurkan Islam dan kaum muslimin. Hasbunallah wa ni’mal wakiil.. Semoga Allah Jalla wa ‘ala menolong dan memenangkan perjuangan para mujahidin di negeri Syam, baik di Suriah dan Palestina.. Amien...

Saudara dari Malaysia
-Cik An Pontian-

Antara HUDUD dan DAKWAH?


Diantara MENGHUKUM dan MENDAKWAH mana yg WAJIB diDAHULUKAN??
MENGKAFIR dan MENCEGAH KEMUNGKARAN mana yg patut di-UTAMAKAN??
Jika MATLAMAT hidup sekadar mengisi PERUT dan BAWAH PERUT, lebih baik jadi HAIWAN...haiwan jika mati jadi TANAH. Manusia yg langgar perintah Allah jika mati terhumban ke NERAKA.

Tujuan manusia dicipta adalah supaya membawa KEMAKRUFANdanmencegah KEMUNGKARAN'.
Dan KEMUNGKARAN terbesar UMAT ISLAM hari ini adalah saat kita tidak mampu BERKUTIK utk mencegah KESYIRIKAN para penyembah tuhan selain Allah SWT'.( ANAK TUHAN atau PEPATUNG BISU sulapan IBLIS'.)
Malahan telah WUJUD diantara kita sendiri yg tergamak MENGGADAI ke-ESA'AN KALIMAH Allah demi meraih keuntungan DUNIAWI yg sedikit'.
KEZALIMAN besar yg kian menjadi FITNAH adalah kerana kita tak sanggup untuk menyampaikan AGAMA ALLAH kepada yg masih belum ISLAM'.
Kerana PEKERJAAN SEBENAR UMAT ISLAM DIDUNIA ini adalah meneruskan kesinambungan KERJA2 NABI mendakwah SELURUH umat MANUSIA agar mampu mengenal TUHAN...bukan berbangga2 sekadar menjadi POLITIKUS yg kununya lebih berjenama Islam...dengan DOKTRIN fahaman sempit kesan KEGAGALAN sendiri memahami PENTERJEMAAHAN dan TAFSIRAN kitabullah suci AL-QURAN'.

Wallahua'lam bis'showaf..
Penembak Tepat Genuine
(Aktivis Aman Islam K.Lumpur)



Sunday 12 May 2013

MENILAI FAKTA BUKAN MENYEBAR DUSTA


Menilai fakta, bukan menyebar dusta
Agama Islam ini dibina di atas dalil dan hujah. Tiada dalil dan hujah yang paling kuat melainkan al-Quran dan al-Sunnah.

Islam adalah satu-satunya agama yang diredai ALLAH SWT. Islam bukanlah milik mana-mana individu atau mana-mana kumpulan. Islam adalah hak milik ALLAH SWT. Oleh itu segala syariat dan isi kandungannya ditentukan oleh ALLAH Azza wa Jalla sendiri, Pemilik agama ini.

Tiada ruang untuk manusia yang terbatas akal fikiran dan kemampuannya untuk menentukan atau memutuskan walaupun sedikit apa-apa perkara yang berkaitan agama, kecuali dengan dipaksikan kepada hujah dan dalil yang kukuh.

Justeru, agama Islam ini dibina di atas dalil dan hujah. Tiada dalil dan hujah yang paling kuat melainkan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, apa saja hukum, pendapat dan fakta yang berkaitan agama mesti didirikan di atas dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Mana-mana pendapat atau fakta yang dikaitkan dengan agama, tetapi tidak dibuktikan dengan hujah al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya tidak boleh disandarkan kepada agama, walaupun yang memberi pendapat dan fakta tersebut memakai pelbagai gelaran agama.

Biarpun yang memberi pendapat tersebut ustaz, tok guru, kadi hatta mufti, maka pendapatnya berhak untuk dinilai dan ditolak sekiranya tidak menepati al-Quran dan al-Sunnah.

Panduan al-Quran, al-Sunnah

Al-Quran dan al-Sunnah telah menggariskan beberapa panduan umum dalam kita menerima dan menilai sesuatu fakta khasnya yang berkaitan agama dan berkenaan perkara lain secara umumnya.

Antaranya ialah seperti di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Surah al-Hujurat:6)

Oleh itu, bertitik tolak dari ayat ini, ahli sunnah wal jamaah menjadikan konsep al-tathabbut (mencari kepastian di dalam sesuatu perkara) sebagai asas utama dalam menilai sesuatu maklumat atau pun dalam menghukum orang lain.

Hal ini bertujuan agar kita tidak melakukan tokok tambah di dalam urusan agama; dan agar kita tidak menghukum orang lain secara zalim, tanpa bersandarkan fakta yang benar.

Imam al-Tabari ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan: “Apabila datang kepada kamu orang fasiq dengan sesuatu berita maka hendaklah kamu selidiki kesahihannya, pastikannya dan jangan tergesa-gesa dalam menerimanya.

Ini agar kamu tidak menuduh sesuatu kesalahan ke atas golongan yang tidak bersalah disebabkan kejahilan kamu”.(Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: taqrib wa tahzib (Damsyik: Dar al-Qalam), 7/33).

Maka dapat difahami bahawa sesiapa yang telah nyata dan pasti kefasiqannya, maklumat yang disampaikannya perlu ditolak. Al-Qadhi Abu Bakr ibn al-‘Arabi berkata: “Sesiapa yang pasti kefasiqannya maka batallah perkataannya (hilang kredibilti) di dalam menyampaikan berita.

Ini adalah ijma’. Sebabnya adalah berita itu suatu amanah dan kefasiqan pula adalah sebab yang membatalkannya al-‘Arabi, Ahkam al-Quran (Bierut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah), 4/147).

Prinsip lain yang diajarkan oleh al-Quran ialah seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH SWT; Sesungguhnya ALLAH SWT Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Hujurat: 12)

Dari ayat ini pula al-Quran mengajarkan bahawa, adalah menjadi kesalahan jika kita membuat hukuman berdasarkan sangkaan semata-mata. Oleh itu, untuk mengelakkan kita terjatuh di dalam kesalahan ini, maka konsep al-tathabbut merupakan langkah pertama yang mesti dilaksanakan.

Al-Sunnah juga telah memberikan beberapa panduan asas dalam kita memberikan pendapat, menerima atau menilai sesuatu fakta berkaitan agama. Antaranya Rasulullah memberikan amaran keras dan janji neraka bagi sesiapa yang menyandarkan kepada Baginda apa-apa yang tidak dikatakan Baginda. Perbuatan ini merupakan pendustaan terhadap agama dengan menyandarkannya kepada Rasulullah.

Sekali gus ia dikira melakukan pendustaan dengan menggunakan nama Rasulullah, dan ia merupakan jenayah di dalam agama yang amat besar. Maka, memang layak mereka ini dijanjikan neraka.

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Di dalam hadis lain, Rasulullah SAW melarang kita untuk menyampaikan semua cerita yang kita dengar tanpa diselidiki terlebih dahulu. Bahkan, perbuatan seperti ini termasuk sebahagian daripada pendustaan. “Cukuplah seseorang itu berdusta dengan dia menceritakan setiap apa yang dia dengar”. (Riwayat Muslim)

Tidak taklid buta, ikut dalil

Sering kali disebutkan bahawa agama Islam tertegak di atas dalil dan hujah yang sahih. Kita boleh mendengar tentang agama ini daripada siapa sahaja kerana hari ini ramai orang dari pelbagai profesion suka untuk bercakap tentang agama. Tetapi biar siapa pun yang bercakap, biar siapa pun yang mengulas, namun yang kita terima, pegang dan amalkan ialah percakapan yang disertai dengan dalil yang sahih.

Oleh itu, setiap orang berhak untuk kita nilai, terima dan tolak pendapatnya kecuali kata-kata Rasulullah yang sahih. Jangan latih diri kita hanya mengikut sahaja secara membabi buta, tetapi sentiasalah bertanya mana dalil dan juga fakta. Agama ini bukan milik datuk nenek kita, tapi milik Yang Maha Mencipta. Jangan pekakkan telinga, bukalah mata, untuk melihat kebenaran yang nyata.

Manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri padaNya semata-mata. Pengabdian ini mestilah ditunaikan sepertimana yang dikehendaki oleh Yang Maha Mencipta. Tiada siapa di kalangan manusia ini mengetahui apakah dan bagaimanakah kehendak ALLAH SWT terhadap makhluknya, kecuali seorang manusia biasa yang disampaikan wahyu kepadanya, Muhammad SAW. Tiada jalan lain untuk memenuhi kehendak Ilahi kecuali hanya dengan mengikuti jejak langkah Nabi ini.

Rasulullah telah pun wafat. Apa yang ditinggalkan hanyalah al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan syariat. Kewafatan Baginda bukti bahawa telah sempurna agama ini untuk ikutan umat. Usah berdalih lagi, hanya patuh dan juga taat. Nilailah setiap fakta supaya kita tidak menjadi penyebar dusta...

Wallahualam bissawaf'.

Sunday 10 March 2013

Antara 'LEWAT dan LIWAT...BENGANG dan BANGANG'.


DULU MASA AKU JADI AKTIVIS B.A, AKU CUKUP BENCI TV3 DAN BERITA HARIAN..SEMUA YG KERAJAAN BUAT AKU TETAP SALAHKAN! SO KINI SEDIKIT PUN AKU TAK HAIRAN KLU ADA CAI2 YG SANGGAH NASIHAT AKU...SEBAB AKU DULU PUN PERNAH MCM DIORANG...CUMA BEZANYA AKU TAK TAKSUB TAHAP SELIPER JER LAGI...APAPUN KEPALSUAN TIDAK AKAN KEKAL...PERCAYALAH!!! RAKYAT DAH TAHU ANTARA LEWAT DAN LIWAT'...ANTARA BENGANG DAN BANGANG'. SEMUA PUN NAK ISLAM..!!!
TAK CAYA TUNGGU JER LAH PRU13! TUHAN MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA'. GADUH PUN DAPAT APA? NAK TIPU SIAPA..???
Fisabillilah...'

-Penembak Tepat (Bekas Aktivis Barisan Alternatif 1998-2008).
Maafkan saya Tun M'...

Sunday 3 March 2013

'HAK UNDI ANDA, BERHAK ZURIAT KITA'.


Assalamualaikum'..
Saudara,
Apa yg kita cari didalam memilih kepimpinan negara?
Apa yg kita cari dalam kehidupan kita dan anak cucu kita?
Perlukah sehingga membenci..mencaci..malah memusuhi...sehingga dalam tak sedar ketelanjuran dari itu telah mewujudkan ketegangan yg berpanjangan sesama kita'.
Perasaan saling sayang kepada bangsa sendiri semakin pudar tidak seperti dulu lagi...
MENGAPA??
Kerana hanya disebabkan sifat KETA'ASUBAN dan KEFANATIKAN yg menebal dikalangan kita...sehingga sanggup menggadaikan SILOTURAHIM!?
Bukankah hanya dgn niat sahaja boleh membatalkan yg hak?
Bukankah SYAK tidak mampu membatalkan HAK!?
Dan bukankah segalanya hanya ALLAH yg berHAK...!?

Nak dibawa kemana nafsu amarah itu?
Kembalilah berkelumpuk kedalam MAJORITI bukan menghasut MINORITI dengan fahaman sempit yg dipenuhi PERSEPSI..!!!
Majoriti Islam Sunnah Wal-Jamaah'.

Didalam satu Mahzab Islam...satu rukun, satu Imam...sembelihan yg halal dimakan bersama...
pernikahan yg sah syariatnya...
Kekurangan dan kekilafan CARA FIKIR itu bukanlah terlalu SUBJEKTIF! Sesiapa pun pernah mengalami...soalnya cara bagaimanakah kita ERTIKAN!?

Cubalah untuk berada diTENGAH2 seketika..untuk melihat apa yg ada dikiri kananmu..yg boleh dijadikan peranti dan mampu menjernihkan kekeruhan...

'Air Yg Keruh Dilopak Usah Terus Dikocak, Biarkan Ia Tenang Pasti Jernih Kian Mendatang'.

Selamat Mengundi...itu HAK anda'.
Penembak Tepat Utama
Bekas Aktivis B.A 1998-2008.

Thursday 28 February 2013

'LAPANGKAN DADA BAIKKAN SANGKA'.

Tugas kita sebagai Manusia bukanlah saling nak tunjuk pandai...
tapi kalau tak pandai mintaklah petunjuk'.
Berhujahlah dengan Dalil...bertimbanglah dengan Adil'.
Berfikirlah dengan Rasional bukan Emosional'.
Bukan saling ejek mengejek...
tapi saling mendoakan
yang baik-baik'.

-Penembak Tepat-
 XBA 1998/2008.

Wednesday 13 February 2013

'USAH TERTIPU LAGI' !! PRU13 MENJADI SAKSI !!


Tiada siapapun yg dapat NAFIkan PR sebenarnya telah ROSAK dari dalam...Walapun niat asal sebenar kesanggupan PAS bergabung dgn PKR dan DAP adalah sebagai cara mudah untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya!

Kenyataan ini jelas bersifat RELEVEN berdasarkan FAKTA2 dari berberapa episod seperti berikut:-

SEJUMLAH 28 DARI 32 PENGASAS DAN PEMIMPIN TERTINGGI PKR TELAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA DSAI LANTAS SEPAKAT BERAMAI2 MENINGGALKAN PARTI TERSEBUT! KINI MEREKA BERSAMA2 BERUSAHA DAN BERJUANG DLM MENERANGKAN KEPADA RAKYAT SIAPA DSAI SEBENARNYA! BAGAIMANA MEREKA BOLEH TERTIPU SELAMA MEREKA TELAH MENJADI PEMBELA DSAI!

HAMPIR 90% PENGASAS PARTI ITU TELAH CABUT DAN MERASA TERKILAN KERANA SELAMA INI MEREKALAH YG TELAH BANYAK MEMPENGARUHI RAKYAT BAGI MEMBENCI KERAJAAN.SEDANGKAN HAKIKATNYA SEGALA DAKWAAN DSAI ADALAH BERMOTIFKAN DENDAM PRIBADI BAGI MENUTUPI SALAH LAKU MORAL DIRINYA SEMATA2!

BAGI MEYAKINI DAN MENAMBAT HATI RAKYAT DSAI TELAH MEMBERI GAMBARAN BAHAWA DIRINYA TELAH DIANIAYA DLM BERBERAPA SIRI DAN KONSPIRASI PIHAK TERTINGGI, WALHAL DIA TAHU SEGALA BUKTI DAN TUDUHAN KEATASNYA ADALAH VALID DAN DAPAT DIBUKTIKAN JIKA DIA SEDIA UNTUK BERKERJA SAMA!

DEMI MENGUKUHKAN BENANG BASAH, DSAI DENGAN SENGAJA MENGHASUT RAKYAT AGAR MENOLAK SEGALA USAHA PERUBAHAN DARI PIHAK KERAJAAN DLM PROSES MENGIMARAHKAN EKONOMI DAN KESETABILAN PERPADUAN RAKYAT.
INI DAPAT DILIHAT DGN JELAS DARI BERBERAPA SIRI CERAMAHNYA YG SEDANG GIAT DITABURKAN BAGI MENGHASUT RAKYAT YG BERADA DIPERSIMPANGAN JALAN AGAR MENGIKUT DAN MEMPERCAYAI SETIAP TUDUHAN BERAT DARI REKAAN BELIAU SENDIRI!

BAGI MEMPERLIHATKAN DIRINYA SEBAGAI JUARA RAKYAT, BELIAU DENGAN BANGGANYA TELAH MENJANJIKAN BULAN DAN BINTANG SEBAGAI IMBUHAN WALHAL DIA SENDIRI TELAH MENGETAHUI PERKARA2 TERSEBUT SEKADAR MENGUMPAN UNDI DAN SOKONGAN SEMATA2!

MAKA PADA AWALNYA RAKYAT TELAH MENJADI KELIRU DAN TERPERSONA DENGAN SEGALA PERUBAHAN DAN JANJI MANIS DSAI SEPERTI:-

-TURUNKAN HARGA PETROL..WALHAL HARGA PETROL DITENTUKAN MENGIKUT PASARAN HARGA DUNIA!
-PENDIDIKAN PERCUMA..WALHAL MEMANG TELAH PERCUMA BG PELAJAR YG LAYAK DAN MENDAPAT KEPUTUSAN YG CEMERLANG!
-KETELUSAN SISTEM PEMERINTAHAN..WALHAL DUNIA TELAH MENGIKTIRAF DAN MEMPELAJARI PULA CARA MALAYSIA MENTAKBIR NEGARA!
-KETELUSAN PERUNDANGAN.. WALHAL DLM PARLIMEN SERING MENAIK TARAF MENGIKUT PERKEMBANGAN ISU2 SEMASA!
-KEBEBASAN SUARA DAN MEDIA..WALHAL KEBEBASAN TELAH DIBERI MENGIKUT PERMINTAAN DAN KELAYAKAN DEMOKRASI BERPARLIMEN!
KRONI DAN RASUAH..WALHAL JIKA DICERMIN MEREKALAH SEBENARNYA YG LEBIH SUDU DARI KUAH!
-PERUNDANGAN ISLAM (HUDUD)...WALHAL NEGARA SEMEMANGNYA TELAH MELAKSANAKAN PERUNDANGAN SYARI'E DAN SERING MENGUBAL MENGIKUT KESUAIAN TUNTUTAN AGAMA DAN SOSIO BUDAYA RAKYAT!

'YANG ROSAK BUKAN TERUS DIBUANG..JANJI INDAH USAH TERUS DITELAN'.

Mungkin
dalam tak sedar
PERWIRA kita CACI CERCA...
PETUALANG pula yang kita JULANG'.

-Penembak Tepat-
(Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008.)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=t69sQNE-zD0

Sunday 3 February 2013

'Nak Tipu Siapa?'


SEBENARnya sy bersyukur kerana PERNAH berada dlm PR suatu waktu dahulu...kalau tidak pasti sy jadi TA"ASUB mcm mereka2 jugak sekarang ni! Dan sebenarnya kita WAJAR mengucapkan TERIMA KASIH kepada PR kerana telah bergabung dgn DAP...kerana sekurang2nya kita kini tahu AGENDA sebenar DAP pd umat2 Islam dinegara kita ini!

Buat mereka2 yg baru menyertai PR ni sy ada sedikit soalan...kalau dah 28 dari 32 orang PENGASAS PKR pun DAH CABUT so maknanya apa tu???

Kalau dah KETUA PEGUAMBELA DSAI seperti DATO ZULKIFLI NORDIN pun cabut malah RELA jadi penentang tu apa maknanya???
Kalau dah PEGUAMCARA (KARPAL SINGH) yg dahulunya pernah mendedahkan siapa DSAI tiba2 berbaik2 pulak tu apa AGENDAnya???

Kalau dah PEMIMPIN2 TERTINGGI mereka seperti DR HASAN ALI, USTADZ HASAN BASRI dan yg terkini kabarnya ULAMAK SURA mereka seperti USTAD NASHA, DR HARUN DIN dan DATO HARON TAIB pun telah jadi menentang..so apa maknanya???

Diantara anda dengan mereka2 ini siapa yg LEBIH TAHU???

So fikirkanlah secara RASIONAL dengan melihat lebih REALISTIK dengan apa yg berlaku...bukan berfikir dengan EMOSIONAL dan FANATIK melulu!!!

'Diantara Dua Mudhorat Pilihlah Yang Mana Lebih Ringan Timbanganya'.

-Penembak Tepat-
Bekas Aktivis Barisan Alternatif (1998-2008).





Friday 1 February 2013

'AIR YG KERUH DILOPAK USAH TERUS DIKOCAK, BIARKAN IA TENANG PASTI JERNIH KIAN MENDATANG'.


'AIR YG KERUH DILOPAK USAH TERUS DIKOCAK, BIARKAN IA TENANG PASTI JERNIH KIAN MENDATANG'. -SAYA BUKAN PAS..!! PKR JAUH SEKALI..!!! TP SAYA PARTI BEBAS. DAN SY TIDAK DIUPAH WALAU 1 SEN PUN OLEH MANA2 PARTI POLITIK! APA YG CUBA SY LAKUKAN ADALAH FISABILILAH KERANA TIDAK MAHU MELIHAT SAUDARA2 ISLAM SAYA TERUS BERPECAH ANGKARA HASUTAN SEORANG PENGKHIANAT YG BERTOPENG WIRA TETAPI HAKIKATNYA BERPURA2!

  • Penembak Tepat tak tahulah mengapa mereka jd pekak, bisu dan buta...sedangkan begitu jelas ada cara utk membuktikan... DSAI=DNA. PULLSTOP..!!

  • Penembak Tepat tak perlu bertengkar...malulah pd bangsa lain yg semakin kurang keyakinan dan rasa hormat pd sebahagian bangsa kita sendiri...selesaikan masalah dengan kenali punca...sekurang2nya beradalah diatas pagar sebentar utk melihat keseluruhan...dan percayalah pada ketentuan tuhan...tiada yg kebetulan diatas muka bumi ini melainkan sudah dijadualkan Ilahi...mengertilah utk berkasih sayang sesama Islam.
    33 minutes ago · Edited · Like · 1