Friday 26 October 2012

PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN

PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN.

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993

(Hukum Hudud): BAHAGIAN III Keterangan 39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.
(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini. (2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi (1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang. (2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi (1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil. (2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri). (3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

 42. Keadaan keterangan (1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan. (2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

 43. Menarik balik keterangan (1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan. (2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar (1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri. (2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan: Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar. (3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar (1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman. (2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan. (3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah (1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud. (2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya. (3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu. (Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125) KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42 Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi.

Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi: Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan. Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya. Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka.

Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima. Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol.

Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud. Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS. Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya. Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak.

Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman. Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas. Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina. Adilkah begitu?

 KUPASAN SEKSYEN 46(2) Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.” Sekali lagi isu mangsa rogol timbul. Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini?

Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kainya begitu. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi. Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS. Terdapat perbezaan yang besar dalam kenyataan di atas.

P/s-Yang diperlukan ialah pemikiran yang rasional dari para pembaca untuk menimbangkan kupasan-kupasan di atas.

From-Bekas Aktivis pembangkang 1998-2008.
(http://penembaktepat1.blogspot.com/).


Friday 5 October 2012

Alahaiii Anuar...

REKOD JINGGA SENGSARA DIRI Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan...

Ada hati la pulak nak ajar DSNajib buat bajet...alaaahhhaaaaiiii!! Masa mangkuk ni Menteri Kewangan, 97/98 zaman PALING SENGSARA hingga kadar faedah dinaikkan 12%-14% ! Perrggghhhh!!

Dan pada masa tu jugaklah wakil IMF datang berjumpa Tun Mahadir menawarkan pinjaman! Anwar dipahamkan adalah PROKSI IMF memujuk Tun Mahadir supaya menerima syarat² IMF.

NAMUN wakil IMF dihalau dari pejabat Tun Mahadir apabila beliau TIDAK BERSETUJU dgn syarat² yg dikenakan terutama apabila wakil IMF berkata 'LET IT BE BLOOD ON STREETS' kerana kerajaan MESTI MENAIKKAN KADAR FAEDAH demi membayar balik pinjaman! Sedangkan dgn kenaikkan 12%-14% pun kita dah nak terbalik!

Jgn kita lupa bahawa negara Greece MUFLIS angkara IMF nihhh! Terima Kasih Tun Mahadir!

Kalo ikutkan kepala hotak mangkuk ANWAR IBRAHIM nihhhh, abis kita semua pakat angkat bundut kain naik tongkang lari merata negara jiran semata² mencari sesuap nasi!!

Jangan kita risikokan manusia seperti ini yang ingin memerintah walau sepenggal hidupnya sekalipon..Abis semua surirumah akan menjadi jutawan segera..yang sensara?? OF COZ LA KITA dan ANAK CUCU KITA.

From-Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008.
(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

KALAU TAK TEMBERANG BUKAN AL-JUBURI NAMANYA.

ANUar SERROUNDED BY SCANDALS..

After revealing that PKR has listed 20 Minister from its party if PR leads the country, the party was then criticized by DAP and PAS for not discussing the matter with them first. So, PKR then goes into chaos to cover their leader's iron-fist attitude, Anwar Ibrahim, including his own wife as the party's President, Wan Azizah. So, even Wan Azizah is now under pressure in making statement saying that they do not need to announce the shadow cabinet because it was unnecessary. But Shuhaimi thinks otherwise.

The ADUN Batu Tiga said that the statement made by Wan Azizah was a personal statement, in other words, the list of the shadow cabinet really exist. We do not really know whether Wan Azizah is a party president that does not know anything or she simply loves to lie, this is because now it has been proven that PKR really did prepare the Shadow Cabinet without even getting any mutual agreement from DAP nor PAS. It as presented during PKR's Political Bureau meeting recently. It' okay if PKR wants to deny or DAP and PAS want to fight Wan Azizah because it is not rakyat's concern because they are still yet to lead the country. The only problem that derives here is that when the list of Ministers and Deputy Ministers which is 'imagined' by PR is filled with those who have various scandals especially sexual scandals.

 But, there is nothing for us to be surprised about if the future Prime Minister himself did have a sex scandal which is simply unimaginable by anyone. Thus, there is nothing to be surprised about with the scandal of Lim Guan Eng's Rainbow, Elizabeth Wong or Mustafa Ali's sex video? And if we are to look at corruption scandals, Anwar champions everyone with the 3 billion issue which is still yet to be answered, followed by the issue of actually fulfilling the objective of the Cekap, Amanah dan Telus (CAT) slogan (Efficient, Accountable and Transparent) which cannot be done by Lim in governing Penang and others as well. And what about Elizabeth Wong's sleeping partner who is now in Indonesia in an illegal manner and what about the death of Teoh Beng Hock which was linked with a chain of DAP leaders?

Not just that, what about the link between Pakatan Rakyat and SUARAM, Bersih and chains of George Soros and Zionists? What about the luxury private jet that they could afford to rent and at the same time collect funds for election from dinner charity and other ways. These are few of the scandals which surrounds the current shadow cabinet. Not just that, the shadow cabinet is also covered with clear nepotism where husbands and wives, children and crony of the highest leader would fill all of the important posts even though their qualifications can be questioned. With such clear scandals and nepotism, how could Malaysians gain the confidence and trust towards the live of Cabinet for PR? How could people with no sense of moral and integrity lead the country?

How can these people rive the country towards success if they are surrounded by scandals even before they rule? With more power in their hands, how can they guarantee that they would not have even more scandals?

From- Bekas Aktivis Pembangkang.
(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

DULU LAIN SEKARANG LAIN..MR DULANG PAKU SERPIH"..

Thursday 4 October 2012

MUSTAHIL BIN AJAIB!

MENIPU bila mereka menjanjikan Hudud akan terlaksana sekiranya PR menang PRU13.

MANA MUNGKIN Pas mampu menunaikan janji itu kalau bertanding pun sekadar 70 kerusi ? !

PAS bertanding 70 kerusi parlimen, senarai calon hampir selesai, kata Mat Sabu - TMI 5/8 PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang kata timbalan presidennya, Mohamad Sabu .

Macamana yang dikatakan Pas adalah DOMINAN atau LEBIH BERPENGARUH jika bertanding pun tidak sampai 50% dari jumlah kerusi yang ada ?

Kalau Pas menang kesemua 70 kerusi itu, walaupun ianya mustahil,
Pas masih tidak mampu berbuat apa2 pun tanpa persetujuan dari rakan2 dalam PR..... dan rakan2 dalam PR pula sudah menyatakan dengan jelas dan lantang yang mereka TIDAK AKAN sokong Hudud kerana ia BUKAN perjuangan PR.

PRU12 Pas bertanding 66 kerusi dan cuma memenangi 23 saja atau sekitar 34% dari yang diperuntukkan.
Untuk mengubah Perlembagaan memerlukan 2/3 atau 148 kerusi .....
Dap dan Pkr gerenti tolak.
Jadi adalah satu perkara yang MUSTAHIL buat Pas menunaikan janjinya kepada orang Melayu !

From- Bekas Aktivis Pembangkang".
(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

Lagi2 Pasal Hudud...

HUDUD PAS LUM SIAP LAGI???

KENA TEMBERANG POK NIK Bila bercakap bab pelaksanaan hudud di Kelantan, rasanya dah bermacam alasan Pok Nik keluarkan untuk menyalahkan orang lain atas kegagalannya.

Dari alasan ugutan mantan PM, Tun M, isu perlembagaan, gagal di parlimen gara-gara UMNO, semuanya sudah. Cuma yang belum dengar ialah Kelantan belum melaksanakan hudud lagi kerana Pok Nik belum dapat langkah mayat Karpal.

Apapun cuba kita baca dulu keratan berita Harakahdaily di bawah ini;

Hudud: Kelantan temui PM selepas segalanya selesai SHAH ALAM, 25 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kerajaan Kelantan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud setelah segalanya selesai. "Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. "Tetapi sebelum kita bertemu dengan beliau, kita perlu dapatkan keputusan dari Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2 barulah perkara tersebut kita dapat bentangkan dengan lebih baik," jelasnya pada sidang media selepas program wacana di Kompleks Karangkraf di sini, petang ini.

Selanjutnya, kenyataan di atas adalah dari EXCO Kelantan sendiri. Sangat jelas maksudnya bahawa banyak lagi kepincangan dalam persediaan hudud yang ingin dilaksanakan PAS Kelantan sehingga memaksa mereka belum bersedia untuk bertemu dengan DS Najib!!!

22 tahun berangan-angan, bukannya 22 tahun merancang. Nah...sekarang tersangat jelas bahawa hudud tidak dilaksanakan di Kelantan kerana masih ada kepincangan yang belum selesai. Mengapa Pok Nik takut untuk mengakui hakikat sehingga memaksa orang lain pulak yang memikul kesalahannya?

Bagaimana nak laksanakan kalau untuk dibentangkan depan DS Najibpun belum bersedia?
Tidakkah Pok Nik berasa bersalah kerana selama ini menyalahkan orang lain?
Atau ilmu Tok Guru memang pakarnya meletakkan kesalahan di bahu orang lain kerana Tok Guru terlalu mulia dan tak layak memikul kesalahan di bahu sendiri?
Apakah alasan Pok Nik selepas ini selepas pendedahan EXCOnya sendiri?

Exconya pun panjang akal dan pandai mengakal juga.
Apa tidaknya, menurutnya surat untuk bertemu DS Najib telah diutus tetapi ada berlapik dengan perkataan akan berjumpa hanya setelah bersedia iaitu dengan laporan dari Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2.
Jawatankuasa berkenaan secara rasminya baru semalam ditubuhkan. Rupanya PAS hanya menjual hudud untuk modal politik sahaja!!!

http://penembaktepat1.blogspot.com/
(Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008).

Monday 1 October 2012

Pengiraan + Kalkulator, Cara Sniper China Menembak Sasaran Dengan Tepat Menurut microblog Weibo, ini adalah cara bagaimana askar sniper dari China dapat menembak pada sasaran dengan begitu tepat

PERSEMBAHAN hambar semua penembak negara di Kejohanan Menembak Piala Dunia ISSF di Sydney yang berakhir kelmarin mengundang rasa marah Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM).

Dalam kejohanan yang menjadi landasan mendapat tempat ke Sukan Olimpik 2012 penembak negara gagal menyerlah dan tercicir jauh daripada peserta negara lain yang turut serta. Kejohanan berkenaan disertai penembak Road To London seperti Nur Suryani Mohd Taibi, Nur Ayuni Farhana Abd Halim, Hasli Izwan Amir Hassan, Hafiz Adzhar, Bibiana Ng Pei Chin dan Joseline Cheah. Turut serta penembak elit Shahera Rahim Raja, Muslifah Zulkiflidan Siti Nor Masitah Mohd Badrin. Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar (B) Jasni Shaari berkata, keseluruhannya persembahan mereka tidak sehebat seperti dipamerkan ketika beraksi di Sukan Komanwel 2010.

“Anehnya, semua gagal menempatkan diri saingan akhir dalam setiap acara disertai dan ketinggalan jauh daripada peserta negara lain yang turut serta,” katanya. Hanya dua penembak yang berjaya menghampiri saingan akhir iaitu penembak pistol, Hazli Izwan dan Joseline.

HOT NEWS !!! SATU LAGI JANJI ANWAR IBRAHIM UNTUK PANCING RAKYAT AKAN BERLEGAR MINGGU DEPAN !!!

Bajet cadangan Pakatan Rakyat (PR) minggu hadapan akan mengetengahkan perumahan mampu milik,subjek sensitif bagi penduduk kota dan kesatuan sekerja telah meminta Barisan Nasional (BN) untuk bertindak terhadap harga rumah yang semakin meningkat lebih cepat daripada peningkatan tahap pendapatan.

PKR sebelum ini berjanji untuk memotong harga kenderaan,menawarkan pendidikan tinggi percuma dan bergerak pada harga perumahan dilihat sebagai pemanis untuk memenangi lebih banyak sokongan bagi menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum seterusnya yang perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.Pengarah strategi PKR,Rafizi Ramli berkata cadangan bajet PR akan diumumkan pada 24 September oleh ketua pembangkang,Anwar Ibrahim dan akan menangani dua isu yang menyebabkan harga perumahan meningkat.

 Rafizi berkata terdapat juga keperluan untuk mengawal selia pemaju yang memberi rebat dan diskaun selepas menetapkan harga.Beliau berkata terdapat banyak “barangan seluk cekal” memerlukan kajian dan menambah cara BN menagani krisis tidak terperinci dan cukup menyeluruh untuk membendung spekulasi. “Kerajaan juga telah melepaskan peranan menyediakan perumahan kepada kontraktor swasta,jadi sekarang kita dalam PR perlu melihat cara berbeza untuk mengimbangi bekalan untuk perumahan yang mampu dimiliki,” kata Rafizi,sambil menambah bahawa tidak ada sebab bagi kontraktor untuk membina rumah mampu milik.

Beliau berkata cadangan dalam bajet PR disokong oleh harga latar belakang dan tidak akan termasuk dasar-dasar terdahulu yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang itu. “Tangungjawab adalah kepada kami bagi membuktikan bahawa rancangan adalah berdaya maju, seperti yang telah dilakukan dengan dasar kenderaan dan juga dengan dasar PTPTN, angka dan aliran tunai yang kita berikan akan seimbang,” kata Rafizi.Beliau juga membayangkan bahawa pelan perumahan yang mampu dimiliki oleh PR akan menggabungkan pembaharuan yang dilakukan di Pulau Pinang,kerajaan diketuai oleh setiausaha agung DAP,Lim Guan Eng,seorang lagi akauntan terlatih.

 BOLEH PERCAYA KE SEMUA NI ??? MANA JANJI YANG LEPAS ??? DAH TUNAI KER BELUM ??? DAH MASUK 4 TAHUN NI KERAJAAN PAKATAN HARAM PEGANG 4 NEGERI !!! JANJI MACAM-MACAM TAPI APA CERITA ??? RENUNG-RENUNGKAN

-From Bekas Ativis Pembangkang 1998-2008.
(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

BAJET ALTERNATIF 2013 !!! SATU LAGI PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Satu lagi pembohongan Anwar Ibrahim terhadap rakyat malaysia.sebelum itu saya akan ceritakan sejarah bajet 2012.Pada tahun 2012 kerajaan pusat membentangkan Belanjawan negara berjumlah RM232.8 billion, dan PR pula hanya memperuntukkan hanya RM220 billion walaupun setelah mengambilkira segala perbelanjaan yang termaktub dalam janji-janji syurga ala fantasi untuk rakyat.Tahun ini,seperti biasa,PR bergegas untuk mendahului kerajaan dalam membentangkan bajet 2013.Bajet Fantasi PR untuk 2013 pula memperuntukkan RM233 billion dengan kadar defisit sekitar 3.5% berbanding 4.4% pada pembentangan 2012.

Nampaknya Anwar Ibrahim terus yakin yang rakyat mudah diperdaya dengan janji-janji manis yang tidak masuk akal dengan membentangkan janji-janji ‘tambahan’ di dalam Bajet Alternatif 2013 Pakatan Rakyat.Beliau nampaknya tidak serik apabila janji-janji dalam Buku Jingga diketawakan kerana jika ditunaikan,ianya hampir pasti menyebabkan negara muflis dalam masa dua tahun sahaja.Kita sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim itu mukanya tebal.Jika tidak cukup tebal,tidak mungkin beliau sanggup ke hulu ke hilir sedangkan satu dunia telah menonton dirinya berbogel dan beraksi di atas katil.

Mungkin Anwar sudah terlalu biasa berbohong dan sudah tidak malu lagi apabila pembohongannya terkantoi,seperti kegagalannya menunjukkan jam omega.Kerana itu,Anwar dengan bangga membentangkan Bajet Alternatif PR yang digarapkan dalam mimpi atau fantasi para pemimpin PR.

Bajet Fantasi ini disediakan tanpa memerlukan maklumbalas dan kajian terperinci dari Lembaga Hasil Dalam Negeri,Kastam,Dewan-dewan Perniagaan dan lain-lain badan yang berkenaan sepertimana yang perlu dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi memastikan ianya praktikal dan tepat. Sebaliknya,Bajet Fantasi PR hanya memerlukan sumbangan idea dari ahli-ahli politik PR semata-mata. Sebenarnya, kita tidak perlu melangkau jauh untuk menilai kredibiliti Bajet Fantasi PR 2013 iaitu sama ada ia benar-benar mampu membawa kesejahteraan kepada semua terutama rakyat biasa.

Tetapi,cukup bagi kita untuk mengkaji impak dari satu perkara sahaja dari pembentangan Bajet 2012 parti itu,iaitu penghapusan subsidi korporat seperti IPP,kepada rakyat keseluruhan.Secara dasarnya,penghapusan subsidi korporat akan menyebabkan peniaga menanggung kos yang lebih tinggi.Oleh itu,untuk memastikan perniagaan mereka kekal untung dan terus maju,para peniaga ini perlu menaikkan harga barangan.Justeru,yang bakal menanggung kesan dari penghapusan subsidi korporat akhirnya adalah pengguna, yakni rakyat biasa.

Namun,Anwar telah menjanjikan yang harga barangan tidak akan naik walaupun subsidi korporat dihapuskan dan perbelanjaan kerajaan bertambah berdasarkan janji-janji manis yang ditabur. Malahan, dalam Bajet yang sama juga, Anwar tidak pula membentangkan pelan penjanaan pendapatan kerajaan untuk menampung semua kos tambahan yang dipindahkan ke bahu kerajaan itu. Sebaliknya, Anwar hanya menjanjikan penjimatan wang dengan cara menghapuskan korupsi dan meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran tanpa mampu menjelaskan cara dan jangkaan jumlah yang dapat dijimatkan. Selain itu,Anwar juga membayangkan Petronas sebagai satu- satunya sumber pendapatan tanpa memikirkan kesannya di masa panjang.Jelas,apa yang dibentangkan Anwar untuk tahun 2012,adalah tidak menepati hukum ekonomi, tidak logik dan merbahaya untuk negara.

Ekonomi bukan matematik mudah yang letaknya tetap dan tidak berubah. Ekonomi itu berbentuk rangkaian yang berkait antara satu sama lain dan berterusan yang mana seorang graduan Pengajian Melayu seperti Anwar mungkin sukar untuk memahaminya.Sesuatu kos hanya boleh berpindah dari satu pihak ke pihak lain tetapi tidak boleh dihapuskan terus.Justeru,Anwar tidak boleh menjanjikan pengurangan kos kepada satu pihak tanpa menyebabkan pihak lain menanggung bebannya.Jika kerajaan menyerap semua kos yang melibatkan peniaga dan pengguna sekali gus maka kerajaan pasti akan bankrap dalam masa yang singkat. Begitu juga jika peniaga menyerap kos dari dikenakan kepada pengguna atau kerajaan maka perniagaannya akan pasti tidak akan maju atau mengalami kerugian Dan nampaknya,sehingga pembentangan Bajet Fantasi 2013 ini,Anwar masih belum dapat memahami ekonomi dengan baik.Kerana itu,beliau menambah lagi gula ke dalam janji-janji sedia ada dalam Buku Jingga ke dalam Bajet Fantasi ini, antaranya kenaikan gaji anggota polis sebanyak 5 peratus dan kenaikan gaji kakitangan perubatan sebanyak 20 peratus.

Antara janji di dalam Buku Jingga ialah : ini belum lagi diambilkira pemberian langsung kepada rakyat seperti bonus warga emas, elaun suri rumah dan lain-lain lagi. Pada 2012, peruntukan belanjawan kerajaan pusat ialah RM232 billion tanpa menjanjikan apa yang termaktub dalam Buku Jingga PR. Sedangkan janji Buku Jingga PR sahaja sudah mencecah RM206.5 billion tanpa mengambil kira janji-janji lain, janji-janji tambahan serta kos sedia ada. Justeru, apakah rakyat boleh mempercayai Bajet Alternatif PR 2013 ini?

Apakah PR sedar bahawa ekonomi dunia berada di dalam keadaan goyah dan tidak menentu. Keadaan dijangka semakin buruk pada tahun hadapan. Ini bermakna harga minyak dan barangan akan terus meningkat dan kerajaan tidak akan mampu untuk terus menyerap kos bagi pihak rakyat tanpa meletakkan ekonomi negara dalam risiko yang besar. Walaupun kerajaan pusat dijangka membentangkan ‘Bajet Pilihanraya’ yang akan menggembirakan rakyat tetapi kita pasti ia tentunya berpijak di bumi nyata iaitu mengambilkira keadaan ekonomi global. Ini kerana kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab ke atas rakyat dan negara untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan.Sedangkan PR tidak mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat dan negara termasuk negeri yang diperintah mereka sendiri.Malah,mereka juga sering enggan bertanggungjawab walaupun untuk memikul kesalahan sendiri.Justeru,Anwar mampu membentangkan Bajet Fantasi yang melangkaui realiti ekonomi global dan semasa.

Malah,Anwar mampu berkata apa saja kerana sesungguhnya fantasi tidak punya had dan peraturan. Dan itulah realitinya hidup Anwar,iaitu beliau boleh merealisasikan segala fantasi liarnya – dengan Chinadoll, lelaki muda,isteri orang dan siapa saja Jika beliau berfantasi ingin menaiki jet peribadi dan ingin hidup bagai seorang Ketua Negara,beliau boleh melakukannya.

Tetapi,ingatlah bahawa rakyat bukan hidup dalam fantasi liar Anwar Ibrahim, tetapi di bumi nyata yang memerlukan kita bekerja dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama,bangsa dan negara. Kerana itu, Bajet Fantasi PR perlu ditolak kerana ia bakal membawa kita ke neraka.

 RENUNG-RENUNGKAN

"Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar'. (WAJIB BACA!!)

"Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar'.

Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia biasa.
Untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya,Anwar Ibrahim.
Bukan mudah untuk saya tinggalkannya,”

Begitulah luahan hati Senator Ezam Mohd Nor.Ezam yang satu ketika dahulu pernah menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2005,di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan beliau mula berfikir semula.

 “Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar… Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula,saya mula mencari kebenaran,saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya..”

 Pada Oktober 2006, Ezam membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK PKR.Ketika itu pun sudah ada desas-desus bertanya kenapa beliau perlu letak jawatan,namun berkias berkata mahu beri laluan kepada pelapis baru.

Petunjuk semakin jelas apabila pada Februari 2007,Ezam telah membuat keputusan yang mengejutkan iaitu melepaskan semua jawatannya dalam PKR termasuk jawatannya dalam PKR Selangor.Dalam bahasa politik,melepaskan semua jawatan dalam parti seumpama seperti keluar parti, sedangkan ketika itu, Ezam sepatutnya mendaki ke puncak politik, seperti memegang jawatan Naib Presiden atau Timbalan Presiden PKR,namun Ezam mengambil langkah sebaliknya.

 “Tentunya ada satu perkara yang cukup besar. Dan memang cukup besar yang membabitkan bukan persoalan politik lagi, membabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahu wa taala. Sebab itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya”.

 Ikuti wawancara dari hati ke hati di antara AIDC dengan Ezam Mohd Nor, di sebuah hotel, Shah Alam pada 20 April 2010. Saudara katakan tadi,Anwar akan menggunakan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarganya.
Saya teringat dalam buku yang ditulis oleh S.H Al Attas mengatakan Wan Azizah pernah menelefon semasa saudara masih Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR untuk mempastikan tidak ada mana-mana lelaki tidur di rumah Anwar. Adakah cerita ini benar ???
Ya benar.
Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar.

Selama ini,saya memang menolak segala bentuk cerita ataupun teori yang membabitkan persoalan akhlak beliau khususnya yang membabitkan lelaki.
Tetapi apabila peristiwa itu berlaku, yang membabitkan isterinya sendiri secara langsung menelefon saya tentang persoalan itu, ianya benar-benar membuka mata saya.

Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula, saya mula mencari kebenaran, saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya, sebab bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar.
Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia biasa. Untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya, Anwar Ibrahim.

Bukan mudah untuk saya tinggalkannya.Tentunya ada satu perkara yang cukup besar. Dan memang cukup besar yang membabitkan bukan persoalan politik lagi, membabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahu wa taala.

Sebab itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya.Saya tidak bercadang untuk mengaibkan dia atau keluarganya. Sebab itu saya tidak mahu sebutkan secara detail apa sebenarnya yang berlaku.

Tetapi,percayalah ianya merupakan satu keputusan yang berasaskan kepercayaan saya kepada Allah Subhanahu wa taala. Anwar pernah dikenakan pertuduhan meliwat pada tahun 1999 dan dibebaskan pada tahun 2004 dengan keputusan majoriti 2-1.Tetapi,ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan percaya berlakunya aktiviti liwat di Tivoli Villa.

Selepas Anwar dibebaskan,masyarakat mula melupakan perkara tersebut tetapi pada 2008 apabila seorang pemuda,bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat Anwar,kita sebagai rakyat biasa terkejut.

Adakah saudara yang pernah dekat dengan Anwar juga terkejut ??? Saya dah sebutkan dulu,sehari dua selepas Saiful buat laporan polis. Saya kata saya tak terkejut.Sebab apa saya tak terkejut ??? Saya ada alasan sendiri untuk saya tidak terkejut Dan alasan itu biarlah saya simpan sebab saya sebut tadi saya tidak mahu aibkan sesiapa.

Cuma ingin saya tegaskan dalam persoalan yang membabitkan Saiful, kita sebagai orang Islam,kita harus berlaku adil. Berlaku adil itu bermakna mendengar kedua-dua pihak.Yang saya lihat hari ini,keputusan dibuat menghukum Saiful sebagai pemfitnah,pembawa fitnah dan sebagainya tanpa mendengar penjelasan Saiful.

Orang seperti Nik Aziz sendiri yang kononnya ulamak,yang mempertahankan Anwar dan menyerang Saiful tanpa mendapatkan penjelasan daripada Saiful. Ya,dia dapatkan penjelasan daripada Anwar sebab Anwar kawan politik dia hari ini, besok belum tentu.

Tetapi dia pertahankan Anwar hanya mendengar Anwar. Mengapa dia tidak panggil Saiful? Mengapa dia tidak panggil bapa Saiful ??? Dalam Islam,kita tidak diajar macam itu.Kalau kita tengok kisah Saidina Ali dibawa ke mahkamah, apabila didakwa oleh seorang Yahudi kerana Saidina Ali memakai baju besi orang Yahudi tersebut.Apabila Saidina Ali dipanggil dengan gelaran besar Khalifah Islam di dalam mahkamah oleh hakim,Saidina Ali membentak,marah kepada hakim tersebut kerana bagi beliau tidak ada gelaran lagi di dalam mahkamah.

Taraf beliau dan taraf Yahudi tersebut di dalam mahkamah adalah sama.Ini prinsip Islam.Adakah kita pernah mendengar Anwar berkata bahawa taraf dia dengan Saiful adalah sama?

Pernahkah pemimpin-pemimpin parti Islam, mengingatkan Anwar dan mengingatkan diri mereka dan semua rakyat bahawa taraf Anwar dan taraf Saiful sama.Maka,atas dasar itu mereka harus mendengar kedua-duanya dengan sabar dan melalui proses.Bukan menggunakan satu dua ulamak untuk mempertahankan Anwar.

 Seperti mempergunakan Dr Yusof Al Qaradawi ?? Kenyataan Syeikh Yusuf Qardhawi,itu kenyataan yang dipesongkan,dimanipulasi.

Mereka menggunakan wartawan untuk menanya Yusuf Qardhawi tentang persoalan fitnah Dan tentunya beliau menjawab dari sudut fitnah.

Dari sudut pelaksanaan hukum itu sendiri pun,ianya tidak betul.Tidak ada dalam prinsip perundangan Islam seorang ulamak sebesar mana sekalipun yang boleh mengeluarkan kenyataan untuk pertahankan seorang yang lain tanpa usul periksa, tanpa siasat, tanpa proses perundangan yang lengkap.Tetapi Anwar menggunakan Yusuf Qardhawi untuk membina persepsi masyarakat dan menolak serta mengenepikan prinsip Islam.

Ya betul dia sebut tentang Qazaf.Tapi mengapa sekarang ??? Apakah Qazaf hari ini baru ada ??? Qazaf ini dah berkurun-kurun ada dalam negara kita. Tapi mengapa Anwar tak pernah sebut bab Qazaf sebelum ini.

Apakah tidak ada orang kena liwat sebelum ini? Apakah tidak ada orang menuduh orang lain meliwat sebelum ini ??? Zina dan sebagainya.Tentu ada.Tapi Anwar tak pernah sebut tentang Qazaf. Malah dalam rekod Anwar sebagai pemimpin,beliau tidak pernah memberi pengiktirafan yang wajar terhadap Mahkamah Syariah.

 Dalam kes Kartika misalnya,dia remehkan Mahkamah Syariah.Dalam kes Lina Joy,dia hina Mahkamah Syariah.Mengapa hari ini,tiba-tiba Anwar mahu menggunakan Mahkamah Syariah sebagai tempat untuk mencari keadilan ???

Ianya hanya permainan politik untuk mengubah persepsi masyarakat kononnya dia seorang yang innocent,yang sanggup untuk menghadapi pertuduhan di dalam Mahkamah Syariah menurut undang-undang Islam.Perkara yang paling simple bersumpah mubahalah,dia tidak lakukan.

Malah,bukan kerana bersumpah,kalau kita perhalusi,sebenar-benarnya Anwar tidak pernah pun menyatakan secara jelas,mengaku di depan masyarakat bahawa dia tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu kepada Saiful atau mana-mana orang.

Anwar tidak pernah sebut perkara itu.Yang dia sebut,ini laporan Pusrawi,tak ada kemasukan.Ini laporan hospital HKL,tak ada koyak.Dia sebut tentang laporan.Dia tidak sebut tentang diri dia. Wan Azizah ??? Wan Azizah…apakah kita pernah dengar Wan Azizah sebut, ‘saya isteri Anwar, saya kenal Anwar dia suami saya, saya ingin nyatakan dia tidak pernah lakukan perkara itu’.

Mengapa Wan Azizah tidak sebut ??? Apakah susah nak sebut ??? Susah kalau kita salah.Senang kalau kita benar Dan mengapa Wan Azizah tak sebut.

Ini yang seharusnya menjadi persoalan.Yang saya sedih apabila saya melihat orang yang tidak tahu apa-apa, atas dasar ketaksuban politik,sanggup mempertahankan Anwar,seolah-olah mereka tahu.

Saya sebutkan ini kerana saya telah melalui perkara yang sama.
Saya punyai pengalaman yang sama.
Saya melakukan kesilapan yang sama.

Sebab itu saya minta maaf.
Sebagai manusia,apabila saya bersalah,saya minta maaf pada Allah Subhanahu wa taala.

Tapi dalam kes liwat Anwar,saya punyai kesilapan pada masyarakat Malaysia sebab dalam kes pertama dahulu,saya orang paling kehadapan mempertahankan Anwar walaupun pada masa itu saya tidak tahu.Sekarang saya sudah tahu.Sebab itu saya nak nasihatkan kepada mereka yang tidak tahu,jangan lakukan perkara yang mereka lakukan kerana dosanya besar.

Mereka mempertahankan Anwar maknanya mereka mengatakan Saiful itu fitnah.Kalau Saiful betul,apakah mereka tidak takut dosa ???

Hanya kerana undi,kerana politik, kerana jawatan, untuk mendapatkan pengaruh,untuk mendapatkan jawatan baik daripada Anwar Ibrahim,sanggup untuk melakukan dosa besar ???

Saya bagi nasihat,jangan.Mereka tidak tahu.Yang tahu hanya Anwar.Yang tahu Wan Azizah.Dalam konteks lain,yang tahu hanya Azmin.Tetapi,tidak pernah tiga-tiga mereka secara jelas dan terbuka menyatakan bahawa Anwar tidak pernah melakukan perkara itu.

Yang disebut,orang ini salah,orang itu salah,Perdana Menteri salah,isteri Perdana Menteri konspirasi,Ketua Hakim salah,Ketua Polis korup,alat dan perkakas,Peguam Negara Abdul Ghani Patail korup,hakim yang mendengar baru ini,mereka kata hakim itu penipu.

Apa strateginya ??? Strateginya adalah apabila kesemua yang terlibat itu salah,Saiful sudah tentu salah,jadi,yang tak salah adalah dia.Ini permainan yang paling licik daripada ‘master of perception’.

Dia mengajak rakyat untuk terpukau dan terfikir kononnya kesalahan pihak-pihak lain.Untuk apa ??? Untuk menutup kesalahan diri dia.Ini permainan persepsi oleh Anwar Ibrahim.

Ini yang ingin saya tegaskan sebab saya tahu.Saya orang kanan dia.Saya tahu permainan dia.Inilah persoalan Anwar.Dalam kes Saiful,mudah saja saudara.Persoalannya harus dijawab oleh Anwar.Mudah saja,sama ada dia lakukan atau tidak lakukan.Ini yang dia tidak pernah nyatakan secara jelas dan terbuka kepada masyarakat.

Kita yang punya akal yang waras dan iman yang kental,seharusnya kita faham mengapa Anwar,Azizah,Azmin..yang saya tahu mereka tahu,tidak menyatakan perkara yang paling pokok dalam persoalan ini. Katanya konspirasi ???

Saya tidak percaya ada konspirasi.
Dulu saya percaya.

Tetapi jelas,setelah kita perhalusi,setelah saya sebutkan tadi,saya mengambil masa yang lama untuk memperhalusi kes ini, saya tahu ianya bukan konspirasi.

Bagaimana kita boleh membuat konspirasi membabitkan belasan hakim sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.Lebih daripada sepuluh hakim yang telah membuat keputusan terhadap Anwar.Malah,ada hakim yang membebaskan Anwar..

Dan hakim yang membebaskan Anwar itu sendiri pun menyatakan,aktiviti homoseksual itu berlaku.Bagaimana yang dikatakan konspirasi ???

Tidak ada konspirasi.Malah sebenarnya,persoalan konspirasi ini tidak perlu wujud sebenarnya.

Sebab,katalah kalau ada konspirasi pun,itu bukan persoalannya.Persoalannya ialah sama ada Anwar lakukan ataupun tidak.

Kita jangan terperangkap dengan permainan Anwar untuk kita terjerumus dengan persoalan konspirasi atau tidak.
Sama ada, ada konspirasi atau tidak konspirasi,bagi saya itu bukan persoalannya walaupun ianya tak ada.
Saya ingin tegaskan ianya bukan persoalan. Persoalannya yang Anwar ingin lari atau alihkan, sama ada dia lakukan atau tidak.

Hakim yang membebaskan Anwar, saya tak sebut hakim yang tak bebaskan dia, hakim yang tak bebaskan dia, dia kata tak adil.

Hakim yang membebaskan Anwar pada tahun 2004 dalam kes yang pertama itu sendiri menyatakan secara bertulis bahawa, Anwar melakukan aktiviti homoseksual.

Bagi saya, ini menjawab persoalan pokok.Setakat hari ini,inilah keputusan, jawapan yang paling kukuh yang ditampilkan setelah melalui proses perundangan yang panjang. Dalam soal pokok tadi sama ada Anwar buat atau tidak buat.

Selain daripada keputusan ini,tidak ada mana-mana keputusan lain yang boleh menyanggah keputusan ini.Anwar sendiri tidak mampu menyanggah kenyataan dan keputusan yang telah dibuat ini.Keputusan dan kenyataan yang menjawab persoalan pokok sama ada Anwar lakukan atau tidak.Jawapannya,Anwar lakukan.

Inilah pokoknya.Terdapat satu kelompok yang didakwa sebagai berhaluan kiri sudah mempengaruhi PKR.Sebelum ini,selalu diulang-ulang oleh Zulkifli Noordin tentang ‘firaun-firaun kecil’.

Kita sebagai orang biasa tidak faham,apa sebenarnya yang berlaku.Adakah dakwaan itu benar ??? Ya,memang dakwaan ini berasas.Saya sendiri,antara sebab penting saya tinggalkan PKR adalah kerana persoalan-persoalan yang membabitkan kelompok-kelompok ini.Ianya memang kelompok-kelompok yang berhaluan kiri yang membawa fahaman human rights ataupun hak asasi manusia ala Barat,kelompok sosialis dan komunis,kelompok anti-Islam,anti-Melayu dan kelompok yang tidak setuju tentang kedudukan istimewa orang Melayu.

Saya sedar perkara ini sudah lama, sejak Anwar dalam penjara lagi.Sebab itu kalau kita perhalusi,Parti Keadilan itu ditubuh sebagai sebuah parti pada tahun 1999,sebagai sebuah parti yang berbilang kaum,tetapi asasnya Melayu.It is Malay base multi racial party.

Saya ingat lagi sebab saya yang baca perutusannya.Dr. Chandra Muzaffar,beliau memang menekankan perutusan ini.Sebab apa ???
Sebab ini adalah asas negara.Kita boleh tubuhkan parti politik lain, tetapi ianya tidak boleh melanggar asas negara.Asas negara itu apa ??? Asas negara itu ialah tentang pentingnya Melayu itu sebagai asas, Islam itu sebagai asas.
Sebab itu kita boleh buat parti berbilang kaum tetapi ianya mesti berasaskan Melayu.Tetapi cuba saudara tengok sekarang,apakah ada lagi pemimpin-pemimpin PKR yang menyebut tentang parti mereka sebagai berbilang kaum dan berasaskan Melayu ??? Tidak.Mereka hanya sebut tentang Parti Keadilan, parti berbilang kaum.

Asas Melayu itu sudah tidak ada,sudah dihapuskan.Ini merupakan agenda sekelompok itu yang memang daripada awal lagi mahu menghapuskan asas Melayu dalam Parti Keadilan. Cuma,pada masa itu, prinsip saya,saya tidak mahu tinggalkan bos saya di dalam penjara, maka saya tunggu sampai dia keluar penjara.Apabila Anwar keluar penjara, saya hadapkan persoalan ini.

Saya minta dia selesaikan perkara ini, saya masih ingat lagi. Saya bagitahu dia, ‘you have settle this.This is fundamental issue’. You kena perbetulkan persoalan ini. Saya kata, mereka dah melampau.Persoalan Lina Joy yang murtad contohnya. Mereka tidak mahu PKR membuat kenyataan yang mempertahankan Mahkamah Syariah. Kerana bagi mereka, ini persoalan human rights.Saya katakan kepada Anwar dalam kes Lina Joy bercanggah dengan prinsip kita sebagai orang Islam di negara ini, you kena selesaikan.Tapi apa yang mengejutkan saya adalah Anwar bersetuju dengan mereka. Sebab, hanya semata-mata kerana mahu menang pilihan raya.

Saya masih ingat lagi, Anwar beritahu saya, ‘we need the India vote, Malays vote, Chinese vote’.. Sebab itu ‘you cannot talk about Malay, cannot talk about Islam‘. Malah, dia suruh saya serang Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai perkara rasuah dan sebagainya.OK..Saya bagitahu dia, saya lawan rasuah. Saya masuk jel kerana rasuah. Tetapi rasuah bukan disebabkan oleh DEB. DEB tak sempurna, betul, tetapi ia bukan punca rasuah. Punca rasuah adalah pemimpin rasuah. Kita seharusnya lawan pemimpin rasuah. Anwar kata, yes..betul tapi dari segi politik, ‘you have to hit’ DEB untuk dapat undi maksimum daripada Cina dan India.Ini yang berlaku.

Dan itulah antara sebab utama saya tinggalkan dia sebab kita sudah sampai ke tahap sanggup gadai maruah agama kita, bangsa kita hanya kerana undi. Baru-baru ini isu kalimah Allah. Mungkin sebelum ini orang tak nampak. Tetapi Allah Subhanahu wa taala itu Maha Besar. Apabila timbul isu kalimah Allah, jelas Anwar sanggup menjual kalimah Allah hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Kristian dalam pilihan raya Sarawak dan sebagainya.

Ini permainan Anwar dan ianya selari dengan permainan kelompok-kelompok kecil ini. Kerana Anwar telah berkompromi dengan mereka untuk mendapatkan undi bukan Melayu.Saya ingin nyatakan kepada masyarakat bukan Melayu, Anwar bukan pro-non Malays kerana dia sayang kepada non Malays.

Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, rekod jelas menunjukkan dia membuat Skim Kontraktor Wibawa, kontrak diberikan tanpa tender hanya kepada beberapa belas syarikat sahaja yang membabitkan peruntukan 15 ribu juta.
Daripada berbelas-belas syarikat itu, tidak ada satu pun syarikat Cina, tidak ada satu pun syarikat India yang dapat. Semuanya syarikat Melayu.

Dan daripada syarikat Melayu yang berjumlah 2000, yang dipilih hanya 15 syarikat. Itupun tanpa tender. Hari ini dia kata tentang tender. Hari ini dia sebut tentang transparensi.

Tetapi hakikatnya, semasa dia menjadi Menteri Kewangan, that’s no transparency,that is no principle Malaysian for all. He is no pro-non Malays.

Ini hanya permainan politiknya Dan permainan politik ini selari dengan cita-cita, ideologi dan perjuangan kelompok-kelompok kecil dalam Parti Keadilan yang memang bercita-cita mahu menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam negara kita.

Ini dosa besar mereka kepada negara.Itu sebab saya dan teman-teman lain berjuang habis-habisan mempertahankan asas negara kita itu.

- AIDC ADAKAH INI YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA AKAN DATANG ???

http://penembaktepat1.blogspot.com/

Bajet 2013 adalah 'candu' BN...macam-macam istilah PAS bagi label

SHAH ALAM - Meskipun Kerajaan Pusat membentangkan Bajet 2013 lebih RM250 bilion bersama sejumlah ganjaran dan insentif, Pas Pusat mahu rakyat berfikir secara serius keperluan memilih kerajaan baru, bukannya terpikat dengan "candu racun pilihan raya Barisan Nasional."

"Rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan (Ketua) Audit (Negara) mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pemberian ‘one off’ yang disebutkan ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat memnunjukkan Kerajaan Pusat ketandusan ideabagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan jalan menerajui masa depan ekonomi negara supaya berdaya saing. Tuan Ibrahim berkata, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan pembayaran ‘one off’ hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu sedangkan kos hidup terus meningkat dan rakyat menerima bebanan berterusan.

 “Ini umpama candu yang melalikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti kunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang. “Asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurahkan, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus,” katanya. Beliau mendakwa, dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan Najib itu hanya menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian ‘one off’ bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan ‘korup’ ini terus berkuasa. Katanya, rakyat kini menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli-ahli Parlimen sewaktu pembentangan belanjawan. Laporan Ketua Audit Negara hanya akan dibentangkan sebaik sahaja Bajet 2013 diluluskan.

 “Laporan Audit sengaja gagal dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa bajet hanya tertumpu apa yang diumumkan tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urus tabir oleh kerajaan Barisan Nasional. “Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena ‘candu’ yang ditanam dalam bajet Najib,” kata beliauyang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. Beliau menambah, Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini menunjukkan kerajaan gagal melakukan pembaikan, walaupun ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.

 “BN sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350. “Rakyat harus berfikir secara serius berdasarkan Laporan Audit dan perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara, bukannya berdasarkan ‘candu racun’ yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihan raya BN,”katanya.

http://penembaktepat1.blogspot.com/

Ummi Hafilda jamin 99.9% lelaki romen itu abang kandungnya!

Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu. Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya. "Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini. Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari. Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat. Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

JANJI SEORANG PELIWAT

1. Sebagai peliwat, tiada siapa lagi yang dapat menafikan bahawa Anwar adalah peliwat bersiri. Semasa beliau masih dalam kerajaan, Karpal Singh adalah orang pertama yang menyuarakan itu didalam parlimen, namun kini mereka boleh bersama dikeranakan kepentingan politik dan kuasa semata-mata. Hakikatnya adalah Anwar adalah seorang peliwat, dan peliwat bersiri. Biarpun terbaru mahkamah tidak menjatuhkan hukuman bersalah, namun mahkamah juga tidak dapat menafikan bahawa adanya perlakuan berkenaan. 2. Jika Anwar benar-benar tidak bersalah, kenapa beliau enggan melafazkan sumpah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful yang dengan beraninya bersumpah bahawa dia telah diliwat. Apabila Datuk Eskay melafazkan sumpah bahawa dialah individu didalam klip video dimana Anwar bersama-sama pelacur Cina dan melakukan hubungan seks, kenapa Anwar tidak juga berani bersumpah bahawa beliau tidak? 3. Terbaru, konon apabila memerintah beliau akan pastikan bahawa tidak ada rasush dalam pemerintahannya kelak. Apakah beliau lupa bahawa beliaulah bapa kepada segala rasuah dan rasuah politik? 4. Anwar masih tidak dapat untuk mengelakkan diri dari meliwat, walaupun didalam fikiran. Kerana itulah ketika berucap beliau melalut sehingga ingin menghukum seseorang perasuah dengan hukuman sula? Tidakkan itu hukuman pramitif? Atau Anwar membayangkan bahawa hukuman itu akan dilakukannya sendiri? Akhirnya Anwar sudah menyatakan apa yang ada didalam fikirannya.

Bajet 2013 Panas Datuk Seri Anwar Ibrahim Mencabar Perdana Menteri

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada sesi perbahasan bajet minggu depan dan sekaligus berdebat berkaitan dengan bajet yang beliau bentangkan petang semalam. Tegasnya lagi, Najib sepatutnya hadir untuk mendengar apa yang ingin dibahaskan nanti bagi untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan apa yang telah dibentangkan. "Sebagai negara demokrasi, Najib perlu hadir pada sesi saya berbahas bajet 2013, saya tahu Najib mesti berani untuk mengetahui apa yang ingin saya bahaskan nanti," usul beliau. Anwar ketika mengulas bajet 2013 memberitahu sepatutnya pada bajet kali ini kerajaan menyentuh senario antarabangsa kerana sebagai sebuah negara dagang sepatutnya Najib tahu perancangan ekonomi terikat dengan perkara sedemikian. Namun perkara tersebut tidak disentuh langsung oleh kerajaan pada bajet 2013 kali ini. "Saya melihat apa yang diberitahu pada bajet tersebut hanyalah gimik politik semata-mata dan untuk memenangi hati rakyat," jelas beliau. Anwar memberitahu, mungkin Najib beranggapan rakyat itu tidak mengetahui bahawa keuntungan berbilion ringgit diambil oleh kroni mahupun keluarga pemimpin menyebabkan Najib tidak menyentuh langsung soal tersebut. "Contohnya peruntukan untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu hanyalah insentif untuk mereka yang kaya sahaja bukannya golongan yang berpendapatan rendah. "Keuntungan Penjana Tenaga Bebas (IPP) langsung tidak diceritakan tetapi bagi peruntukan RM200 kepada rakyat di bawah telah diperbesarkan," sambungnya. Tambah beliau lagi, kerajaan juga tidak menjelaskan langsung tentang monopoli gula yang diberikan kepada individu tertentu tetapi berkaitan penarikan subsidi gula serta harga pula disentuh. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut melahirkan kekecewaan apabila kerajaan hanya memikirkan tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendesak pembayaran balik dari pelajar. Namun kerajaan tidak pula menjelaskan perancangan pembayaran balik pinjaman berbilion ringgit oleh syarikat-syarikat besar. Menyentuh tentang hasrat kerajaan ingin melaksanakan program rumah pertama, beliau tidak yakin ada kesungguhan dalam perlaksanaan tersebut. "Kita kemukakan cadangan dalam belanjawan Pakatan Rakyat bahawa perumahan itu tidak boleh dilaksanakan jika syarikat yang mengendalikannya mementingkan keuntungan. "Syarikat perumahan rakyat tidak tidak mungkin berhasil kalau motifnya keuntungan sepertimana yang dilakukan sekarang," kata beliau. Anwar menyatakan jika ingin menjayakan program rumah pertamaku ini mesti ada badan kerajaan yang tidak semestinya rugi besar tetap mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.

BAJET 2013- SENYUM TAK PERLU KATA APA2.

KUALA LUMPUR – Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka akan menjadi ‘Bajet Rakyat Tersenyum’. Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat. Sumber memberitahu Mynewshub, antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua. Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk mengagihkan BR1M kepada 4.7 juta isi rumah. Tahun ini, kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini. Selain itu, sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan. “Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Sumber kedua pula memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah. Selain itu, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan menerima lonjakan yang amat menarik dengan peruntukan bagi projek berkenaan dijangka dipertingkatkan 5 kali ganda jumlahnya berbanding peruntukan dalam bajet sebelum ini. “Kami dengar pihak PRIMA mohon peruntukan 1 bilion dan dijangka ia akan diluluskan,” katanya. Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan membentangkan bajet yang memfokuskan kepada usaha untuk mengekalkan memontum pertumbuhan ekonomi negara. “Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan pelan kewangan kerajaan bagi tahun akan datang, dalam satu bajet yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan dan memastikan Malaysia berada di landasan kewangan yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu di sini hari ini. Berucap di Parlimen, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan polisi yang bertujuan untuk mengekalkan permintaan tempatan di samping memastikan semua rakyat Malaysia mengalami peningkatan dari segi mutu kehidupan. Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan berkata; “Di sebalik ketidak-tentuan ekonomi global, langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang sedikit demi sedikit. “Untuk meneruskan momentum itu, bajet esok akan terus melabur untuk masa depan jangka panjang – memperkukuhkan pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama memperkuatkan komitmen kami ke arah tanggungjawab fiskal,” katanya. -Mynewshub.my

PR LELONG BARANG2

Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), antaranya tongkat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 'surat cinta' Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjana RM182,000 untuk tabung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perikatan itu. Lelongan diadakan pada majlis makan malam perdana PR di sini malam tadi. Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Anwar, Ketua Pembangkang, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditulis beliau dari penjara. Ia dibeli dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, pemimpin dari Sabah yang bulan lalu meninggalkan Umno dan BN. Ia diikuti oleh kartun dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000, lapor Harakahdaily. Pen yang digunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ketika dalam penjara, dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu. Gambar santai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Selangor, Sri Jalaraman. Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden Pas, berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000) dan tongkat Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000). Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja. "Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli.[sinar]

NIK AJIS-BAGET GULA2"..

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih bernada sama, yang tidak akan membawa manusia pada ketaqwaan kepada ALLAH. Nik Aziz berkata, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH. Mursyidul Am Pas berkata, Bajet 2013 langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata. Katanya, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH. “Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat. “Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” kata beliau dipetik Harakahdaily. Nik Aziz berkata, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman. Beliau yang petang ini diziarahi Sultan Kelantan petang ini turut mengambil contoh sejarah Rasulullah SAW bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana. Tambah Nik Aziz, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. “Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam. "Bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya. http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.89939.1348923139!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

ASAL BUKAN ANUWAR YAHUDI

Salam 2 all. Kata mantan Presiden Amerika, George Washington, "you can fool some of the people some of the time, but you can't fool all the people all the time - mike boleh kelentong sesetengah orang pada sesetengah masa, tapi mike tidak boleh nak kelentong semua orang pada setiap masa!". Apabila Anwar bergegas ke Qatar untuk bertemu dengan pimpinan Hamas, termasuk Khalid Misy'al yang pada masa itu berada di Doha membuktikan betapa desperadonya Anwar untuk memulihkan imej "pak syeikh pejuang Islamnya" yang telah pecah kelentongnya setelah Wall Street Journal menyiarkan kenyataan Anwar "bersedia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel". Dan tindakan Anwar menyiarkan gambar bersama Khalid Misy'al hanya mengesahkan satu perkara, politik dualam dan putarbelit yang sudah menjadi darah dagingnya. Konon dengan gambar itu terjawablah segala persoalan yang dia "masih bersama dengan pejuang Palestin". Anwar ingat rakyat Malaysia dan umat Islam bodoh macam para parasit kalkatus rakus yang dicocok hidung yang bersepah sekelilingnya! Dia ingat hanya dengan bergambar tertutup segala sandiwara politik dia. Macam gambar dia "terlantar nazak" setelah perhimpunan haram 09 Julai 2011 lepas. Dalam ramai-ramai orang, dia seorang je yang terlantar nazak dengan segala tiub dihidung. Mat Sabu yang konon cerita mengadu dilanggar polis pun tak nazak macam Anwar! Tau-tau terbongkar rahsia bagaimana Anwar sebelum dan selepas itu rupenya sihat walafiat! Macam gambar Anwar sakit belakang tak boleh berjalan sehingga terpaksa berkerusi roda dan lengkap dengan pakej pendekap tengkok untuk menggambarkan betapa nazak dan seriusnya penyakit Anwar, sehingga teman loyer dia masa tu pun boleh tertipu! Tau-tau keluar videoklip Anwar sihat walafiat siap boleh bergurau sakan dengan anak bini dalam penjara! Berapa lama nak hidup dengan kelentong, bohong, dan putar belit ni yop? Sesekali boleh lah orang tertipu, lama-lama nanti orang tau jugak. Itulah yang terjadi dengan Anwar. Ramai orang terpukau dan terkedu bila dia dibebaskan oleh Mahkamah. Sehingga ada yang beranggapan dia tidak berdosa, malah ada yang ingatkan dia dianiaya dan dizalimi kerana konspirasi. Tetapi jangan sesekali ingat ALLAH lupa! ALLAH tidak lupa! Doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan ALLAH. Berapa banyak airmata Saiful menitis menadah tangan memohon petunjuk dan kebenaran daripada ALLAH. Daripada masjid surau, sehingga dihadapan Ka'bah. Kita ingatkan bila Anwar dibebaskan dia akan bertambah hebat. Rakyat akan menyokong! Rupanya yang sebaliknya berlaku. Apabila Datuk Hasan Ali yang mengkritik Anwar sebagai politikus kotor dan jijik yang dia tidak akan redho bersekongkol dipecat, ramai yang ingat perjuangan Datuk Hasan Ali akan mati! Rupanya tidak. Pidato dan himpunan beliau makin menarik ramai pengikut. Sehingga ada kepimpinan PAS akar umbi sanggup mengatur program bersama Hasan Ali, malah berceramah sepentas dengan beliau tanpa rasa takut. Kehadiran lebih 15,000 semasa pidato terbaru di Batu Gajah sudah pasti menggusarkan ramai para parasit! Rupanya ALLAH ada perancangan lain untuk Datuk Hasan Ali! Kini beliau muncul sebagai ikon memperjuangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, satu perjuangan yang dikongsi ramai orang, dan kini umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia menanti-nanti pelancaran 3rd Force @ JATI - Jaringan Kuasa Ketiga!! Begitu juga doa Saiful. Ramai yang ingatkan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah, Saiful akan mati! Saiful akan dihina! Rupanya sebaliknya berlaku. Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti menghina diri dia sendiri! Seolah-olah dia sudah tidak boleh mengawal dirinya. Sebaik sahaja bebas, Anwar membuat kenyataan bahawa "pembebasan saya adalah kerana kerajaan takut dan tunduk kepada pengaruh asing". Masya ALLAH, keluar dari mulut dia sendiri mengakui ujudnya pengaruh asing yang selama ini hanya disyaki rakyat. Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang sering merujuk kepada Amerika dan rakan-rakan Yahudinya, ramai mengesyaki Anwar cuba menggunakan tekanan asing terhadap Mahkamah dan Kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia. Kita hanya syak, tapi tiada bukti kukoh! Tiba-tiba Anwar sendiri mengaku "pengaruh asing" punca dia dibebaskan! Sehingga menyebabkan loyer utama Anwar @ Karpal Singh melenting mempertikaikan kenyataan Anwar, kerana bagi Karpal, Anwar bebas kerana kehebatan "a-Singh", bukan pengaruh "asing"!!! Tak berapa lama selepas itu, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama BBC bahawa "undang-undang liwat dan anti-homoseks" di Malaysia sudah lapuk! Malah dia akan meminda undang-undang lapuk ini. Sekaligus membongkar sikap Anwar yang menyokong seks bebas sebagaimana yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya Bar Council yang melancarkan Festival Seks Bebas LBGT - Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender! Kenyataan Anwar disokong oleh banyak kumpulan pejuang seks bebas seluruh dunia! Nama Anwar dijulang dikalangan kaum pengamal seks bebas! Tetapi ia menyebabkan ramai penyokong tegarnya khusus didalam PAS mula mempersoalkan kewibawaan dan integriti Anwar! Malah ada yang mula mahu melihat semula videoklip Eskay untuk meyakinkan diri! Teman sendiri dihubungi ramai rakan ulama, ustad, agamawan, kepimpinan dan ahli PAS & PKR yang meminta melihat sendiri videoklip itu. Dan kesemua mereka yang melihatnya buat pertama kali mengakui memang Jantan-X dalam videoklip itu adalah 100% Anwar! Mereka mula mencari jalan menjauhkan diri daripada Anwar! Sehingga ada yang mula membuat kenyataan tidak mahu lagi terlibat dengan politik, atau menyertai pilihanraya bersama pembangkang dalam PRU 13 nanti! Dan tiba-tiba, tanpa sesiapa menduga, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama Wall Street Journal bahawa dia "menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim Israel!". Kenyataan yang teman rasa dibuat sebagai "political lifeline" beliau, untuk memuaskan hati rakan sekutu Yahudinya. Apatah lagi PRU 13 sudah semakin dekat. Sokongan asing, terutama daripada rakan para Yahudi ini sangat penting buat Anwar. Lagipun kenyataan itu disiarkan oleh media pro Yahudi. Apa salahnya! Siapa nak tau! Tetapi Anwar salah langkah! Dunia hari ini sudah berubah. Maklumat boleh diperolehi dihujung jari, "just one click away". Tau-tau kenyataan pro-zionis Anwar terbongkar. Menyebabkan ramai rakan beliau dikalangan gerakan Islam, samada di Indonesia, Turki dan negara 'Arab terkejut. Mereka mula meragui Anwar dengan gambaran "Pak syeikh pejuang Islam! Pimpinan Palestin daripada Fatah dan Hamas mengkritik keras kenyataan itu. Pimpinan haraki Islamiyyah di Indonesia mengutuk keras pendirian Anwar itu. Perdana Menteri Ghozzah, Ismail Haniyeh melahirkan kekecewaan semasa pertemuan dengan Ustadz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Katanya kenyataan saperti itu tidak sepatutnya datang dari seorang yang mengaku pejuang Islam. Azzam Tamimi, pejuang tegar umat Falastin mengkritik kenyataan tersebut sebagai tidak mencerminkan watak dan akhlak seorang pemimpin Islam. Duta Besar Falastin di Kuala Lumpur turut mempertikai kenyataan Anwar tersebut, sambil melahirkan rasa kehairanan bagaimana Anwar yang menonjolkan imej pejuang Islam boleh membuat kenyataan yang disifatkan sebagai "khianat" terhadap perjuangan rakyat Falastin dan umat Islam! Terbaru, Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang, penyokong tegar Anwar, juga mengeluarkan kenyataan tegas mengkritik Anwar. Datuk Seri Hadi menegaskan bahawa orang yang menyokong rejim zionis Israel adalah pengkhianat Islam! Datuk Seri Nik Aziz mendesak Anwar menarik balik kenyataan pro-zionis itu. Kenapa tiba-tiba Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang membuat kenyataan mempertikaikan Anwar dalam isu Israel ini teman tidak tahu! Adakah ini mainan politik untuk mendapat semula sokongan orang Melayu konon dengan menyokong Falastin teman tidak pasti! Cuma teman bersangka baik dengan kenyataan pimpinan PAS ini! Mungkin sudah tiba masa ALLAH membuka hijab yang menutup mata hati mereka selama ini! Kalau ALLAH hendak memberi hidayah, kalau ALLAH nak mengubah hati kepada kebenaran, dengan sekelip mata ALLAH boleh buat. Kun fayakuun..jadilah..maka jadilah ia. Apapun teman berharap isu pro-zionis oleh Anwar ini menjadi pembuka hijab kepada pekong politik dualam dan hipokrit mainan Anwar yang telah memecahbelahkan umat Islam bangsa Melayu! Semoga ia menjadi titik permulaan kesatuan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia ini. Semoga ia menjadi titik permulaan kegemilangan perjuangan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara ini! Apapun, Anwar kini sudah tersepit. Sebenarnya kalau dia ikhlas, kalau benar dakwaan Anwar dia telah disalah lapur oleh WSJ, mudah sahaja menyelesaikannya. Dia hanya perlu mengarahkan peguam dia menyaman WSJ, dan menuntut WSJ menarik balik kenyataan itu, dan menuntut ganturgi puluhan, malah ratusan juta terhadap WSJ! Tetapi pelik, Anwar langsung tidak berbuat sedemikian. Langkah yang cukup mudah, dan boleh menyelesaikan masalahnya. Macam dengan memberikan sampel darah untuk ujian DNA, selesai masalah! Macam angkat sumpah la'nat, selesai masalah! Tetapi Anwar tidak memilih sedemikian. Dia memilih jalan bersusah payah pergi ke Qatar, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tambang, hotel dan lain-lain, hanya untuk bergambar dan berjumpa dengan Khalid Misy'al. Yang peliknya, dia tidak mahu pulak terus ke Ghozzah, berjumpa dan bergambar dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Ghozzah! Apapun, tembelang dan kelentong Anwar makin terbongkar. Sebab itu teman siarkan videoklip diatas. Videoklip ini adalah petikan lapuran siasatan oleh sebuah media televisyen Britain, Channel 4 News yang menyiasat skandal bapak Yahudi, Paul Wolfowitz dan girlfriendnya Shaha Riza dan Anwar yang mengegarkan Bank Dunia! Sehingga menyebabkan Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia! Lapuran oleh media Barat ini jelas membuktikan rangkaian hubungan Anwar dengan Yahudi, termasuk Wolfowitz. Seluruh dunia tahu Wolfowitz, bekas Duta Besar Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan kehancuran Indonesia, adalah akitek peperangan dan penaklukan terhadap Iraq dan Afghanistan! Ditangan Wolfowitz, mengalir darah umat Islam yang dizalimi dan dianiaya. Dan tangan Wolfowitz lah yang banyak membantu Anwar selepas dipecat Tun Mahathir. Termasuk melantik dia sebagai pensyarah di John Hopkins University, Pengerusi International Foundation For The Future (IFFF) dan lain-lain (sila lihat entri teman bertajuk "AL-Yahud" bertarikh 29.01.2012). Kini terbukti betapa hubungan Anwar dengan rangkaian zionis Yahudi makin terbongkar! Bukannya datang daripada sumber ketiga, tetapi datang daripada mulut Anwar sendiri. Adakah ini kesan solat hajat yang selalu dibuat oleh para parasit penjilat Anwar? Atau adakah ini petanda makbulnya doa dan airmata Saiful? Hanya ALLAH sahaja yang tahu! Tetapi yang jelas, walaupun Anwar berjaya kelentong sesetengah parasit pada sesetangah masa, tetapi Anwar tidak boleh kelentong seluruh dunia pada setiap masa! Teman yakin ALLAH tidak akan benarkan pembohongan dan putarbelit ini terus berlaku! ALLAH tidak akan benarkan umat Islam bangsa Melayu terus terpedaya! Airmata Saiful tidak akan ALLAH persia-siakan! Ya ALLAH, selamatkan umat Islam, bangsa Melayu dan tanah air kami daripada sebarang kedurjanaan dan pengkhianatan oleh mereka yang durjana dan khianat! Kepada rakyat Malaysia, umat Islam dan bangsa Melayu, inilah masa untuk ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim! TIME-4-ABAI! ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM! INILAH MASA UNTUK TOLAK ANWAR IBRAHIM! Rakyat Hakim Negara! Hukum Anwar di Mahkamah Rakyat! Tolak Anwar dalam PRU 13 nanti! Pada Anwar, teman nasihatkan bertaubatlah! Hentikanlah segala lakonan dan sandiwara! Kubor sudah kata mari, rumah sudah kata pergi! Bermuhasabahlah! Masa masih belum terliwat untuk bertaubat! Pintu barzakh semakin dekat. Takutlah kepada ALLAH! Dan teman cabar Anwar letaklah jawatan! Janganlah umat Islam bangsa Melayu terus diaibkan dengan kehadiran pemimpin macam mike! Serahkanlah kepimpinan pembangkang kepada Datuk Seri Hadi Awang, ataupun Datuk Seri Nik Aziz! Mereka lebih layak memimpin pembangkang daripada mike! Mike sudah hilang segala kredibiliti, moral dan kewibawaan untuk terus menjadi pemimpin negara umat Islam Malaysia ini! ANWAR, YOU ARE JUST NOT FIT TO LEAD US!!! PLEASE STOP!!! PERIOD!!! Adios amigos, grasias senor! Wallahua'lam & Wassalam.

BELI UNDI?

AL-YAHUD WAL DAJJAL

AL-YAHUD WAL DAJJAL

Salam 2 all.
Majlis Syura PAS memberi kata-dua kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan - Anwar Ibrahim: "samada menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara Israel” seperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah!

Sehingga hari ini Anwar tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura itu. Tarik balik pun tak, saman WSJ pun tak! Sebaliknya Anwar bersama beberapa penaksub Anwarinasnya berjumpa Datuk Nik Aziz; dan membuat kenyataan “semuanya dah selesai”.

 Datuk Nik Aziz, yang memberi “katadua” itu membuat komen, “Anwar sudah memahami pendirian PAS”. Itu sahaja? Takkan kot yop? Macam tu sahaja dah setel semua? Pada teman ini satu penghinaan besar kepada PAS. Semua orang tahu bahawa PAS cukup fobia dengan perkataan “Israel” ni! Sampai pemain kriket Israel datang pun dema buat demo tengahari panas. Sanggup masuk jail lagi! Sampai kalau ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” pun kena maki! Tapi PAS hari ni dah tak macam dulu! Sampai slogan “PAS 4 ALL” bunyi sama macam slogan pelancongan “ISRAEL 4 ALL” pun dema tak kisah dah. Sampai lambang slogan “PAS 4 ALL” tu pun nampak macam lebih kureng aje dengan “ISRAEL 4 ALL” pun tidak memfobiakan PAS lagi! Cuma satu persoalan teman nak lontarkan kepada para parasitus kalkatus rakus? Apa kata mike terbalikkan senario. Apa kata YAB Dato’ Sri Najib yang kata: “UMNO dan BN menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel!”. Teman cukup yakin mike akan tengok tak cukup kertas dan dakwat nak tulis maki hamun yang akan dihamburkan oleh para parasitus kalkatus rakus.

Teman takkan terkejut kalau ada yang sampai mengisytiharkan kapior kepada PM, UMNO & BN! Alangkan PM baru pakai baju kurta semasa perayaan Thaipusam baru-baru ni pun ada parasitus yang memaki hamun, caci maki dan pelbagai macam lagi sumpah seranah! Toghut, munapek, kapior! Apa yang dema tak sebut? Sedangkan para parisitus ni lupa kawan-kawan kita dalam jemaah Tabligh banyak yang pakai kurta yop! Eh, sedara kita di Bangladesh & Pakistan boleh kata ramai yang berkurta yop! Takkan dema semua tu kapior, toghut & munapek yop? Tapi ni namanya “Politik Dualam” – cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap!

Bila kena batang hidung sendiri, semuanya halal belaka! Kalau kena orang lain, maki sehabis maki, kutuk sehabis kutuk, caci sehabis caci! Lambang pertubuhan JATI yang melambangkan perpaduan Tiga Unsur “Islam-Melayu & Raja-Raja” pun dema kata lambang setan! Sedangkan lambang “PAS 4 ALL” kelihatan sama dengan “ISRAEL 4 ALL” kaum parasit kelu habis. Lambang PKR “Mata Satu” saperti Dajjal Mata-Satu dan lambang kumpulan Yahudi Zionis “Illuminati” kaum parasit jadi bisu tak terkata apa-apa! Para parasitus kalkatus rakus ini sudah menjadi “Syaitan Bisu”, sebijik kaum yang ALLAH sebut dalam Surah Al Baqarah: 6-18, “golongan PBB-Pekak, Bisu & Buta”!!!

 Pada teman, keengganan Anwar mematuhi kata-dua Majlis Syura PAS itu jelas bahawa dia bukan sahaja tidak menghormati PAS, malah ianya satu penghinaan besar kepada seluruh parti PAS! Kerana Majlis Syura adalah badan tertinggi didalam PAS, bertanggungjawab memastikan PAS terus berada dilandasan Islam! Bagaimana PAS mahu mendabik dada terus menyatakan ia parti yang memperjuangkan Islam kalau rakan sekongkol sekatil sebantal PAS pun menyokong semua usaha menjaga keselamatan rejim zionis Israel! Kaum yang dila’nat oleh ALLAH & Rasulullah saw! Ketuk kepala tanya otak mike sendirilah yop! Kalau para parasitus kalkatus rakus ini menggunakan sedikit sahaja otak yang ALLAH beri, tentu mereka akan bertanya satu soalan yang cukup mudah: MENGAPA ANWAR IBRAHIM LIAT SANGAT SUSAH NAK TARIK BALIK KENYATAAN MENYOKONG ISRAEL YANG DISIARKAN OLEH WSJ ITU?

 Apa yang susah sangat? Tarik aje balik, dan desak WSJ siarkan kenyataan penuh dan jelas yang dia menarik balik kenyataan menyokong Israel itu! Apa yang susah sangat. Jelas sudah tentu ada “belalai sebalik China-DOLL” dengan keengganan dan sikap keras kepala yang Anwar tunjukkan tetap mempertahankan kenyataan menyokong Israel itu! Mesti ada sebab yop! Tak perlu jadi pakar nuklear nak paham benda mudah macam tu. Tapi apa nak kata, kenyataan pakar nuklear pun para parasit tolak. Bila pakar nuklear negara yang juga Ahli Parlimen PAS (Ulu Langat) YB Dr. Rosli Che Mat menegaskan bahawa kilang Lynas sebenarnya selamat, dema perlekehkan! Dema lebih percaya dan taqsub kepada kenyataan parasit putar-alam yang memfitnah kilang itu merbahaya!

 Bak kata pepatah, Dr. Rosli berhujah dengan fakta para parasit perlekehkan, kaki-putar punya auta mereka bertakbeer sakan! Sohih ni kerja giler babi yop, babi giler tak buat kerja macam ni! Jadi keengganan Anwar menarik balik kenyataan menyokong zionis Israel itu tentu ada sebab muslihatnya. Walaupun rakan sekatil sebantal memberi kata dua suruh tarik balik langsung manusia yang diisytihar setaraf Imam Mahdi ni tak peduli! Takkan sekadar manusia anugerah tuhan ni tunjuk gambar bersama dengan pemimpin Hamas untuk menopengkan pendirian pun sampai ada parasit yang pitam terpegun! Bertakebeer sampai naik urat kerongkong! Takkan sampai rendah tu IQ mike yop! Takkan baru kena putar konon cerita kapal Israel berlabuh di pelabuhan Kelang maka kisah sokongan Anwar kepada keselamatan negara Israel terus dipadam. Teruk bebenor IQ mike yop. Cuba mike tanya satu soalan, siapa Menteri Kabinet yang meluluskan kebenaran untuk kapal Israel berlabuh tu.

Kalau mike jumpa jawapan tu yop (yang jawapan tu mike takkan jumpa dalam Harakah), pasti mike akan kata, kena kecing lagi kita nampaknya!!! Dan kalau mike tanya semua soalan berikut dibawah, dan menggunakan kewarasan aqal yang telah ALLAH berikan (yang sudah makin terhakis daripada para parasitus ini), tentu jawapannya cukup jelas: ANWAR MEMANG TAK LAYAK MENJADI PEMIMPN, APATAH CALON PM BAGI NEGARA UMAT ISLAM MALAYSIA INI! Mengapa Anwar liat sangat nak memberi sampel darah untuk ujian DNA yang boleh menyelesaikan segala pertuduhan dia meliwat Saiful? Mengapa Anwar liat sangat nak membuat sumpah mubahalah yang akan menyelesaikan segala isu perbuatan liwat dia terhadap Saiful; Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Saiful yang mengadu dia diliwat Anwar kalau benar ianya fitnah? Mengapa Anwar liat sangat nak menunjukkan jam Omega yang akan merungkai segala soalan serius mengenai videoklip China-DOLL?

Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman rakanbaik dia Datuk Eskay yang mendedahkan videoklip “China-DOLL” tu? Mengapa Anwar liat sangat nak menarik balik kenyataan menyokong usaha menjaga keselamatan negara zionis Israel? Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Wall Street Journal kalau benar mereka telah salah membuat lapuran itu? Soalan-soalan diatas hanyalah secebis sahaja daripada terlalu banyak persoalan yang boleh ditanya mengenai Anwar Ibrahim! Tu belum mike tanya: 1. Kenapa Anwar menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH? 2. Kenapa Anwar menyokong murtadnya Lina Joy? 3. Kenapa Anwar menyatakan undang-undang liwat dah lapuk? 4. Kenapa Anwar menyokong Majlis Peguam bila dema melancarkan Seks Bebas LBGT? 5. Kenapa Anwar masih mempertahankan ucapan pluralisma di LSE yang menyatakan semua agama adalah sama? 6. Kenapa Anwar melancarkan manifesto Pakatan BiaDAP-PKR-PAS yang tidak menerima penubuhan Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud? 7.

Kenapa kitab Jinggay langsung tidak sebut pasal Daulah Islamiyyah & perlaksanaan undang-undang Islam? Isyk-isyk..isyk..terlalu banyak “Mengapa” dan “Kenapa” yang mike boleh tanya yang rumusannya satu sahaja: ANWAR WAJIB DITOLAK! ANWAR WAJIB DIBUANG! Kepada ahli akar umbi, pendakwah, ustad dan para ulama yang masih ada sedikit keimanan, teman nasihatkan diri teman dan mike semua, yang sudah tu sudah-sudahlah! Tidak ada manusia yang maksum langsung tidak membuat kesilapan.

 PAS sudah membuat kesilapan siasah bersekongkol dengan Anwar dan parti cauvinis BiaDAP! PAS sudah membuat kesilapan membiarkan kaum Anwarinas menguasai parti! Jangalah sampai mike "mempertuhankan siasah" dan membuat kesilapan aqidah! Sebagaimana kita diajar didalam solat jemaah, apabila Imam membuat kesalahan rukun, maka wajiblah kita bermufaraqah! Apabila ada jemaah satu saf dengan kita membawa najis, wajib dia dimufaraqahkan! Maka wajiblah bagi PAS hari ini bermufaraqah daripada Anwar dan BiaDAP! Berjuanglah bersendirian atas bendera Islam! Berjuanglah dengan keyakinan ALLAH akan membantu kita jika kita membantu Islam!

Ternyata segelintir pimpinan PAS sudah tidak mampu berbuat sedemikian! Ternyata kaum parasit dan Anwarinas yang bersarang dalam PAS begitu dayus untuk mengambil tindakan! TAPI MIKE AHLI AKAR UMBI BOLEH! YAKINLAH MIKE BOLEH! DAN ALLAH AKAN MEMPERBOLEHKAN MIKE! BANGKITLAH WAHAI HAMBA ALLAH! BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD!

Ingatlah! ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri! Janganlah kerana siasah, maka tergadai aqidah! Lakukanlah perubahan!

Lakukanlah islah! Intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakumm – bantulah agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu! Adios amigos, grasias senor!

 Wallahua’lam & Wassalam.
http://penembaktepat1.blogspot.com/

Lagi2 temberang"..

TEMBERANG LAGI! Salam 2 all. Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif. Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit. Konon tu usaha mereka. Nampak benar nak temberang rakyat. Pertama, PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar. Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%. Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat. Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam. Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti! Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam! Contohnya: 1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang! Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar! 2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan! Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!! 3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah), kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini! Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop? 4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik! Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi! 5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut! Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula. Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop! Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop! ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop! Adios amigos, grasias senor! Wallahua'lam & wassalam.

15 soalan berDALIL

Salam 2 all. Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?". Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata. Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut: 1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti? 2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan? 3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran? 4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya? 5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya? 6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi? 7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam? 8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi? 9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri? 10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat? 11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"? 12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain? 13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri? 14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara? 15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah? Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam. Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"? Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah! Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13! Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga! Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop! Adios amigos, grasias senor! Wallahua'lam & Wassalam.

Antara Anuar Dan Karpal

SAMAN KARPAL! Salam 2 all. Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan. Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka. Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang. Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar. Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel. Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka). Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik. Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur. Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal. DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri! Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh! So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall. Adios amigos, grasias amigos! Wallaha'alam & wassalam! Zulkifli Bin Noordin Isnin 03 Jamadil Awal 1433 26 Mac 2012 Oleh Zulkifli Noordin pada 3:57 PM No comments: Label: Anwar, Karpal, Nallakaruppan, Saman, Umi Hafilda 14 MARCH 2012