Monday, 1 October 2012
NIK AJIS-BAGET GULA2"..
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih bernada sama, yang tidak akan membawa manusia pada ketaqwaan kepada ALLAH.
Nik Aziz berkata, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.
Mursyidul Am Pas berkata, Bajet 2013 langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.
Katanya, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH.
“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.
“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Nik Aziz berkata, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.
Beliau yang petang ini diziarahi Sultan Kelantan petang ini turut mengambil contoh sejarah Rasulullah SAW bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.
Tambah Nik Aziz, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.
“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam.
"Bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.89939.1348923139!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
ASAL BUKAN ANUWAR YAHUDI
Salam 2 all.
Kata mantan Presiden Amerika, George Washington, "you can fool some of the people some of the time, but you can't fool all the people all the time - mike boleh kelentong sesetengah orang pada sesetengah masa, tapi mike tidak boleh nak kelentong semua orang pada setiap masa!".
Apabila Anwar bergegas ke Qatar untuk bertemu dengan pimpinan Hamas, termasuk Khalid Misy'al yang pada masa itu berada di Doha membuktikan betapa desperadonya Anwar untuk memulihkan imej "pak syeikh pejuang Islamnya" yang telah pecah kelentongnya setelah Wall Street Journal menyiarkan kenyataan Anwar "bersedia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel".
Dan tindakan Anwar menyiarkan gambar bersama Khalid Misy'al hanya mengesahkan satu perkara, politik dualam dan putarbelit yang sudah menjadi darah dagingnya. Konon dengan gambar itu terjawablah segala persoalan yang dia "masih bersama dengan pejuang Palestin".
Anwar ingat rakyat Malaysia dan umat Islam bodoh macam para parasit kalkatus rakus yang dicocok hidung yang bersepah sekelilingnya! Dia ingat hanya dengan bergambar tertutup segala sandiwara politik dia.
Macam gambar dia "terlantar nazak" setelah perhimpunan haram 09 Julai 2011 lepas. Dalam ramai-ramai orang, dia seorang je yang terlantar nazak dengan segala tiub dihidung. Mat Sabu yang konon cerita mengadu dilanggar polis pun tak nazak macam Anwar! Tau-tau terbongkar rahsia bagaimana Anwar sebelum dan selepas itu rupenya sihat walafiat!
Macam gambar Anwar sakit belakang tak boleh berjalan sehingga terpaksa berkerusi roda dan lengkap dengan pakej pendekap tengkok untuk menggambarkan betapa nazak dan seriusnya penyakit Anwar, sehingga teman loyer dia masa tu pun boleh tertipu! Tau-tau keluar videoklip Anwar sihat walafiat siap boleh bergurau sakan dengan anak bini dalam penjara!
Berapa lama nak hidup dengan kelentong, bohong, dan putar belit ni yop? Sesekali boleh lah orang tertipu, lama-lama nanti orang tau jugak.
Itulah yang terjadi dengan Anwar. Ramai orang terpukau dan terkedu bila dia dibebaskan oleh Mahkamah. Sehingga ada yang beranggapan dia tidak berdosa, malah ada yang ingatkan dia dianiaya dan dizalimi kerana konspirasi.
Tetapi jangan sesekali ingat ALLAH lupa! ALLAH tidak lupa! Doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan ALLAH. Berapa banyak airmata Saiful menitis menadah tangan memohon petunjuk dan kebenaran daripada ALLAH. Daripada masjid surau, sehingga dihadapan Ka'bah.
Kita ingatkan bila Anwar dibebaskan dia akan bertambah hebat. Rakyat akan menyokong! Rupanya yang sebaliknya berlaku.
Apabila Datuk Hasan Ali yang mengkritik Anwar sebagai politikus kotor dan jijik yang dia tidak akan redho bersekongkol dipecat, ramai yang ingat perjuangan Datuk Hasan Ali akan mati! Rupanya tidak. Pidato dan himpunan beliau makin menarik ramai pengikut. Sehingga ada kepimpinan PAS akar umbi sanggup mengatur program bersama Hasan Ali, malah berceramah sepentas dengan beliau tanpa rasa takut. Kehadiran lebih 15,000 semasa pidato terbaru di Batu Gajah sudah pasti menggusarkan ramai para parasit!
Rupanya ALLAH ada perancangan lain untuk Datuk Hasan Ali! Kini beliau muncul sebagai ikon memperjuangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, satu perjuangan yang dikongsi ramai orang, dan kini umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia menanti-nanti pelancaran 3rd Force @ JATI - Jaringan Kuasa Ketiga!!
Begitu juga doa Saiful. Ramai yang ingatkan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah, Saiful akan mati! Saiful akan dihina! Rupanya sebaliknya berlaku. Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti menghina diri dia sendiri! Seolah-olah dia sudah tidak boleh mengawal dirinya.
Sebaik sahaja bebas, Anwar membuat kenyataan bahawa "pembebasan saya adalah kerana kerajaan takut dan tunduk kepada pengaruh asing". Masya ALLAH, keluar dari mulut dia sendiri mengakui ujudnya pengaruh asing yang selama ini hanya disyaki rakyat. Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang sering merujuk kepada Amerika dan rakan-rakan Yahudinya, ramai mengesyaki Anwar cuba menggunakan tekanan asing terhadap Mahkamah dan Kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia.
Kita hanya syak, tapi tiada bukti kukoh! Tiba-tiba Anwar sendiri mengaku "pengaruh asing" punca dia dibebaskan! Sehingga menyebabkan loyer utama Anwar @ Karpal Singh melenting mempertikaikan kenyataan Anwar, kerana bagi Karpal, Anwar bebas kerana kehebatan "a-Singh", bukan pengaruh "asing"!!!
Tak berapa lama selepas itu, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama BBC bahawa "undang-undang liwat dan anti-homoseks" di Malaysia sudah lapuk! Malah dia akan meminda undang-undang lapuk ini. Sekaligus membongkar sikap Anwar yang menyokong seks bebas sebagaimana yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya Bar Council yang melancarkan Festival Seks Bebas LBGT - Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!
Kenyataan Anwar disokong oleh banyak kumpulan pejuang seks bebas seluruh dunia! Nama Anwar dijulang dikalangan kaum pengamal seks bebas! Tetapi ia menyebabkan ramai penyokong tegarnya khusus didalam PAS mula mempersoalkan kewibawaan dan integriti Anwar!
Malah ada yang mula mahu melihat semula videoklip Eskay untuk meyakinkan diri! Teman sendiri dihubungi ramai rakan ulama, ustad, agamawan, kepimpinan dan ahli PAS & PKR yang meminta melihat sendiri videoklip itu. Dan kesemua mereka yang melihatnya buat pertama kali mengakui memang Jantan-X dalam videoklip itu adalah 100% Anwar!
Mereka mula mencari jalan menjauhkan diri daripada Anwar! Sehingga ada yang mula membuat kenyataan tidak mahu lagi terlibat dengan politik, atau menyertai pilihanraya bersama pembangkang dalam PRU 13 nanti!
Dan tiba-tiba, tanpa sesiapa menduga, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama Wall Street Journal bahawa dia "menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim Israel!".
Kenyataan yang teman rasa dibuat sebagai "political lifeline" beliau, untuk memuaskan hati rakan sekutu Yahudinya. Apatah lagi PRU 13 sudah semakin dekat. Sokongan asing, terutama daripada rakan para Yahudi ini sangat penting buat Anwar. Lagipun kenyataan itu disiarkan oleh media pro Yahudi. Apa salahnya! Siapa nak tau!
Tetapi Anwar salah langkah! Dunia hari ini sudah berubah. Maklumat boleh diperolehi dihujung jari, "just one click away".
Tau-tau kenyataan pro-zionis Anwar terbongkar. Menyebabkan ramai rakan beliau dikalangan gerakan Islam, samada di Indonesia, Turki dan negara 'Arab terkejut. Mereka mula meragui Anwar dengan gambaran "Pak syeikh pejuang Islam! Pimpinan Palestin daripada Fatah dan Hamas mengkritik keras kenyataan itu. Pimpinan haraki Islamiyyah di Indonesia mengutuk keras pendirian Anwar itu.
Perdana Menteri Ghozzah, Ismail Haniyeh melahirkan kekecewaan semasa pertemuan dengan Ustadz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Katanya kenyataan saperti itu tidak sepatutnya datang dari seorang yang mengaku pejuang Islam. Azzam Tamimi, pejuang tegar umat Falastin mengkritik kenyataan tersebut sebagai tidak mencerminkan watak dan akhlak seorang pemimpin Islam.
Duta Besar Falastin di Kuala Lumpur turut mempertikai kenyataan Anwar tersebut, sambil melahirkan rasa kehairanan bagaimana Anwar yang menonjolkan imej pejuang Islam boleh membuat kenyataan yang disifatkan sebagai "khianat" terhadap perjuangan rakyat Falastin dan umat Islam!
Terbaru, Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang, penyokong tegar Anwar, juga mengeluarkan kenyataan tegas mengkritik Anwar. Datuk Seri Hadi menegaskan bahawa orang yang menyokong rejim zionis Israel adalah pengkhianat Islam! Datuk Seri Nik Aziz mendesak Anwar menarik balik kenyataan pro-zionis itu.
Kenapa tiba-tiba Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang membuat kenyataan mempertikaikan Anwar dalam isu Israel ini teman tidak tahu! Adakah ini mainan politik untuk mendapat semula sokongan orang Melayu konon dengan menyokong Falastin teman tidak pasti!
Cuma teman bersangka baik dengan kenyataan pimpinan PAS ini! Mungkin sudah tiba masa ALLAH membuka hijab yang menutup mata hati mereka selama ini! Kalau ALLAH hendak memberi hidayah, kalau ALLAH nak mengubah hati kepada kebenaran, dengan sekelip mata ALLAH boleh buat. Kun fayakuun..jadilah..maka jadilah ia.
Apapun teman berharap isu pro-zionis oleh Anwar ini menjadi pembuka hijab kepada pekong politik dualam dan hipokrit mainan Anwar yang telah memecahbelahkan umat Islam bangsa Melayu! Semoga ia menjadi titik permulaan kesatuan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia ini. Semoga ia menjadi titik permulaan kegemilangan perjuangan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara ini!
Apapun, Anwar kini sudah tersepit. Sebenarnya kalau dia ikhlas, kalau benar dakwaan Anwar dia telah disalah lapur oleh WSJ, mudah sahaja menyelesaikannya. Dia hanya perlu mengarahkan peguam dia menyaman WSJ, dan menuntut WSJ menarik balik kenyataan itu, dan menuntut ganturgi puluhan, malah ratusan juta terhadap WSJ!
Tetapi pelik, Anwar langsung tidak berbuat sedemikian. Langkah yang cukup mudah, dan boleh menyelesaikan masalahnya. Macam dengan memberikan sampel darah untuk ujian DNA, selesai masalah! Macam angkat sumpah la'nat, selesai masalah!
Tetapi Anwar tidak memilih sedemikian. Dia memilih jalan bersusah payah pergi ke Qatar, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tambang, hotel dan lain-lain, hanya untuk bergambar dan berjumpa dengan Khalid Misy'al. Yang peliknya, dia tidak mahu pulak terus ke Ghozzah, berjumpa dan bergambar dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Ghozzah!
Apapun, tembelang dan kelentong Anwar makin terbongkar. Sebab itu teman siarkan videoklip diatas. Videoklip ini adalah petikan lapuran siasatan oleh sebuah media televisyen Britain, Channel 4 News yang menyiasat skandal bapak Yahudi, Paul Wolfowitz dan girlfriendnya Shaha Riza dan Anwar yang mengegarkan Bank Dunia! Sehingga menyebabkan Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia!
Lapuran oleh media Barat ini jelas membuktikan rangkaian hubungan Anwar dengan Yahudi, termasuk Wolfowitz. Seluruh dunia tahu Wolfowitz, bekas Duta Besar Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan kehancuran Indonesia, adalah akitek peperangan dan penaklukan terhadap Iraq dan Afghanistan! Ditangan Wolfowitz, mengalir darah umat Islam yang dizalimi dan dianiaya.
Dan tangan Wolfowitz lah yang banyak membantu Anwar selepas dipecat Tun Mahathir. Termasuk melantik dia sebagai pensyarah di John Hopkins University, Pengerusi International Foundation For The Future (IFFF) dan lain-lain (sila lihat entri teman bertajuk "AL-Yahud" bertarikh 29.01.2012).
Kini terbukti betapa hubungan Anwar dengan rangkaian zionis Yahudi makin terbongkar! Bukannya datang daripada sumber ketiga, tetapi datang daripada mulut Anwar sendiri.
Adakah ini kesan solat hajat yang selalu dibuat oleh para parasit penjilat Anwar? Atau adakah ini petanda makbulnya doa dan airmata Saiful?
Hanya ALLAH sahaja yang tahu! Tetapi yang jelas, walaupun Anwar berjaya kelentong sesetengah parasit pada sesetangah masa, tetapi Anwar tidak boleh kelentong seluruh dunia pada setiap masa!
Teman yakin ALLAH tidak akan benarkan pembohongan dan putarbelit ini terus berlaku! ALLAH tidak akan benarkan umat Islam bangsa Melayu terus terpedaya!
Airmata Saiful tidak akan ALLAH persia-siakan!
Ya ALLAH, selamatkan umat Islam, bangsa Melayu dan tanah air kami daripada sebarang kedurjanaan dan pengkhianatan oleh mereka yang durjana dan khianat!
Kepada rakyat Malaysia, umat Islam dan bangsa Melayu, inilah masa untuk ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim!
TIME-4-ABAI! ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM!
INILAH MASA UNTUK TOLAK ANWAR IBRAHIM!
Rakyat Hakim Negara!
Hukum Anwar di Mahkamah Rakyat!
Tolak Anwar dalam PRU 13 nanti!
Pada Anwar, teman nasihatkan bertaubatlah! Hentikanlah segala lakonan dan sandiwara! Kubor sudah kata mari, rumah sudah kata pergi! Bermuhasabahlah! Masa masih belum terliwat untuk bertaubat! Pintu barzakh semakin dekat. Takutlah kepada ALLAH!
Dan teman cabar Anwar letaklah jawatan! Janganlah umat Islam bangsa Melayu terus diaibkan dengan kehadiran pemimpin macam mike! Serahkanlah kepimpinan pembangkang kepada Datuk Seri Hadi Awang, ataupun Datuk Seri Nik Aziz! Mereka lebih layak memimpin pembangkang daripada mike! Mike sudah hilang segala kredibiliti, moral dan kewibawaan untuk terus menjadi pemimpin negara umat Islam Malaysia ini!
ANWAR, YOU ARE JUST NOT FIT TO LEAD US!!! PLEASE STOP!!! PERIOD!!!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & Wassalam.
AL-YAHUD WAL DAJJAL
AL-YAHUD WAL DAJJAL
Salam 2 all.
Majlis Syura PAS memberi kata-dua kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan - Anwar Ibrahim: "samada menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara Israel” seperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah!
Sehingga hari ini Anwar tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura itu. Tarik balik pun tak, saman WSJ pun tak! Sebaliknya Anwar bersama beberapa penaksub Anwarinasnya berjumpa Datuk Nik Aziz; dan membuat kenyataan “semuanya dah selesai”.
Datuk Nik Aziz, yang memberi “katadua” itu membuat komen, “Anwar sudah memahami pendirian PAS”. Itu sahaja? Takkan kot yop? Macam tu sahaja dah setel semua? Pada teman ini satu penghinaan besar kepada PAS. Semua orang tahu bahawa PAS cukup fobia dengan perkataan “Israel” ni! Sampai pemain kriket Israel datang pun dema buat demo tengahari panas. Sanggup masuk jail lagi! Sampai kalau ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” pun kena maki! Tapi PAS hari ni dah tak macam dulu! Sampai slogan “PAS 4 ALL” bunyi sama macam slogan pelancongan “ISRAEL 4 ALL” pun dema tak kisah dah. Sampai lambang slogan “PAS 4 ALL” tu pun nampak macam lebih kureng aje dengan “ISRAEL 4 ALL” pun tidak memfobiakan PAS lagi! Cuma satu persoalan teman nak lontarkan kepada para parasitus kalkatus rakus? Apa kata mike terbalikkan senario. Apa kata YAB Dato’ Sri Najib yang kata: “UMNO dan BN menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel!”. Teman cukup yakin mike akan tengok tak cukup kertas dan dakwat nak tulis maki hamun yang akan dihamburkan oleh para parasitus kalkatus rakus.
Teman takkan terkejut kalau ada yang sampai mengisytiharkan kapior kepada PM, UMNO & BN! Alangkan PM baru pakai baju kurta semasa perayaan Thaipusam baru-baru ni pun ada parasitus yang memaki hamun, caci maki dan pelbagai macam lagi sumpah seranah! Toghut, munapek, kapior! Apa yang dema tak sebut? Sedangkan para parisitus ni lupa kawan-kawan kita dalam jemaah Tabligh banyak yang pakai kurta yop! Eh, sedara kita di Bangladesh & Pakistan boleh kata ramai yang berkurta yop! Takkan dema semua tu kapior, toghut & munapek yop? Tapi ni namanya “Politik Dualam” – cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap!
Bila kena batang hidung sendiri, semuanya halal belaka! Kalau kena orang lain, maki sehabis maki, kutuk sehabis kutuk, caci sehabis caci! Lambang pertubuhan JATI yang melambangkan perpaduan Tiga Unsur “Islam-Melayu & Raja-Raja” pun dema kata lambang setan! Sedangkan lambang “PAS 4 ALL” kelihatan sama dengan “ISRAEL 4 ALL” kaum parasit kelu habis. Lambang PKR “Mata Satu” saperti Dajjal Mata-Satu dan lambang kumpulan Yahudi Zionis “Illuminati” kaum parasit jadi bisu tak terkata apa-apa! Para parasitus kalkatus rakus ini sudah menjadi “Syaitan Bisu”, sebijik kaum yang ALLAH sebut dalam Surah Al Baqarah: 6-18, “golongan PBB-Pekak, Bisu & Buta”!!!
Pada teman, keengganan Anwar mematuhi kata-dua Majlis Syura PAS itu jelas bahawa dia bukan sahaja tidak menghormati PAS, malah ianya satu penghinaan besar kepada seluruh parti PAS! Kerana Majlis Syura adalah badan tertinggi didalam PAS, bertanggungjawab memastikan PAS terus berada dilandasan Islam! Bagaimana PAS mahu mendabik dada terus menyatakan ia parti yang memperjuangkan Islam kalau rakan sekongkol sekatil sebantal PAS pun menyokong semua usaha menjaga keselamatan rejim zionis Israel! Kaum yang dila’nat oleh ALLAH & Rasulullah saw! Ketuk kepala tanya otak mike sendirilah yop! Kalau para parasitus kalkatus rakus ini menggunakan sedikit sahaja otak yang ALLAH beri, tentu mereka akan bertanya satu soalan yang cukup mudah: MENGAPA ANWAR IBRAHIM LIAT SANGAT SUSAH NAK TARIK BALIK KENYATAAN MENYOKONG ISRAEL YANG DISIARKAN OLEH WSJ ITU?
Apa yang susah sangat? Tarik aje balik, dan desak WSJ siarkan kenyataan penuh dan jelas yang dia menarik balik kenyataan menyokong Israel itu! Apa yang susah sangat. Jelas sudah tentu ada “belalai sebalik China-DOLL” dengan keengganan dan sikap keras kepala yang Anwar tunjukkan tetap mempertahankan kenyataan menyokong Israel itu! Mesti ada sebab yop! Tak perlu jadi pakar nuklear nak paham benda mudah macam tu. Tapi apa nak kata, kenyataan pakar nuklear pun para parasit tolak. Bila pakar nuklear negara yang juga Ahli Parlimen PAS (Ulu Langat) YB Dr. Rosli Che Mat menegaskan bahawa kilang Lynas sebenarnya selamat, dema perlekehkan! Dema lebih percaya dan taqsub kepada kenyataan parasit putar-alam yang memfitnah kilang itu merbahaya!
Bak kata pepatah, Dr. Rosli berhujah dengan fakta para parasit perlekehkan, kaki-putar punya auta mereka bertakbeer sakan! Sohih ni kerja giler babi yop, babi giler tak buat kerja macam ni! Jadi keengganan Anwar menarik balik kenyataan menyokong zionis Israel itu tentu ada sebab muslihatnya. Walaupun rakan sekatil sebantal memberi kata dua suruh tarik balik langsung manusia yang diisytihar setaraf Imam Mahdi ni tak peduli! Takkan sekadar manusia anugerah tuhan ni tunjuk gambar bersama dengan pemimpin Hamas untuk menopengkan pendirian pun sampai ada parasit yang pitam terpegun! Bertakebeer sampai naik urat kerongkong! Takkan sampai rendah tu IQ mike yop! Takkan baru kena putar konon cerita kapal Israel berlabuh di pelabuhan Kelang maka kisah sokongan Anwar kepada keselamatan negara Israel terus dipadam. Teruk bebenor IQ mike yop. Cuba mike tanya satu soalan, siapa Menteri Kabinet yang meluluskan kebenaran untuk kapal Israel berlabuh tu.
Kalau mike jumpa jawapan tu yop (yang jawapan tu mike takkan jumpa dalam Harakah), pasti mike akan kata, kena kecing lagi kita nampaknya!!! Dan kalau mike tanya semua soalan berikut dibawah, dan menggunakan kewarasan aqal yang telah ALLAH berikan (yang sudah makin terhakis daripada para parasitus ini), tentu jawapannya cukup jelas: ANWAR MEMANG TAK LAYAK MENJADI PEMIMPN, APATAH CALON PM BAGI NEGARA UMAT ISLAM MALAYSIA INI! Mengapa Anwar liat sangat nak memberi sampel darah untuk ujian DNA yang boleh menyelesaikan segala pertuduhan dia meliwat Saiful? Mengapa Anwar liat sangat nak membuat sumpah mubahalah yang akan menyelesaikan segala isu perbuatan liwat dia terhadap Saiful; Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Saiful yang mengadu dia diliwat Anwar kalau benar ianya fitnah? Mengapa Anwar liat sangat nak menunjukkan jam Omega yang akan merungkai segala soalan serius mengenai videoklip China-DOLL?
Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman rakanbaik dia Datuk Eskay yang mendedahkan videoklip “China-DOLL” tu? Mengapa Anwar liat sangat nak menarik balik kenyataan menyokong usaha menjaga keselamatan negara zionis Israel? Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Wall Street Journal kalau benar mereka telah salah membuat lapuran itu? Soalan-soalan diatas hanyalah secebis sahaja daripada terlalu banyak persoalan yang boleh ditanya mengenai Anwar Ibrahim! Tu belum mike tanya: 1. Kenapa Anwar menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH? 2. Kenapa Anwar menyokong murtadnya Lina Joy? 3. Kenapa Anwar menyatakan undang-undang liwat dah lapuk? 4. Kenapa Anwar menyokong Majlis Peguam bila dema melancarkan Seks Bebas LBGT? 5. Kenapa Anwar masih mempertahankan ucapan pluralisma di LSE yang menyatakan semua agama adalah sama? 6. Kenapa Anwar melancarkan manifesto Pakatan BiaDAP-PKR-PAS yang tidak menerima penubuhan Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud? 7.
Kenapa kitab Jinggay langsung tidak sebut pasal Daulah Islamiyyah & perlaksanaan undang-undang Islam? Isyk-isyk..isyk..terlalu banyak “Mengapa” dan “Kenapa” yang mike boleh tanya yang rumusannya satu sahaja: ANWAR WAJIB DITOLAK! ANWAR WAJIB DIBUANG! Kepada ahli akar umbi, pendakwah, ustad dan para ulama yang masih ada sedikit keimanan, teman nasihatkan diri teman dan mike semua, yang sudah tu sudah-sudahlah! Tidak ada manusia yang maksum langsung tidak membuat kesilapan.
PAS sudah membuat kesilapan siasah bersekongkol dengan Anwar dan parti cauvinis BiaDAP! PAS sudah membuat kesilapan membiarkan kaum Anwarinas menguasai parti! Jangalah sampai mike "mempertuhankan siasah" dan membuat kesilapan aqidah! Sebagaimana kita diajar didalam solat jemaah, apabila Imam membuat kesalahan rukun, maka wajiblah kita bermufaraqah! Apabila ada jemaah satu saf dengan kita membawa najis, wajib dia dimufaraqahkan! Maka wajiblah bagi PAS hari ini bermufaraqah daripada Anwar dan BiaDAP! Berjuanglah bersendirian atas bendera Islam! Berjuanglah dengan keyakinan ALLAH akan membantu kita jika kita membantu Islam!
Ternyata segelintir pimpinan PAS sudah tidak mampu berbuat sedemikian! Ternyata kaum parasit dan Anwarinas yang bersarang dalam PAS begitu dayus untuk mengambil tindakan! TAPI MIKE AHLI AKAR UMBI BOLEH! YAKINLAH MIKE BOLEH! DAN ALLAH AKAN MEMPERBOLEHKAN MIKE! BANGKITLAH WAHAI HAMBA ALLAH! BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD!
Ingatlah! ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri! Janganlah kerana siasah, maka tergadai aqidah! Lakukanlah perubahan!
Lakukanlah islah! Intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakumm – bantulah agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu! Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
http://penembaktepat1.blogspot.com/

Lagi2 temberang"..
TEMBERANG LAGI!
Salam 2 all.
Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif. Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit. Konon tu usaha mereka. Nampak benar nak temberang rakyat.
Pertama, PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar.
Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%.
Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat.
Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam.
Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti!
Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam! Contohnya:
1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang!
Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar!
2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan!
Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!!
3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah), kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini!
Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop?
4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik!
Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi!
5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut!
Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula.
Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop!
Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop!
ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & wassalam.
15 soalan berDALIL
Salam 2 all.
Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".
Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.
Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:
1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?
2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?
3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?
4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?
5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?
6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?
7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?
8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?
9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?
10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?
11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?
12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?
13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?
14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?
15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?
Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.
Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?
Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!
Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!
Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!
Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & Wassalam.
Antara Anuar Dan Karpal
SAMAN KARPAL!
Salam 2 all.
Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.
Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.
Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang.
Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.
Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.
Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).
Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik.
Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.
Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.
DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!
Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!
So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall.
Adios amigos, grasias amigos!
Wallaha'alam & wassalam!
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Jamadil Awal 1433
26 Mac 2012
Oleh Zulkifli Noordin pada 3:57 PM No comments:
Label: Anwar, Karpal, Nallakaruppan, Saman, Umi Hafilda
14 MARCH 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)