Saturday, 24 November 2012

Bersyukurlah..

Asalamualaikum...

Mengikut pengalaman dan kajian peribadi saya, punca kekalahan UMNO dan BN pada PRU12 dahulu ada DUA FAKTOR. FAKTOR PERTAMA:

1.)KRISIS DALAMAN PARTI- Banyak isu2 dalaman UMNO dan BN disebabkan dari perpecahan kesatuan ahlinya sendiri, seperti kes pemecatan DSAI(TPM) dan beberapa kes MENTERI2 yg melibatkan INSTITUSI KEHAKIMAN(VK LINGAM).Akibat dari itu kesannya sebahagian besar penyokong2 UMNO/BN mula berpecah dan hilang kepercayaan dengan KERAJAAN sedia ada. Dan ini telah memberi kelebihan buat parti pembangkang untuk meMANIPULASIkan lantas mengambil kesempatan dengan situasi yg telah berlaku dari kepincangan pimpinan UMNO/BN itu sendiri. FAKTOR KEDUA:

2.)TEKNOLOGI MAKLUMAT(IT)- Pengunaan Internet dikalangan rakyat terutama anak2 muda telah menjadi modus operandi utama bagi menyampai dan menyebarkan isu2 semasa sama ada yang benar atau yang sekadar REKAYARSA dari siri2 ceramah dan blog2 pembangkang.Majoriti rakyat terutama berbangsa melayu telah menjadi keliru dengan taktik2 permainan politik dari kempen2 ceramah pakatan pembangkang dan informasi2 yg dimainkan oleh BLOGER2 diseluruh negara.Kesempatan ini terus menerus telah digunakan oleh pihak lawan kerana telah banyak memberi IMPAK yang besar bagi mereka meraih undi dalam PRU12.

 ULASAN dan PENDAPAT PENULIS: *Sebagai seorang rakyat biasa kita haruslah berfikiran lebih terbuka dan bijak menilai isu2 semasa yang cuba disampaikan oleh kedua2 pihak(PARTI). Ironinya kita sering mendengar ungkapan bahawa "POLITIK ITU KOTOR" dan ungkapan "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". Dari kedua2 istilah itu apakah sebenarnya yang dapat kita fahami? Apakah pengertian sebenar dari pernyataan itu? Dan siapakah dari mereka2(AHLI POLITIK) yang pernah menyatakan?

 *Bagi pandangan bebas penulis, untuk menilai perspektif dunia POLITIK kita haruslah melihat secara GLOBAL kerana sememangnya politik itu sendiri adalah bersikap GLOBAL. Politik adalah merangkumi perkara2 seperti CALON KEPIMPINAN,MANIFESTO HAK DAN SUARA RAKYAT,SISTEM KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN dan yang paling penting untuk diberi perhatian adalah keutamaan dan kedudukan INSTITUSI RAJA2 dan kedudukan MAJORITI RAKYAT dan KEAGAMAAN disesebuah negara itu. Adalah silap bagi penulis jika kita(rakyat) hanya menilai politik itu secara GLOKAL tanpa melihat tatacara pemerintahan politik dinegara2 lain!?

Untuk menilai sesebuah parti politik juga kita tidak boleh melihat hanya pada kejadian semasa tanpa melihat sejarah pembentukan badan pertubuhan tersebut. Sejarah adalah suatu perkara yang paling objektif dalam menilai seseuatu perkara yang bersifat hari ini dan semalam. Secara RASIONALnya tanpa adanya semalam bagaimana mungkin ada hari ini. Sebagai rakyat yang cintakan kedamaian, saya menyeru kepada semua segenap lapisan masyarakat majmuk negara ini, pandanglah kebelakang seketika disaat kita berada dihadapan. Dimanakah kita telah berada sekarang?

Dan yang lebih penting lihat dan bandingkanlah kedudukan taraf ekonomi kita dengan melihat sejenak disekeliling negara kita? Bersyukurlah dengan keamanan dan kemajuan yg kita telah kecapi selama ini.

Bagi umat Islam(Melayu) dinegara ini,apakah kita telah lupa dari manakah asal usul bangsa kita? Bandingkanlah diri kita dengan bangsa serumpun yang ada lain diluar sana?
Tidakkah kita merasa berbangga dengan majoriti taraf sosio ekonomi umat Islam dan bangsa melayu negara ini?
Tidakkah kita merasa bersyukur dan selesa dengan adanya masjid2 dan pusat2 Islam disetiap negeri kita ini?
Dan yang masih menghairankan penulis adalah mengapa kita sering menuding jari dan lebih mencari kesalahan pemerintah yang terdiri dari majoriti bangsa kita sendiri?
Penulis juga ingin menyentuh sedikit tentang isu pemerintahan yang kononnya lebih Islam terutama dalam isu HUDUD yg menjadi pertikaian dan modal utama seteru pembangkang.
Pernahkah kita terfikir berapa negarakah didalam dunia ini yang telah berjaya melaksanakan sistem tersebut? Sebagai contoh Negara Mesir adalah sebuah negara yang majoriti beragama Islam. Mesir juga terkenal dengan sebuah negara yang menjadi nadi pengeluar cendiakawan sarjana Islam terbesar didunia. Mesir juga merupakan Negara yang mempunyai ULAMAK2 yang terkenal dari zaman dahulu sehingga kini. Namun persoalannya mengapakah Mesir masih tidak melaksanakan lagi sistem HUDUD tersebut?

Dan dari segi apakah dalil2 yang mereka gunakan bagi menghujahkan persoalan ini? Banyakkanlah pengkajian bukan hanya mempertikaikan! Saudara, Kita haruslah sedia maklum bahawasanya sejarah negara kita adalah bekas dari jajahan British dan kita telah pun sedia maklum bahawasanya negara kita juga dahulunya pernah mengamalkan sistem dan perundangan dari peninggalan mereka melalui perjanjian2 yang termenterai.
Namun kita juga harus tahu bahawasanya sistem perundangan tersebut telah berjaya kita ubah sedikit demi sedikit sehinggalah saat ini telah kedengaran suara2 dari deligasi2 negara luar terutamanya dari negara Islam yang lain didunia ini telah memuji bentuk pemerintahan dan banyak yang telah mengiktiraf negara kita sebagai negara Islam contoh dunia.

Apakah mereka2 ini semua tidak tahu sejarah? Ataukah mereka2 ini tidak tahu menilai politik sesebuah negara? Dan apakah kita lebih merasa pintar dari mereka2 ini semua?? Saudara, Usahlah lagi kita hanya dibuai oleh kata2 dan janji2 indah oleh pihak yang berkempentingan semata2 demi menjaga sikap egois dari kepincangan peribadi mereka sendiri. Marilah kita hindarkan rasa kebencian dari PERSEPSI buruk yang telah ditaburkan oleh mereka yang berkempentingan didalam agenda politik mereka. Pepatah melayu ada mengatakan "YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN".

Usahlah kita perjudikan nasib rakyat dan kemakmuran yang telah kita kecapi selama ini. Marilah kita berganding bahu sesama bangsa dan seagama. Islam telah mengajar kita supaya menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan dalam Islam jelas tidak diajarkan kita untuk mendoakan kehancuran sesama Islam. Andai kita benar2 ikhlas ingin memperjuangkan Islam, marilah kita bersatu dalam membentuk satu ukhuwah didalam kelumpuk SUNNAH WAL-JAMAAH seperti mana yang telah Nabi ajarkan.

Saudara,
Setiap orang yang mengucapkan kalimah SYAHADAH, tiada siapa yang berhak mempertikaikan keISLAMannya...apatah lagi untuk menentukan kedudukannya diSYURGA atau NERAKA. "SYURGA DAN NERAKA ADALAH MILIK ALLAH SUBHANAWATAALLA"......... Allualam..

Yang Turut Berpesan Untuk Diri Sendiri
             -Penembak Tepat-
(Bekas Aktivis Pembangkang 1998-2008).

No comments: