Tuesday 17 March 2015

SEDARLAH !!!

Salam all, WARAS?

KESEDARAN bahawa kita belum tahu semua akan membuka peluang
untuk berkembang. Sebaliknya, merasa sudah tahu semua akan
menutup diri kita dari pembaikkan. BUANG keyakinan bahawa hanya
ada satu cara dengan menyangka bahawa cara kita lakukan saat ini
sahaja yang paling benar. Walhal ternyata ada cara lain yang lebih baik,
hanya saja kita belum mengetahui caranya. Untuk itu usah malu untuk
mengakui kesilapan lalu kerana disitu ada sebuah pelajaran bagi
memperbaiki kembali cara kita berfikir dan berkerja dimasa mendatang.
Ilmu itu bukan sebatas yang ada dikepala kita, jangan protes dulu tapi
pelajari dulu ilmunya. Belajarlah, bertindaklah dgn ilmu bukan NAFSU'.

Dengan fikiran yang POSITIF dan optimisme yg tinggi kita akan lebih
rasional dalam menilai setiap banding jurang perbezaan. Pemikiran yg
optimistik mampu bertindak dalam menyonsong perubahan yang kita
saling perlukan. Dengan kekerasan tidak mampu membaiki keadaan'.

Membangkang adalah KRITIS, ia sememangnya perlu,kerana dgn
mengkritis kita mampu melihat kesalahan yang tidak terlihat dan juga
melihat kebenaran yang cuba disembunyi. Mengkritis bukan hanya
mampu menganalisa berita yang ada tapi mampu mengesan berita2
yang terlepas sebalik FAKTA. Seringkali orang tidak mampu untuk
menemukan FAKTA kerana fikirannya sudah tertutup oleh solusi baru
yang salah dan berat sebelah. Adalah wajar dan normal setelah kita
melakukan sesuatu tapi masih gagal. Disetiap kegagalan itu ada
hikmah, berbanding kita tidak berani melakukan apa2 itu bererti kita
kalah dan TAKUT sebelum cuba meraih'. Segala dgn izin Allah'.

Salah satu karektor orang malas, dia akan mencari kesalahan pihak
lain untuk dijadikan alasan agar kesalahan dipihaknya sendiri mampu
disembunyikan. Orang seperti ini tidak akan maju kerana selagi kita
takut untuk mengakui kesilapan, kita akan kekal ditakuk kegagalan'.

Disaat hasil tidak sesuai yg kita harapkan bererti ada hal yang harus
diperbaiki pada diri kita. Bukan memilih jalan mudah menyalahkan
pihak lain. Sememangnya lingkungan mampu mempengaruhi kita,
namun yang lebih menentukan adalah sikap kita sendiri akhirnya'.

Masalah akan terasa kecil disaat kita sadar diri kita bersama Allah
yang maha besar. Jika kita sering melihat masalah dunia itu
sesuatu yang lebih besar bererti kita perlu lebih mendekatkan diri
kepada Allahu'akbar'. 'Tidak ada orang yang berputus asa dari
RAHMAT tuhan kecuali orang-orang yang sesat'. -Al Hijr 56.

Bismillah, kesempurnaan hanya milik Allah. Mari kita awali hari ini
dengan penuh harapan agar Allah memberi petujuk diatas kekilafan'.

- Amirul Penembak Tepat@Aktivis Aman Islam KL.
(Bekas Reformis TEGAR Pembangkang 98-2008.)

https://www.facebook.com/groups/542984729090757/?ref=bookmarks

No comments: