Sunday 1 March 2015

Salam all...waras? ana bukan ustadz tapi baru nak startz...
PERLIS tak ada DOA QUNUT...AllahuRabbi...jgn GADUH2!

QUNUT...menurut apa yg ana pelajari dan fahami doa qunut
hukumnya adalah SUNAT AB'AD. Sunat ab'ad merupakan sesuatu
perkara yang dilakukan sama ada dari segi FILIAH atau QAULIAH
(amalan Nabi atau percakapan Nabi). Jika kita meninggalkan sunat
ab'ad, maka digalakkan untuk kita tampalkan dgn SUJUD SAHWI.

Menurut kefahaman ana...sujud sahwi itu bukan kerana nak
gantikan perkara sunat ab'ad yang kita terlupa, tetapi sujud sahwi
itu dilakukan kerana untuk mendapatkan pahala sunat ab'ad yang
kita lupakan itu...dan tidak membatalkan solat jika kita masih terlupa
lagi untuk melakukan sujud sahwi. Cuma menurut guru ana 'Syaitan
akan berduka jika kita lakukan sujud sahwi. Ini kerana dia tak berjaya
meragu2kan kita dalam solat secara keseluruhannya...qunut juga
bukanlah amalan BIDA'AH walau ianya tidak diamalkan di MEKAH.

DALILNYA adalah...

Para perawi yang meriwayatkan suatu hadith berkenaan sifat solat
Nabi juga berbeza dari tingkat periwayatan dan hadith berkenaan
sifat solat baginda turut berbeza dari aspek kehujahannya sama ada
SAHIH, HASAN atau DAIF. Justeru bukanlah suatu yang mustahil
berlaku perbezaan dalam hal yang melibatkan perlakuan dalam
ibadah solat. Apa yg paling penting perbezaan yang berlaku masih
tidak menafikan RUKUN2 UTAMA dalam solat. Wallahua'lam...

"Sesungguhnya, sesiapa di antara kamu yang masih hidup akan
melihat perselisihan yang banyak, maka menjadi kewajipan kalian
berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa Al-
Rasyidin yang diberi petunjuk, gigit (peganglah) sunnah itu dengan
gigi geraham kamu dan jauhilah segala perkara baru BIDA'AH
(dalam urusan agama) kerana setiap bidaah itu adalah kesesatan".
-Riwayat Muslim.

Maksud PERKARA BARU DALAM URUSAN AGAMA ITU adalah
sesuatu perkara yg MELANGGAR SYARAK! Apakah erti didalam
doa qunut? Adakah meminta KEAMPUNAN dan MENDOAKAN
kesejahteraan RASULULLAH serta KELUARGANYA dan para
SAHABAT merupakan perkara yg betentangan dengan SYARAK?

Dalam hal ini baginda Rasulullah SAW bersabda melalui hadis yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud: Seseorang
imam itu dijadikan supaya diikuti. Justeru janganlah kamu melakukan
perkara2 yang berbeza dengannya. Apabila dia rukuk, maka rukuklah.
Apabila dia membaca sami' Allahu liman hamidah maka
katalah rabbana laka al-hamd. Apabila dia sujud, maka sujudlah.
Dan apabila dia solat duduk maka bersolat duduklah kamu semua
(dalam jemaah). Dan luruskanlah barisan saf dalam solat (jemaah)
kerana sesungguhnya saf yang lurus adalah tanda kesempurnaan
solat (berjemaah). -Riwayat Muslim.

Wallahua'alm bis'shawab'
- Amirul Penembak Tepat.
@Aktivis Aman Islam K.L.

No comments: