Thursday 4 October 2012

MUSTAHIL BIN AJAIB!

MENIPU bila mereka menjanjikan Hudud akan terlaksana sekiranya PR menang PRU13.

MANA MUNGKIN Pas mampu menunaikan janji itu kalau bertanding pun sekadar 70 kerusi ? !

PAS bertanding 70 kerusi parlimen, senarai calon hampir selesai, kata Mat Sabu - TMI 5/8 PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang kata timbalan presidennya, Mohamad Sabu .

Macamana yang dikatakan Pas adalah DOMINAN atau LEBIH BERPENGARUH jika bertanding pun tidak sampai 50% dari jumlah kerusi yang ada ?

Kalau Pas menang kesemua 70 kerusi itu, walaupun ianya mustahil,
Pas masih tidak mampu berbuat apa2 pun tanpa persetujuan dari rakan2 dalam PR..... dan rakan2 dalam PR pula sudah menyatakan dengan jelas dan lantang yang mereka TIDAK AKAN sokong Hudud kerana ia BUKAN perjuangan PR.

PRU12 Pas bertanding 66 kerusi dan cuma memenangi 23 saja atau sekitar 34% dari yang diperuntukkan.
Untuk mengubah Perlembagaan memerlukan 2/3 atau 148 kerusi .....
Dap dan Pkr gerenti tolak.
Jadi adalah satu perkara yang MUSTAHIL buat Pas menunaikan janjinya kepada orang Melayu !

From- Bekas Aktivis Pembangkang".
(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

No comments: