Monday, 9 September 2013

SEMUT HITAM DIATAS BATU HITAM DIKALA MALAM

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah (ayat 51)...


'Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu...persoalannya adakah Allah Swt bercakap mengenai SEMUA Yahudi dan SEMUA Kristian? Atau Allah bercakap mengenai sebahagian Yahudi dan sebahagian Kristian? Ayat Al-Quran sebenarnya telah menJAWAP PERSOALAN ini...

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan hubungan persahabatan dengan Yahudi dan Kristian,malah ada dalil tentang LELAKI Islam yang dibolehkan berkahwin dengan PEREMPUAN Kristian (AHLI KITAB) walaupun masih terdapat sedikit (KHILAF) ulamak tentang hal ini.


Dan secara jelasnya, ayat Al-Quran (Al-Maidah ayat 51) diatas ada menyebutkan mengenai hanya kepada SEGELINCIR Yahudi dan Kristian...dan bukan dimaksudkan kepada semua orang Yahudi dan Kristian.


Jika begitu, golongan Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan dimana umat Islam dilarang daripada meneruskan hubungan persahabatan atau menjadi sekutu mereka?


Jawapannya ada terdapat dalam surah tersebut, JANGAN jadikan orang Yahudi dan Kristian sebagai rakan atau sekutu, yang mana mereka itu adalah RAKAN dan SEKUTU sesama mereka.


Emmm sekejap... menurut apa yang saya pelajari,Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama mereka pun...TIDAK PERNAH dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang Yahudi melakukan jenayah yang PALING besar, yakni...membunuh tuhan mereka. Itu adalah jenayah terbesar MEMBUNUH TUHAN. Mereka orang Yahudi menyalib tuhan mereka (orang Kristian.) Malah kesannya telah selalu timbul kemarahan,kebencian dan permusuhan diantara orang Kristian dan Yahudi.


Jadi ayat Al-Quran ini telah membongkarkan sesuatu pada 1400 tahun dahulu ditanah Arab. Ayat Al-Quran ini telah menyatakan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah yang akan menyaksikan sesuatu yang aneh,pelik,misteri dan menjadi tanda tanya...diatas tuduhan diantara orang Kristian dan Yahudi...dan diatas kewujudan jalinan persahabatan Kristian-Yahudi akan wujud...1400 tahun Allah berfirman tentang ini...dan akan berlaku.


Dan apabila ia berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu...untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka, keISLAMan anda akan hilang.


Sudah wujudkah perikatan ini?


Ya, ketika kita sedang minum teh tarik dan berborak-borak...sebuah perikatan yang misteri antara Yahudi-Kristian telah muncul di Eropah. Semasa kita sedang belajar ekonomi dan politik di universiti...satu pakatan misteri antara Yahudi dan Kristian telah muncul. Pakatan Yahudi-Kristian itu...telah ada dan dihantar kedunia... itulah yang mereka gelar sebagai 'TAMADUN BARAT MORDEN'.


Sekarang anda telah tahu Yahudi-Kristian tidak pernah bergabung pun dalam sejarah. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yg amat pelik dan misteri...dan tahukah anda KENAPA?


Kerana HAKIKATnya mereka bukanlah YAHUDI atau Kristian...mereka adalah puak2 sesat PENYEMBAH SYAITAN. Pengamal sihir-sihir kuno yang dijumpai dari peninggalan BANI ISRAEL.


Wallahua'lam Bis'showaf.


P/s- Marilah kita segera beralih dan melihat kepada isu yg lebih besar...bukan hanya sekadar bercakaran dimana2 hanya kerana sebuah fahaman politik sempit setiap hari. Nabi pernah berpesan bahawasanya Dajal akan mengunakan orang2 Islam itu sendiri bagi cubaan mereka menghancurkan Islam agama suci ini...Na'uzhubillah'.


Perancangan mereka begitu licik dan amat teliti...ibarat...

'SE-EKOR SEMUT HITAM YANG DUDUK DIATAS BATU HITAM DIKALA MALAM'.

Marilah kita saling BERSILATURROHIM sesama kita...hindarkan sifat keCANDUan dan ke-TA'ASUBan politik kedunia'an...kembalilah berSALAM-SALAMan sesama ISLAM'.


'Yang Turut Menasihatkan Dirinya'

-PenembakTepatGenuine@Cik An KL-

No comments: