Tuesday 24 March 2015

APA ITU ULAMAK? (Baca Kasi Faham!)


Buat2 tak nampak benda yg betul itu adalah perkara biasa bagi golongan munafik...buat2 tak faham fakta yg jelas itu juga permainan ruji bagi diri mereka! Kenapa? Jawapannya adalah sgt mudah =hanya kerana POLITIK! Jika mereka mengalah bererti mereka kalah! Selagi berTAKLIQkan politik, kemenangan lebih utama dari kebenaran! bagi mereka yg sedang kecanduan politik, DALIL dan SANAD mereka adalah Tok Guru dan Ulamak, bukan lg bersandarkan Al-Quran dan Sunnah! Mereka tak sedar ulamak juga boleh salah. Sedangkan Allah perintahkan kembali kepada
Al-Quran dan Sunnah jika berlaku kekeliruan dalam agama. Akidah kita
adalah Allah Jalla jalaluhu. Mata rantai kita adalah Al-Quran dan Rasul.

SIAPAKAH ULAMA SEBENAR?

Namun, Nabi saw pernah berkata bahawa : “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

Hadis Nabi di atas jelas kepada kita bahawa selepas ketiadaan Nabi,
maka para ulamalah yang akan mewarisi tugas dan tanggungjawab yg telah dilakukan oleh Nabi.
Para ulama adalah pewaris nabi, manakala ulama yang sebenar (RABBANI) mestilah mewarisi ilmu seperti apa yg Nabi ajarkan tidak boleh MENAMBAH atau MENGURANGKAN dalam urusan agama apa2 yang telah disampaikan oleh Nabi saw.

Jika kita perhalusi perkataan di kalangan para ulama SALAFUS soleh
pula dalam memberikan ciri-ciri ulama dan siapakah yang layak mendapat gelaran ulama ini nesacaya apa yang kita sangkakan dengan pemahaman dari persoalan di atas pasti MELESET sama sekali.

Seperti perkataan Ibnu Rajab Al-Hambali RH, beliau mengatakan:
“Ulama, mereka adalah orang-orang yang tidak menginginkan kedudukan, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun”.

Al-Hasan mengatakan: “Orang FAQIH adalah orang yang zuhud terhadap dunia dan cinta kepada akhirat, bashirah (berilmu) tentang agamanya dan senantiasa dalam beribadah kepada Rabbnya.” Dalam riwayat lain: “Orang yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengambil upah sedikitpun dalam menyampaikan ilmu Allah.”
(lihat: Al-Khithabul Minbariyyah, jilid 1 ms 177).

Manakala perkataan Syeikh Abdus Salam bin Barjas RH lebih jelas dalam menjelaskan ciri- ciri ulama rabbani seperti katanya : “Orang yang layak untuk disebut sebagai ulama  jumlahnya sangat SEDIKIT sekali dan tidak berlebihan kalau kita mengatakan jarang. Yang demikian itu kerana sifat-sifat ulama rata-ratanya tidak akan terwujud pada diri orang-orang yang menyandarkan diri kepada ilmu pada masa ini. Bukanlah dinamakan ulama bila sekadar fasih dalam berkata-kata atau pandai menulis, orang yang menyebarluaskan karya-karya atau orang yang mentahqiq kitab-kitab yang masih dalam tulisan tangan. Kalaulah ulama diukur dengan cara ini, maka terlalu banyaklah ulama itu. Akan tetapi penggambaran seperti inilah yang banyak tertanam  di fikiran orang-orang yang tidak berilmu. Oleh karena itu banyak orang tertipu dengan kefasihan seseorang dan tertipu dengan kepandaian  mengarang, padahal ia bukan ulama. Ini semua menjadikan orang-orang takjub. Ulama hakiki  itu adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al -Quran dan Sunnah. Mengetahui ilmu usul fiqh seperti nasakh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang mengkaji ucapan-ucapan  ulama salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.”(lihat kitab : Wujubul Irtibath bi ‘Ulama(8).

PEMBERIAN GELARAN ULAMA

Apa yang ana difahami, tidaklah semudah yang disangka untuk kita hendak menentukan siapakah ulama rabbani tersebut sekiranya kita memahami maksud perkataan ulama salaf di atas. Hal ini kerana yang paling layak untuk menentukan seseorang itu ulama sebenar mestilah ulama juga bukan orang awam atau pengikutnya. Umpamanya, Imam Malik RH menjadi ulama rabbani bukan diberikan oleh muridnya tetapi imam Malik menjadi ulama kerana dia diiktiraf lebih dari 80 orang ulama di zamannya. Begitu juga Imam Syafie menjadi ulama bukan diberikan oleh muridnya tetapi oleh Imam Malik dan para ulama yang lebih senior darinya mengiktiraf gelaran ulama untuknya. AllahuRabbi'.

Jika masyarakat awam yang memilih siapakah yang mereka ingin tabalkan sebagai ulama supaya mereka boleh mengikutinya tanpa neraca ilmu dari ulama yang sebenar, dikhuatiri kesesatan dalam beragama itu lebih besar kemungkinannya dari kebenaran yang hendak dicari.

BEZA ULAMA SEBENAR DAN ULAMA JAHAT.

Kerana di samping ulama rabbani (sebenar) terdapat  di sana juga para ulama su’ (jahat). Bukanlah ulama rabbani sekiranya ia sering berjenaka dalam menyampaikan ilmu agama  melainkan ia adalah seorang panglipurlara. Nabi memberi  ancaman dengan berkata : “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !” (Sahih, Hadis Riwayat Abu Daud)

Bukanlah ulama rabbani jika hati dan mulutnya sering mendoakan kehancuran dan menentang pemerintah Islam melainkan ia seorang ulama khawarij. Bukanlah juga dapat digelar ulama rabbani seandainya ia hanya pandai bernyanyi  dengan diikuti dengan alat-alat muzik dalam mendakwahi manusia melainkan ia adalah seorang ruwaibidhah.

Maka, sewajarnya kita semua berhati-hati dalam mengikuti seseorang yang disangka ulama hanya melalui penilaian mata kasar kita, boleh jadi  mata kita mudah tertipu dengan pakaian atau watak  seseorang. Tetapi hakikat seseorang ulama itu sentiasa mengembalikan segala urusan agamanya mengikut al-Quran dan sunnah sesuai dengan manhaj sahabat dan salafus soleh. Wallahua'lam bis'shawab'. Maaf jika ana SALAH'.

- Amirul Penembak Tepat​@Aktivis Aman Islam KL.
(Bekas REFORMIS TEGAR PEMBANGKANG 98-2008'.

No comments: