Friday 28 December 2012

‎'TA'ASUB @ TA'ASUF@ TAKSUF@ TAQSUBI'...........(BACAlah kalau BERANI!!!)



Istilah "BERLAPANG DADA BERBAIK SANGKA" merupakan sebuah saranan supaya kita lebih berfikiran POSITIF...akan tetapi, istilah "FAHAM TAPI TAK TAHU" itu lebih bersifat Takwilan' agak mendalam dari ungkapan "TAHU TAPI TAK FAHAM"...Ramai yang telah tahu tp buat2 macam tak tahu..kenapa? Tentu ada MOTIFNYA!?

Akan tetapi apakah cara dia menterjemah Takwil'annya itu tepat atau sering tersasar kerana tiada fakta dan Nas' lantas ditafsir sendiri mengikut PERSEPSI' tanpa disemat sedikit pun akal dan budi...

Persepsi Negatif'(kebencian) kalau sering kali dihujah tanpa rasa Sabar' pasti akan mengundang syaitan yg akan mengajar sesuatu sifat yg lebih dasyat iaitu "TAK'ASUB"......

Apa itu "TAK'ASUB"...???

Taasub dan ketaasuban seringkali difahami sebagai berpegang kepada sesuatu tanpa melihat kepada kebenaran yang terangkum di dalamnya. Perkataan fanantik kerap digunakan untuk menggantikan perkataan taasub. Perkataan fanatik mengikut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995: 476) bermaksud taasub, tegar hati, kuat pegangan, kuat keyakinan dan kuat kepercayaan. Fanatisme pula ialah kepercayaan yang sangat kuat, terlampau kuat atau kepercayaan yang kuat.

Fanatik juga didefinisikan sebagai seorang yang menunjukkan keghairahan yang melampau dan kegigihan terhadap ketaatan membabi buta khususnya terhadap beberapa perkara kontroversi (sebagaimana dalam agama, politik atau falsafah). Biasanya seseorang itu menyeru terhadap pegangannya secara bersemangat dan ia adalah suatu desakan tanpa alasan dan tanpa tolak-ansur (Webster's Third New International Dictionary, 1986).

Masyarakat Islam berdepan dengan banyak sikap taasub sama ada taasub dari sudut politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. Taasub dengan parti politik akan membuat pendokongnya 'mentakwilkan' atau 'mempositifkan' tindakan pemimpin, walaupun tindakan tersebut nyata salah dan membawa kerugian pada umat. Taasub tentunya akan lebih mumudhoratkan jika ada individu yg cuba mengangkat martabat seseorang individu lain(ketua) sehingga membuatkan seseorang itu dalam tak sedar telah mendewa-dewakan pernarafan tersebut dan wujudnya unsur pendewaan inilah yang harus kita TOLAK.

"TA'ASUF HANYA AKAN MEMBAWA KEMUDHORATAN YANG LEBIH BESAR" dan "Diantara DUA MUDHORAT Pilihlah Yang Mana LEBIH RINGAN Timbanganya".........

Saranan saya:
'Perhati Dan Telitilah' kedua2 PENDAPAT sebagai bentuk cara kita mengadili sesuatu sokongan atau pandangan kepada sesuatu Organisasi...dan berlaku adilah dengan hakikat melalui kejujuran bukan hanya bersandarkan 'PERSEPSI' negatif semata-mata! Allahualam...!!!

-Bekas Aktivis Pembangkang [1998-2008].

'AIR YG KERUH DILOPAK USAH TERUS DIKOCAK,
BIARKAN IA TENANG PASTI JERNIH KIAN MENJELANG'.

(http://penembaktepat1.blogspot.com/).

No comments: