Monday, 1 October 2012

Bajet 2013 adalah 'candu' BN...macam-macam istilah PAS bagi label

SHAH ALAM - Meskipun Kerajaan Pusat membentangkan Bajet 2013 lebih RM250 bilion bersama sejumlah ganjaran dan insentif, Pas Pusat mahu rakyat berfikir secara serius keperluan memilih kerajaan baru, bukannya terpikat dengan "candu racun pilihan raya Barisan Nasional."

"Rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan (Ketua) Audit (Negara) mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pemberian ‘one off’ yang disebutkan ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat memnunjukkan Kerajaan Pusat ketandusan ideabagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan jalan menerajui masa depan ekonomi negara supaya berdaya saing. Tuan Ibrahim berkata, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan pembayaran ‘one off’ hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu sedangkan kos hidup terus meningkat dan rakyat menerima bebanan berterusan.

 “Ini umpama candu yang melalikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti kunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang. “Asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurahkan, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus,” katanya. Beliau mendakwa, dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan Najib itu hanya menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian ‘one off’ bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan ‘korup’ ini terus berkuasa. Katanya, rakyat kini menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli-ahli Parlimen sewaktu pembentangan belanjawan. Laporan Ketua Audit Negara hanya akan dibentangkan sebaik sahaja Bajet 2013 diluluskan.

 “Laporan Audit sengaja gagal dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa bajet hanya tertumpu apa yang diumumkan tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urus tabir oleh kerajaan Barisan Nasional. “Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena ‘candu’ yang ditanam dalam bajet Najib,” kata beliauyang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. Beliau menambah, Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini menunjukkan kerajaan gagal melakukan pembaikan, walaupun ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.

 “BN sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350. “Rakyat harus berfikir secara serius berdasarkan Laporan Audit dan perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara, bukannya berdasarkan ‘candu racun’ yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihan raya BN,”katanya.

http://penembaktepat1.blogspot.com/

No comments: